Wednesday, July 30, 2014

MASIH DLM MOOD RAYA

Memasing dalam mood raya lagi kan..pendek kata kentut pun bau lemang..bau rendang! Kui! kui!. Tak kisah ler, asal korang sedar diri tak ngapa...makan ler tapi beringat ler yer..Makan berhemah bukan sapu apa yang melintas di depan.

Raya ni, penuh ler klinik dengan orang sakit. Mana tak nyer..kesan sebulan berpuasa..bila tiba raya, di jamu plak dengan segala macam juadah. Tu belum masuk lagi bab rumah terbuka...

Rasanya tahun ni rumah mak hanya dipenuhi dengan keriuhan cucu2 mak. Tak macam tahun2 lepas..penat melayan bebudak yang datang..tah dari penjuru mana datang nyer. Mungkin bebudak tu berfikir 2 kali sebelum nak masuk umah mak memandangkan grill yg mak pasang usah mengalahkan penjara Kajang.

Ikutkan memang aku tak berkenan bila mak bercadang untuk memasang grill tu tapi memikirkan keselamatan dia yg tinggal sorang2..setuju jer la..

Sunday, July 27, 2014

PUSARA PENGUBAT RINDUKU...

Program kami hari ini adalahlah menziarahi kubur Abah dan kubur ibu dan bapa mertuaku di Gombak. Masuk tahun ni dah 4 tahun aku tak beraya dengan abah..tak mencium tangannya dipagi raya seperti selalunya..

Sukar untuk aku bayangkan bagaimana rindunya aku pada abah..rasanya cuma abah yang amat memahami perasaan aku..biar bagaimana Abah sering mengkritik tindakan aku..namun aku tahu akhirnya diam2 Abah mengakui kedegilan aku akan membuat Abah bangga akhirnya...

Ya Allah..Ya Tuhanku...aku akui aku mungkin tak layak untuk mendapat kurniaan rahmat malam Lalilatul QadarMu...namun aku masih tak putus asa dengan rahmatMu...Sempena akhir Ramadhan ni..temukan aku dengan arwah dalam mimpiku..Izinkan aku memeluknya sebagai pengubat rinduku selama ini...Amin....

DEN MASAK RONDANG DAGING!

Kalau sebelum ni di pagi raya, aku, suami dan anak2 menikmati juadah rendang di rumah mak..kali ni atas permintaan hubby, aku menyediakan juadah hariraya iaitu rendang daging kesukaannya.

Tapi kali ni resepinya berbeza sket dari yang mak ajar aku sebab instead of menggunakan daun kunyit..hubby aku suruh letak daum salam. Penah dengar daun salam?. Serius cakap..ni ler first tine sku dengar orang letak daun dalam dalam rendang..Cuak gak takut tak jadi. ..almaklum sekilo daging aku masak ni..kang dibuatnya terjun banji dalam ting sampah.
           
                                                 Nampak tak..tu ler daum salam nyer..

Alhamdulillah..berkat keikhlasan aku..cewahhh!! Jadi uooolls! Paling best tu bila mendapat pujian dari sang hubby... ( Ada chance dapat duit raya lebih ni). Pada yang tak penah masak tu..pesanan ikhlas dari penaja..hik! Hik! Tak susah mana pun nak masak ni..endak dengan tak endak jer..

Terima kasih buat hubby yg bagi resepi pelik tapi sedap ni..

Tuesday, July 22, 2014

SOMEBODY ...HELP ME!

Lagi beberapa hari jer nak raya..makanya aku hari ni berazam untuk mengemaskan rumah yang dah sebulan lebih terbiar tak terurus..Iyer lah kan semua orang nak rumah bersih, kemas tambah lagi nak menerima tetamu di pagi raya kan?

Tapi bila aku start nak berkemas..terpaku sekejap sebab tak tau mana nak mula. OMG! bileh ker siap less than one week nih!! Cam tongkang pecah!.Gini ler kalau orang umah sakit kan . Semua dalam umah ni take for granted..guna towel peh tu sidai kat kerusi makan (ruang tamu plak tu).


Stress jiwa raga aku! Ikut hati..aku buang semua ni dalam tong sampah..biar sorang tercari2. Tapi sudahnya, aku gak kena beli yang baru..

