Friday, July 18, 2014

BEGINILAH KALAU BERSAORANGAN..

Hari ini bersemangat aku masak walaupun dalam kepayahan.Semua tu aku lakukan demi hubby dan anak perempuanku walaupun baby tak boleh puasa sekarang.

Tup-tup hubby aku call kata nak berbuka posa kat luar. Aku tak kisah la tapi baby pon sama gak nak berbuka di sekolah katanya.. Maknanya ..aku berbuka sorang-sorang ler nampaknya.

Aku ok jer..bukan tak der benda nak makan kannn. Bila azan jer, aku bergegas ke dapur dan saat aku menyenduk nasi tu..tiba-tiba rasa sebak plak tah kenapa..Masa ni , aku terbayang wajah emak yang berbuka posa sorang-sorang di rumahnya. Tiada teman untuk dia berbual apalagi untuk menemani dia makan. Dulu..ada juga Abah menemankan dia..menyakat dia...tapi semua tu takkan berulang lagi.

Airmata aku menitis...aku alpa memikirkan emak yang kesunyian di rumah. Lalainya aku...Mungkin ini cara Allah menguji dan mengingatkan aku akan tanggungjawab yang harus aku galas...Menjaga emak apabila Abah tiada. Ampun kan aku Abah atas kealpaan aku...

2 comments:

  1. U make me cry!! Uuuwwwaaa....

    ReplyDelete
  2. So touching.. nangis mak!!

    ReplyDelete

Saraqistina80@yahoo.com