Wednesday, January 28, 2015

BELIAN DI LUAR JANGKAAN..

Kata orang perabot berwarna putih ni susah nak dijaga . Tapi tah naper aku lately ni berkenan sangat dengan  warnanya tu nampak bersih dan suci. Kebetulan lepas survey lampu di CIMA Lighting ari tu..sajer ronda-ronda kat kedai perabor berdekatan.


Jeng! Jeng! Jeng! mata ni dah ternampak satu L-Shape sofa berwarna putih. Mula ler otak aku plan nak letak mana benda ni. Nak jadik citer hubby aku pon berkenan gak.


Memikirkan banyak benda lagi yang nak dibeli..aku tangguhkan dulu hasrat ni tapi hubby aku berkeras gak nak sofa ni. So terpaksalah (iyer ker terpaksa....ker memang gedik suka aku masa tu) aku membuat penawaran "maut" dengan salesman tu. End up nyer dapatlah kurang RM150..jadik ler kan dari tak der langsung..

Muka dia pun kelat bila aku nak dia hantar free of charge. Ngada-ngada plak nak charge aku transport charges..dekat jer pun..(nasib baik dia tak cakap kat aku..itu minyak juga pakai kakak..bukan air kincin jugak..hihi).

Dalam tak nak dan beria-ria nak save budget tu..aku sempat gak sambar stools 2 buah untuk island kitchen cabinet aku..Ni pun aku "toreh" harga gak dengan mamat tu... dia plak buli aku suruh aku bawak balik sendiri...

Cepat lah siap umah oiii..tak sabar aku nak mendeco ni..

BERSANTAI SEMPENA CUTI RAYA CINA

Hitung punya hitung..baru aku perasan yang aku sekeluarga dah lama tak pergi bercuti...Kali terakhir gi Indonesia. Makanya kali ni terfikir gak nak berjalan-jalan dalam negeri tercinta ...Malaysia ni. Di tambah lagi dengan usul dari adik ipar aku yang 24 hours dok mengadap dapur hari-hari.


Plan awalnya masa meeting family tu nak ke Melaka...plan baik punya sempena raya cina kononnya. Alkisah..disebabkan lambat membooking, maka punah ler harapan bebudak yakni anak2 saudara aku (termasuk aku gak..huhu). Kesian aku tengok dorang yang really excited bila dengar nak mandi kolam.


Maka gigih ler dorang ni search sana sini..semuanya penuh bak ikan sardine dalam tin cam tomato tu. Tapi nak jadi rezeki bebudak tu termasuk auntienya yang ter over gediks ni..ada la satu tempat pecutian ni yang masih kosong. Mungkin kerana ramai tak tahu lagi tempat ni. Lopo Blue River yang terletak di Ulu Langat. Cer korang google...Bagi yang suka keindahan semulajadi, sungai dan tempat memancing, this is the place yang memang pasti jadi kenangan buat korang.

Apa-apa hal, tunggu aku pergi dulu dan update kat korang yerk. Harap-harap percutian kali ni meriah lah...

Wednesday, January 21, 2015

GIGIH KUMPUL RESEPI NIH...

Memandangkan aku akan mendapat kitchen cabinet yang baru..maka gigih la aku mengumpul resepi kuih muih dan juga masakan lauk pauh. Since last year dalam bulan 11 rasanya, aku mula tak masak dek kerana keadaan rumah yan berabuk..

Kononnya oven dan microwave aku tu nanti akan aku utilised sepenuhnya untuk memenuhi citarasa hubby dan anak2. Pendekkata..cakap jer you nak makan cik hubby...akan aku masakkan provided semua bahan-bahannya ada lah yek..


BATU SLEEPERS JADI HIASAN PAGAR


Hiasan taman menggunakan kayu sleepers.

Bukan nak citer pasal hiasan taman tapi kali ni aku nak story sket pasal hiasan kayu sleepers yang kami gunakan di depan pagar rumah. Kalau gambar hiasan di atas menggunakan kayu, kami mencari batu yang mempunyai design yang seakan-akan kayu seperti ini. Jangan risau..terdapat banyak di SSK Garden Design yang terletak di Sg. Buloh menuju Subang. Kedainya terletak berdekatan dengan traffic light menuju Kota Damansara sebelah kiri.

Plan aku, batu sleepers ni nak di letakkan depan pagar rumah supaya lebih nampak keasliannya. Ni pun ada gaya Bali gak kan. Hubby aku mulanya nak letak rumpur tiruan di antara kayu sleepers tu tapi kemudiannya kami decide untuk buat lubang di antara kayu tersebut dan meletakkan batu-batu seperti gambar di atas.

Kalau ikut kayu dalam gambar ni panjang kan..tapi yang aku beli semalam tu panjangnya lebih kurang 2 kaki dan memerlukan 11 keeping untuk hiasan tersebut. Tak sabar nak tengok hasilnya!

Monday, January 19, 2015

Semalam salesman dari Ba Li Kitchen datang ke rumah untuk fix ukuran bagi kitchen cabinet aku. Of coz ler , aku nak dia datang sebab cabinet aku tu tak sama saiz panjangnya. Memandangkan aku dah beli tiles untuk kitchen cabinet tu..so aku nak dia pastikan measurement tu tepat.








