Monday, January 15, 2018

DOA MAMA DI SETIAP LANGKAHMU...

Sampai masanya...aku harus melepaskan puteri kesayanganku untuk dia berdikari sendiri tanpa bantuan mama, ayah dan juga abangnya. 2hb Januari 2018 jam 8.30, kami sampai di perkarangan UITM Tapah.

Memang cantik kawasan ni dan juga bentuk bangunannya. Bangunan baru la katakan...Kami terus ke pejabat untuk mendapatkan kunci bilik. Berdebar2 jugak aku..risau anak dara aku ni dapat tingkat paling atas...Kelakarnya, emak boleh buat drama sinetron plak kat situ..Masa pertugas tu nak memberikan kunci bilik, emak terus menegur dia.."Dik..Makcik minta tolong, bagilah cucu makcik ni tingkat bawah sebab makcik nak tengok bilik dia..makcik ni tak larat nak naik tangga tinggi2". Aku dok menahan gelak dari tadi..bila tengok kat tag kunci tu, memang baby dapt 1st floor jer pun. Bawah tu aku tak berkenan sangat sebab faktor keselamatan. "Kat bawah dah penuh makcik..ni cuma satu anak tangga jer..boleh yer" pujuk pertugas tu..Berbudi bahasa  adik ni memujuk mak aku...

Alhamdulillah..kami orang yang pertama sampai kat bilik tu. so apalagi kami memulakan sessi "memilih dan menanda" katil, locker dan juga meja belajar..Baby dapat katil single berdekatan dengan lockernya dan tempat studynya di bahagian tepi berdekatan dengan fius. Senang nak charge apa2 kan.. Kami mula mengemas kain baju yang dibawa. Hubby aku tegur gak nape la sampai 2 toys dia bawak dari rumah sedangkan student lain tak de sorang pun yang bawak.

Selepas berkemas, kami bawak baby keluar ke Pekan untuk membeli peralatan yang diperlukan. Ada lagi rupanya peralatan yang tak cukup. Padahal dah suruh listkan hari tu tapi minor item jer lah cam gunting dan gam.

Tiba waktu untuk berpisah, Baby peluk aku ni cam tak nak lepas..tapi tu lah herannya airmata aku langsung tak turun cam ibu2 yang lain. Bukan tak sedih melepaskan anak tersayang tapi dia pegi belajar jer kan ..satu masa nanti pun aku kena melepaskan dia jugak...Tapi kesian dengan emak sebab dia yang sedih sangat meninggalkan baby..Sepanjang hari tu dok menangis jer...opah nyer lak yg over๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„
Timbul eyeback akak sebab tak cukup tido ...

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com