Kan senang kalau memasing tau tanggungjawab..tak derler nak hempok sumer atas bahu aku sorang. Dah ler aku sakit..ditambah sakit ati plak dgn keadaan rumah yang berselerak!

Sabor..bawak bersabor..bulan puasa kan.... (walaupun dalam hati ni dah kuar lahar gunung berapi )

MEH KE AR RAWSHA PULOK!

Rezeki mencurah-curah sepanjang bulan posa ni. Kali ni akak dapat sponsor dari adik sendiri untuk berbuka posa di Ar Rawsha yang terletak berhampiran bulatan Kampung Pandan.




Tak susah pon nak mencari lokasi ni cuma tempat parking penuh ketika ni memandangkan ramai plak tetamu datang berbuka posa kat sini hari ni.

Kami sekeluarga seramai 21 orang menikmati hidangan ala carte yang terletak di tingkat 1. Punya ler ramai orang di tingkat bawah dan keadaannya pun lebih kurang sama jer dengan tingkat 1.




Lama dah tak berkumpul ramai-ramai cam ni...Dah berkeluarga ni memasing sibuk dengan aktiviti sendiri. Bila dah jumpa..hah ko..semua nak bercerita...pot pet...pot pet meriaholls!. Ni pon kurang satu korum lagi..yang kat penang tu...Kalau dia ada...lagi ler, tak der chance kitaorang nak mencelah! Hik hik!

Apa pon aku nak mengambil kesempatan ni nak mengucap terima kasih daun keladi buat adik aku yang belanja kami malam tu. Lepas dah nazar dia sempena dia naik pangkat...Alhamdulillah..sebagai kakak..aku tumpang gembira malah sentiasa mendoakan agar dia dimurahkan rezeki dan dijauhkan dari orang2 yang ingin menjatuhkannya...


Friday, July 18, 2014

IFTAR DI KELAB GOLF BKT RAHMAN PUTRA

Aku sejak 'patah sayap bertongkat paruh'  ni malas sangat nak kuar berbuka posa di luar. Tapi hubby aku memaksa dan kebetulan ofisnya mengadakan majlis Iftar di Kelab Golf Bkt Rahman Putra di Sg Buloh.

Bagi aku tak ada apa yang istimewa makanannya. Biasa  seperti tempat2 lain gak...okay la...Cuma ralat sket bila tengok surau yang disediakan untuk solat..terlalu kecil sedangkan rata-rata yang datang tu kebanyakkannya muslim. Harap pihak pengurusan lebih peka dengan perkara seperti ni.

Ni tengah tertunggu-tunggu bila agaknya iftar kami adik beradik plak nak dibuat...kali terakhir bersama arwah Abah ialah di restoren Titiwangsa..







Sempat gak tu nak berselfie..

Anak beranak berselfie plak

BEGINILAH KALAU BERSAORANGAN..

Hari ini bersemangat aku masak walaupun dalam kepayahan.Semua tu aku lakukan demi hubby dan anak perempuanku walaupun baby tak boleh puasa sekarang.

Tup-tup hubby aku call kata nak berbuka posa kat luar. Aku tak kisah la tapi baby pon sama gak nak berbuka di sekolah katanya.. Maknanya ..aku berbuka sorang-sorang ler nampaknya.

Aku ok jer..bukan tak der benda nak makan kannn. Bila azan jer, aku bergegas ke dapur dan saat aku menyenduk nasi tu..tiba-tiba rasa sebak plak tah kenapa..Masa ni , aku terbayang wajah emak yang berbuka posa sorang-sorang di rumahnya. Tiada teman untuk dia berbual apalagi untuk menemani dia makan. Dulu..ada juga Abah menemankan dia..menyakat dia...tapi semua tu takkan berulang lagi.

Airmata aku menitis...aku alpa memikirkan emak yang kesunyian di rumah. Lalainya aku...Mungkin ini cara Allah menguji dan mengingatkan aku akan tanggungjawab yang harus aku galas...Menjaga emak apabila Abah tiada. Ampun kan aku Abah atas kealpaan aku...

