Tuesday, December 25, 2018

DAH DEWASA DAH ANAK MAMA NI...

Terasa masa cepat sangat berlalu..rasa macam baru semalam tengok si Abang ni terkedek-kedek berlari sana sini dengan badan cubby nyer...dengan keletah nakalnya yang selalu buat keluarga aku terhibur.. Dah dewasa ni, tiap kali nak pergi kerja pun, aku masih pesan itu ini padanya..."jangan bawak keta laju-laju"...Jangan main hp masa memandu...Pendekkata bersusun ler pesan "JANGAN" aku tu pada dia..Bagi aku he still baby aku yang perlu aku jaga selagi hayat di kandung badan..

Semalam 25/12/2018..menyedarkan aku bahawa anak yang aku tatang bagai minyak yang penuh ni perlu menjalani kehidupan sendiri. Selama ni aku terlupa yang dia makin membesar dan satu ketika nanti hati yang selalu aku jaga dan sayang ni akan berubah kepada kepada hati insan lain yang bisa menyayangi anakku dengan lebih baik...

Alhamdulillah Ya Allah..kerana Engkau telah temukan anakku dengan insan yang istimewa di matanya..Sejuk mata mama melihat calon menantu mama ni..manis orangnya. So we olls kena la buat persiapan untuk merisik anak dara orang..1st time ngadap benda-benda macam ni..of coz akak nebes!

Harap2 semuanya berjalan lancar...Aamin. Doakan yer ...

KITA MERANCANG ..ALLAH MENENTUKAN..

Bulan Dec ni..cam biasa le..bulan jenjalan makan angin kan. So we decide pergi ke Penang reunion kengkawan hubby..pada 15 dan 16 haribulan..Dah tempah Hotel Raibow Paradise kalau tak silap di Batu Feringgi tempatnya.

Macam selalu..kalau nak berjalan ke mana-mana, aku la yg menyediakan kesemua barang yg nak di bawak. Untuk dinner, kami mak2 ni kena bepakaian baju kurung dan berkain batik. OMG! Seriously aku memang tak pandai pakai kain batik ok. So aku decide cari baju kebaya readymade dan kain batik memang dah siap berjahit.

Utk handbag plak..aku pilih clutch yg memang dari dulu aku suka designnya


Tapi itulah kuasa Tuhan mengatasi segalanya. Sabtu planya nak pergi..khamis..hubby lak masuk wad. Punah harapan omak nakkk...

Tapi demi nak memastikan dia sihat..aku sanggup korbankan semua tu. Berjalan bila2 pun boleh tapi kesihatan tu penting kan? ( try pujuk hati yg lara)

Monday, December 3, 2018

ADMITTED SAKIT LAIN PLAK...

Semalam 3/12/2018, mak admitted PUSRAWI setelah ubat antibiotik yang di makan tak berkesan apa-apa. Ikutkan mak sepatutnya admitted masa jumpa doktor tempohari tapi biasa la orang tua kannn..nak cuba makan ubat dulu katanya..

Bila sesiapa ahli keluarga admitted ni merupakan tempoh yang paling memenatkan..mana tak nyer..pagi kerja dan bila petang berkejar balik nak masak untuk suami dan anak-anak. Kemudian menemankan mak di hospital sampai lah nurse bagi tau waktu melawat dah habis. Kalau seminggu di sana..seminggu gak ler aku akan berkampung di sana. Boring nyer...tapi apa nak di kata kan..kena la hadap..😏

Mak semalam cam ceria jer waktu ditinggalkan. Sempat gak aku usik mak time tu..anggap jer mak pergi vacation..sekarang tidur di hotel...hik! hik! Macam tak der perasaan jer mak (malas melayan anak kereko dia yang satu ni😁. Mungkin gak mak dah redho dengan ketentuanNya..

Nurse kat Wad Al Aman tu pun dah cam muka mak..Kira mak ni one of the popular patient yang selalu "bercuti" di sini...Muga berkat doa anak-anak dan menantu, mak akan kembali sihat seperti sediakala. Aamin...

Sunday, December 2, 2018

KO RASA AKU ADA MASA UNTUK SAKIT HATI??

Tajuk cam iklan panadol sakit kepala plak kan?..Hik!hik! Memang aku ni bukan spesis yang suka nak pendam masalah dalam kepala hotak. Friendly speaking..aku jenis orang yang tak akan sesekali lari dari masalah dan akan cuba menyelesaikannya no matter how difficult it is!

Kalau ada yang rasa tindakan dia tu buat aku dan keluarga aku akan rasa terkilan atau sedih..forget it sebab tak ada benda yang nak disedihkan pun..cuma kalau nak sedih pun sedih sebab memikirkan orang terdekat sanggup malah cuba untuk menikam keluarga dari belakang..

Ni lah dia melayu ...nak kata Islam, dalam IC memang Islam tapi attitudenya Subhanaullah...Tak rasa bersalah ke bila kaki tu dah jejak ke tanah suci tapi hati tu masih ada sisa-sisa hitam yang bisa mengheret kau ke neraka!

Itu lah bezanya muslimin yang ke Mekah untuk mengabdikan diri kepada Allah dan spesis yang mengejar titile Haji/Hajjah semata-mata..

Lantak korang la..aku tak kisah..Tak de masa pun untuk aku rasa kecik hati atau tersinggung dengan tindakan korang tu..Buat lah apa korang nak buat sementara masih diberi nafas oleh Allah..

Tumpang lalu...😃