Wednesday, July 16, 2014

TAK CUKUP LAGI NIH...

Baju dah ada...tinggal kasut dan juga tudung. Of coz ler nak yang baru. Raya ler katakan..yer tak?. Maka dengan gediks nyer akak try le mencari kat internet yang menjadi idaman. Memang rasa nak menyumpah bila tengok kebanyakkan kasut yang aku suka semuanya high heels!.

Aku ni idok ler suka kasut yang leper sangat cam selipar jepun tu tapi sekurang-kurangnya bior ler ada bertapak sket...Dah ler kasut yang dijual kebanyakkan nyer saiz kaki gajah. Apasal ler susah nau aku nak cari saiz kasut ni. Dulu masa remaja..tak plak susah nak cari..tapi time tu masih mengharapkan ehsan mak dan abah..so tak leh ler nak beria-ria bershopping.

Tudung plak tu mengalahkan rega baju!. Bila dah jumpa yang berkenan..tak der plak kaler yang aku endak..Hangin betul..Aku tu tak berapa suka tudung yang beropol-ropol ala-ala kain langsir rumah. Lebih menyenangi yang simple dan warna kosong supaya aku boleh matchkan dengan baju. Lagipun aku dah banyak tudung bercorak. Nak tukar selera ler katanya....

Tuesday, July 15, 2014

IFTAR DI ARABIC RESTAURANT.. DAR HADRAMOUT

Dari pagi, hubby aku ni dok cakap pasal nasi arab..Punya ler dia mengidam sangat nak makan nasi arab ni sampai suruh aku meng google restoren tu merata.

Cover ayu..walhal tongkat letak kat bawah..hehe...

At last..jumpa ler restoren some where in Bandar Baru Selayang. Bertuah aku dok area ni. Segalanya ada.."semuanya di hujung jari anda". Restoren yang diberi nama Dar Hadramout ni terletak berdepan sekolah Agama Al- Furqan bersebelah dengan Sharin Low. Hah detail aku bagi ni...tak jumpa gak..tak tau la.
Deco restoren ni sempoi yer..

Aku dan baby order Nasi Mandy sementara hubby aku yang dah tak sabar2 menjamu selera tu order Nasi lamb Mandy. Sementara air plak 2 ice lemon tea dan aku semestinya carrot juice.

Ni Nasi Mandy pilihan baby..

Makanannya okay..harganya pun berpatututan ..tinggal lagi agak kurang selesa dengan persekitaran dalam restoren ni yang terlalu bising mengalahkan pasar. Anak2 yang meraung, menjerit sampai berdesing telinga sedikit sebanyak mengganggu selera aku makan. Tu yang tak der mood nak selfie gambo2 nasi arab dan minuman yang lainnya...

Sapa2 yang nak cuba nasi arab..silalah datang ke sini yer...

BUDI BAHASA BUDAYA KITA

Kecoh satu Malaysia ni ko buat dik..Gara-gara keta ko dilanggar dek uncle cina tu. Usah kata uncle tu terkejut..akak ni yang menonton youtube tu pon boleh pecah air ketuban!. Tak sangka akak dalam Malaysia ni ada gak wanita yang boleh mengalahkan ke"brutal"an akak selama ni. Akak ingat akak ni dah cukup gangster dah..rupanya ko lagi hebat dik!

Al-kisahnya sejak tersiarnya youtube ko ari tu...ramai ler juru ulas tak bertauliah kat facebook ni menyumbangkan dosa mereka mengutuk ko...Nampak tak kat situ dik...gara-gara sikap ko tu..ramai yang turut dapat saham dosa berangkai tu.

http://blog.carlist.my/2014/07/blog/video-lady-loses-her-mind-over-fender-bender-in-kuantan/?utm_source=facebook&utm_medium=cpc&utm_campaign=lld_fb

Akak bukan nak nambah dosa mengutuk ko tapi sekadar nasihat yang mungkin boleh membuka minda ko tak banyak sikit..Akak faham..memang ler rasa marah, bengang bila keta kita di hentam orang. Akak faham sesangat dik...Tapi cara dan perbuatan adik tu agak tidak sopan bila menjerit-menjerit dan paling tak semengah tu bila adik guna streering lock untuk memukul keta uncle tu..Tu bukan jalan penyelesaian dik..tu jalan penyesalan namanya!. Cuba ko fikir dik..elok2 ko boleh claim insurance uncle tu utk repair keta ko..uncle tu plak claim lagi banyak insurance ko. Dah kemik sana sini ko hentam! Silap hb..ko dengan keta ko sekali ke balai sebab ko dah jadik road bully tau.

Kita ni dik..tak ada masalah yang tiada penyelesaiannya...Jangan ikutkan hati marah tapi end up nyer ko gak yang susah sebab kena maki hamun orang. Paling akak tak suka tu, dorang kaitkan perangai ko tu dengan wanita bertudung. Apa bangang nyer orang yang mengomen tu..pakai akal ke tak?.Aku cuma nak ingatkan dia..yang bertudung ni WAJIB bagi semua wanita Islam. Tak kira samada perangai ko baik atau sebaliknya. Itu antara kau dengan Allah.Ada faham??

Buat adik CDM25...adik masih muda dan perjalanan adik masih panjang..Sebelum bertindak dalam sesuatu perkara, fikirlah dulu..Jangan buat sesuatu yang boleh memalukan diri, keluarga dan juga agama. Semua manusia di mukabumi ni melakukan kesalahan tapi menyedari kesilapan lalu tu adalah pengajaran paling baik untuk kita.




BAJU RAYA LAGI!






Hi...memandangkan mc aku yang punya le panjang ni baru beberapa hari berjalan...makanya aku punya banyak masa meng google..facebook...dan yang sewaktu dengannya.

Alkisahnya..hamba Allah yang tak kuat iman ni tergoda la plak..Excuse me..bukan tergoda dengan sapa2. Jauh skali suami orang yerk!. Sebenarnya aku dah berkenan dengan satu baju ni. Hehe..koleksi bajuraya aku yang ke 6!







Tamak tak tamak akak ni dik...Ari tu dah berkobar tak mau beli baju lagi..alih2 sangkut gak lagi. Tapi rasanya tak per kot ...sebab baju ni boleh pakai ke pejabat gak..Ni bukan aku yang cakap wokay tapi hubby aku..dia yang tolong pilih lagi kaler turquose  ni..


Tu yang laju sepantas kilat aku meng order tu.. Tak sabor weh tunggu parcel kak Ton sampai!!!. Huh raya sakan aku tahun ni..

Tapi..ni yang cam nak nangis nih...rasanya tak berapa nak cun bila berbaju raya dengan tongkat di kaki...huhu



Friday, July 11, 2014

DIARY LAMA MENGIMBAU NOSTALGIA

Pagi tadi, masa aku sibuk mengemas kabinet almari  dah lama berkurun tak buka...terjumpa sesuatu yg lama dah aku cari...Diary aku tahun 1990..Diary tu sajer aku simpan sebagai kenang2an sebab terlalu byk memori indah aku tika tu.

Tak sangka...banyak yg aku dah lupa tercatit kat dalam diary tu Tanggal 5/5/1990 rupanya hubby aku 1st time datang beraya kerumah. Kemudian disusuli dengan date kami yg pertama pada 10/7/90. Itulah kata orang tua2..ikan di darat...asam di laut..dalam periuk bertemu juga..Siapa sangka kan? Kami lost contact tahun 1983..akhirnya dipertemukan walaupun masing2 dah membawa haluan sendirI.

Waktu mula2 dia melamar dulu..aku tanpa teragak2 setuju sebab aku pasti dialah yang dapat menjaga aku sebaiknya. Menjadi nakhoda dalam rumahtangga dan dapat membimbing aku sebaiknya.

Biarpun Diary tu dah usang..tapi aku tetap akan menyimpannya sebagai kenangan paling terindah dalam hidup aku..

AZAM RAYA YG TAK BERAPA MENJADI

Bercerita tentang azam ni..bukan awal tahun jer kita pasang azam yer. Tengah tahun pun ok jer. Azam yg aku naj citer ni ialah azam untuk persiapan raya. Aku pasang azam tahun 2014 ni kononnya tak nak membazir dan nak ala kadar jer. Ingat pesan mak masa aku kecik dulu..membazir tu kawan setan!. Kiranya di luar kesedaran aku..aku dah pon join the club!..

Ingat tahun ni..sepasang baju raya dah cukup. Bukan nak berjalan kemana pun. Tapi semalam..check punya check..mak oii! Melampau mak jemah ni..dah ada 5 pasang rupanya. Bila masanya aku beli ni??? Pura2 tanya...ni pon dok menjulingkan mata search blog lain. Huhu...


Penyakit bila ada duit dan obses shopping online ni dah bertamadun dalam diri..susah aku nak kikis. Mulanya memang dah tak nak pandang dah..tapi terbukak gak . Kawan satu department plak tu satu penyakit dengan aku..tu yg susah nak di bendung tu.

Tapi aku rasa penyakit tu normal kot. Perempuan kan ke sinonim dengan hal2 kecantikan. Kiranya..normal ler aku ni kan? Kan? Kan?...

Tuesday, July 8, 2014

NALURI KEIBUANKU TERSENTUH....

Berita kematian Biduanita Negata Datuk sharifah Aini cukup mengejutkan. Apa pun, sebagai manusia, kita tidak dapat lari dari kematian yang akan tetap dilalui oleh semua orang. Bezanya bagaimana kematian yang akan kita lalui..samada dalam keadaan baik atau sebaliknya.

Apa yang buat hati ku tersentuh ialah wasiat Kak Pah agar jenazahnya disembahyangkan demgan berimamkan anak tunggalnya. Ya Tuhan..mengalir airmata tatkala melihat Aliff menyempurnakan amanat ibunya.

Time tu terfikir aku...berpeluangkah aku meminta satu2nya anak lelakiku untuk melakukan yang sama ketika aku dipanggilNya nanti..Beruntunglah ibubapa yang mempunyai anak yang sentiasa mengingati dan mendoakan ibubapanya..

Muga aku salah seorang daripada ibu yang terpilih...Amin..


MASAK LEMAK CILI API KETAM...

Hari ni akak nak masak sesuatu yang menjadi permintaan hubby. Masak lemak cili api ketam, ayam masak merah dan sambal tempoyak ulam timun. Simple jer..tapi berkali- kali dok tanya...larat ker?..boleh ker?

Allahhh...setakat nak masak cenggitu, apalah sangat kan. Buat masa sekarang..kaki ni dah beransur sembuh. Kalau dulu terpaksa bergantung pakai tongkat..sekarang aku belajar bertatih perlahan. Memang terasa gak kenkadang sakit berdenyut tapi aku gagahkan gak. Sampai bila aku nak bertongkat manjang..

10hb ni, appointment aku dengan pakat orthopaedic. Tak sabar nak tunggu doktor tu cakap kaki aku ok dan tak der masalah...Selagi tak dengar keputusan dari doktor, selagi tu lah aku tak berani nak pijak kakiku ni ke lantai. Sakit masa jatuh tu buat aku fobia sangat.

Ni tengah menanti waktu berbuka..update jap blog aku ..Selamat berbuka to all muslim's blogger...

Saturday, July 5, 2014

MENGIGAU DI BULAN PUASA.

Korang biasa mengigau tak..?. Terus terang ler yer..aku penah gak mengigau tapi not to the extend sampai berjalan dalam tidur.

Penah ler..sebelum tidur, aku dgn hubby nonton  National Geographic. Ala...citer pasal menatang2 tu.Sampai terbawak dalam tido tau..Aku ni paling geli anak kucing yang baru lahir..yg bulu badan kuyup dengan mata tak nampak tu. Dalam mimpi tu, anak kucing tu datang pada aku. Apa lagi..aku beria2 menghalau.Syioh! Syioh!.

Tetiba prasan lak suara aku kuat sangat. Masa bukak mata..aku tengok baby tengah mengekek ketawakan aku. Weiii!! Malu nyer

Ada sekali tu, mimpi orang pecah umah..aku hayun betul penumbuk ni..Sedar2 aku dengar hubby aku menjerit hadoiii.Rupanya aku hempok hubby aku yg tengah nyenyak tidur. Sian dia...

Ni ler gara2 terlalu mengingat benda sebelum tidur...sampai terbawak2 dalam mimpi. Nasib baik aksi ngingau aku tu tak dirakam..kalau tak, jadi bahan gelak ler jawabnya.

AKSI DRIFT MENANTU EMAK...

Ari ni, berbuka puasa berdekatan dgn Stadium jer. Malas nak pegi jauh2. Takut dengsn cara hubby aku bawak keta pun yer gak.

Hari ni aku bawak emak berbuka sekali. Kesian orang tua tu..prot pret !prot pret! Mulutnya melatah dek ketakutan dengan aksi drift menantunya. Suka suki dia jer masuk lane kiri, peh tu tukar plak kanan. Sampai satu masa tu..dia hampir menghimpit sorang mat motor ni. Aku dah menjerit dah..dan tanpa aku sedar aku dah separuh berdiri sambil menekan kaki aku yang berbalut ni.

Kalau time nak masuk selekoh plak, dua2 lane dia makan..Untung ler kawasan perumahan aku tu one way..kalau tak dah cium molot dahhh...

Tu ler bahananya kalau harap wife jer yg bawak keta. Jumpa aku sakit camni..hah! Baru terkial2 pegang streng yg dah bertahun tak sentuh tu.Manjang ke sana sini dengan motor jer..sampaikan bawak keta pon dia buat ala2 motor gak nak mencilok..

Untung nyawa panjang lagi...Sampai umah...boleh gelak lagi tengok aku mengurut kakii yg mula berdenyut ni....Hai...sabarlah hati...

Thursday, July 3, 2014

TERSERLAH BUKTI CINTANYA.

Sepanjang aku sakit ni, tugas aku di rumah diambil alih oleh hubbyku sepenuhnya. Dari membasuh pakaian hinggalah menyediakan makanan untuk bersahur.Semuanya dipastikan dekat dengan aku supaya aku tak perlu bangun dari tempat duduk.

Kata orang, masa kita ditimpa kesusahanlah kita akan mengenali orang yg benar2 mengambil berat tentang kita. ..yang sanggup mengorbankan masa dan tenaganya untuk kita. Dia..hubbyku yang sejak aku ditimpa musibah hinggalah sekarang masih tak jemu2 melayan kerenah aku.

Kadang2 aku realise gak aku ni adakalanya baran tapi dia tetap sabar dengan perangai aku yg tak semengah ni. Tah la...sejak aku camni..aku cam rimas tak semena2. Mana tak nyer..dulu biasa jalan cepat..kali ni nak bergantung pada tongkat ke mana2.

Diam2 aku mengakui kata2 seorang makcik yg kujumpa sewaktu hari pernikahan aku 21 tahun yg lepas."Beruntungnya ko Hani dapat Raos ni...dia baik orangnya. Kini...aku faham apa erti "kebaikan" yg dimaksudkan...

Terima kasih Ya Allah..kerana telah mengurniakan pendamping dan teman hidup yg dapat menerima aku seadanya. Ya Allah..berikan aku kesempatan untuk menjaganya...menyenangkan hatinya dan menjadi isteri terbaik buatnya. Muga Engkau membalas setiap kebaikan yg diberikan hubbyku...Aminnnn.

# Teringat janjinya ..akan menjaga dan melindungiku selagi ada nyawa di badan...so sweet dan masa tu airmata aku laju jer kuar..terharu dengan kata2nya... Cengil nyer aku....


Wednesday, July 2, 2014

PESTA IBADAH BUKAN PESTA JUADAH

Bila sebut pasal ibadat posa ni, mesti memasing dok fikir tentang juadah berbuka posa kan?. Masa aku kecik2 dulu, arwah Abah la orangnya yg paling ceria dalam menentukan juadah berbuka. Ko bayangkan kami bertujuh beradik...masing2 dengan selera memasing. Adik aku yg nombor 3 tu suka beli air macam2..Alih2 time berbuka..satu bungkus jer dia minum..Hish! Membazir betul!.

Time nak berbuka plak tu, mak masak  punya ler banyak lauk pauk. Dah tak tau mana nak capai dulu. Niat mak tu memang ler baik..nak memenuhi selera anak2 tapi dah cam buffet jadi nyer. Sudahnya makanan tu dijamah sket jer..yang lain berdebup dalam tong sampah.

So..bila aku dah bekeluarga..aku terapkan nilai2 jimat cermat dan tak lagi membazir macam yang mak penah buat dulu. Masak tetap masak..cuma aku pastikan ada ikan, sayur dan satu lagi juadah sampingan dan tak lupa sambal belacan...Aku cuba elakkan membeli juadah berbuka di luar sebab nak suami dan anak2 makan hasil air tangan aku sendiri.

Moral of the story..jangan membazir dan mengikut nafsu di bulan puasa ni. Di bulan posa ni, kita dituntut untuk bersederhana dan memperbanyakkan ibadah.So ingat..Ramadhan ni bukan pesta juadah tapi merupakan pesta ibadat.Selamat berbuka Puasa semua!!

#Teringat cendol yg disediakan arwah abah dalam besen ayan..tetap sedap kerana abah menzahirkan kasih sayangnya di situ...(tengah nangis nih huhu...)

RINDU NYERR...

Baru beberapa hari mc, aku dah cam cacing yg dijemur. Boleh bayangkan tak camner rupanya cacing kalu dijemur?.

Sebenarnya aku  rindu bebenor dengan kengkawan kat ofis. Biasanya pepagi kami dah riuh rendah bersarapan di pantry. Masuk keja pukul 8 pagi tapi jam 8.30 pun masih kat pantry lahi sampaikan bos "buat lawatan mengejut" baru ler memading bersurai. Biasa ler pompuan kalu berjumpa kan...ade jer citer hot yg nak diperkatakan..

Dok di rumah ni, macam aku katakan dlm entry lepas ler..tidur manjang arau tergolek depan tv. Nak makan ..time posa plak. Kalau tak time ni ler boleh aku "membesarkan badan" kan.

Terfikir gak kan.. bila aku dah tak keja nanti, mesti aku tambah rindu dengan dorang ni..Tu pon kalau sempat aku nak rindu merindu..tah tah masa tu aku dah ada program atau bisnes yg nak diuruskan. Cewahhh...berangan lagi tapi usaha tu kan ker bermula dengan angan2 kan?.

Ni dok mengira hari..bila aku boleh ke ofis semula.Mesti korang fikir aku dah sewel gara2 jatuh tu kan? Hehe..Sebenarnya aku tak nak cuti lama2 sebab tak nak membayangkan meja aku yang menambun dengan kerja2 yang terbengkalai..Paling penting..aku rindu dengan gurauan dan keletah kawan2.

Tuesday, July 1, 2014

PELIK NAU KER AKAK NI...

Semalam aku sekeluarga berbuka posa kat luar. Hubby aku tak sampai hati tengok aku dalam keadaan yg tak sempurna ni tonggang terbalik masak sorang diri di rumah. Sementara menunggu waktu berbuka tu, tak der ler keja yg aku buat melainkan search intenet, tengok tv...tv tengok aku....hehe  (tidor ler tu).

Nak mengemas tak berani  dah!. Kang terus untut kaki omak ni...Kengkadang tu aku naik rimas gak dengan kaki yang berbalut dan pergerakkan yang terbatas camni. Time nilah, aku benar2 menghargai anugerah yg Allah berikan pada aku. Susahnya ...bila salah satu kurniaan Allah ni di "tarik" seketika. Segala2nya mengharapkan bantuan dan ehsan orang.

Ni nak cerita al-kisah aku berbuka posa kat luar semalam. Turun jer dari kereta..mata orang dok menengok aku berjalan bertongkat menuju ke restoran. Setakat tengok tu tak ngape gak..ni dah mengalahkan retis neelofa akak ni...tumpang perasan jap hehe...Tak berkelip mata. Pelik nau ker tengok orang bertongkat?. Ker korang tak penah tengok gegirl cun melecun cam akak ni bertongkat??? Wakaka...

Kot iyer pun..jangan ler gitu.. concentrate jer kat juadah berbuka tu lagi baik kan. Akak ni bukan boleh ditenung camtu..mau tergolek lagi sebab segan diperhati camtu..Hilang skill catwalk akak tau....