Untuk tiles di antara table top dengan cabinet atas tu..tiles yang aku pilih mengikut konsep yang kami inginkan iaitu moden klasik. Mulanya aku berkenan dengan satu mozek ni tapi memandangkan konsepnya lari sama sekali, terpaksalah dibatalkan hasrat aku tu.


Setelah diberi penerangan serba lengkap, kontraktor aku pun cepat memulakan kerjanya. Dalam masa sehari tu, dia dah siap menampal tiles untuk kitchen cabinet aku tu...Tadaaaa...cantik bila dah di pasang ko (ayat memuji umah sendiri..huhu)











HASIL PEMERIKSAAN DARAH..

Sapa sangka..sesuatu yang kita tak jangka malah jauh terfikir akan berlaku jugak.. Tanggal 12/1 ari tu kami staff kat ofis ni buat blood and urine test..Aku excited walaupun kecut perut menengok jarum injection tu.

Hari ini, doctor datang dengan hasil pemeriksaannya. Cayer tak aku yang slim melim ala Erra Fazira (perasan daahhhh..) ni kolesterol tinggi. Mak oi!..selama ini aku dok telan segala macam makanan tanpa memikirkan faktor kesihatan. Al maklum la, selama ini aku memang tak der masalah apa-apa. Doktor suggest aku diet dan jaga pemakanan terutamanya seafood dan internal organ which part tu yang aku suka sangat expecially hati. Faktor umur gak tu..



Baby baru jer ajak aku jogging kat Taman Metropolitan..Sombong lagi tu..siap cakap kat dia..mama ni dah cukup slim naper nak berjogging bagai. Sila betulkan kefahaman anda tentang jogging yer...jogging tu bukan untuk cantik tubuh badan jer tapi untuk kesihatan dalaman juga.

Bila hubby aku call, terus aku bagi tahu dia...Apalagi kuar ler ayat menyindir dia tu...Hello! at least kolesterol jer okay...tu bisa di atur dong!. Nampak gayanya aku kena la makan oat peh ni...

Tuesday, January 13, 2015

PINTU GERBANG AKU DAH DIPASANG..

Huhu...nak share dengan u olls tentang pintu kayu yang baru kontraktor pasang petang tadi. Pintu Bali ni penah aku citer kat u olls dulu. Masa aku ambil gambar ni, pintu ni baru dinaikkan rangkanya..ukiran di kiri kanan dan kepalanya belum dipasang lagi.


Abaikan yer perkakas yang bersepah tu..




Sebenarnya aku lebih suka jika pintu tersebut diletakkan di tengah menuju ke  dry kitchen tapi memandangkan ada beam yang menjadi halangan di situ..maka terpaksa ler aku ubah kedudukannya.



Ni ler asal dinding tu sebelum diletakkan pintu Bali tu. Pintu yang sebelah tu asalnya bilik air yang aku pindahkan ke belakang. Ini untuk membolehkan bilik tidur disebelahnya jadi bertambah luas.

Plan dinding kosong sebelah tu aku nak gantung cermin yang aku beli kat kedai jati tempohari. Sekadar hiasan agar dinding tersebut tidak kelihatan kosong jer..

Berkali-kali aku tengok pintu tu...dan seriously aku suka!. Adalah sket kelainan dari rumah orang lain yang penah aku kunjungi. Waktu mula -mula hubby aku beli pintu ni dulu..bising gak mulut aku mcm murai tercabut ekor. Iyerlah kann..nampak pelik jer masa mula-mula aku tengok..dengan reganya yang tak semengah..

Nanti kalu dah siap sepenuhnya..aku post lagi yer..Tungguuuuu....



SENTAP PLAK AKAK...

Mungkin pada korang benda ni biasa dan tak akan rasa apapun..tapi bagi aku yang cenggil ni sentap sangat rasanya... Berkali-kali aku istighafar untuk memujuk hati ni tapi rasa sedih tu tetap ada..

Aku benar-benar tak faham di mana salahnya...dimana silapnya hinggakan kenaikan pangkat aku yang ceciput ni pun nak dikontrovesikan dan digebang2 satu pejabat. Orang lain sebelum ni dapat promotion gak tapi tak der pun dorang heboh. Mengapa time aku ni...alahai cara korang meluahkan rasa tu pun sebenarnya buat aku terasa sangat...Lain la kalau korang bercerita tu tak melibatkan aku salah seorang darinya kan..

Aku dapat promotion pun atas usaha dan kerja keras aku selama ni bukan dengan cara mengampu atau mengipas mana-mana pihak. Sesuatu yang aku tak buat dan tak kan buat okay..Aku nak setiap sen yang aku terima tu berkat dari usaha kerja yang aku lakukan.

Please la...accept la takdir dan rezeki  yang Allah bagi..Aku pun pernah mengalami saat-saat macam tu dulu tapi tetap berfikiran positif yang rezeki tiap manusia ni Dia yang tentukan...Insya Allah mungkin rezeki kita dalam bentuk lain..dari segi kesihatan, kegembiraan dan sebagainya.

Sunday, January 11, 2015

BABY DAPAT KELAS SAINS!

Hari pertama baby di sekolah untuk tahun 2015 tak begitu mengujakan bagi dia. Mungkin disebabkan dia excited nak tukar sekolah hari tu.. Keputusan examnya yang tak begitu memuaskan hatinya tu sebenarnya banyak mempengaruhi dia. Tapi salah sendiri kan..belajar pun last minit...banyak masa terbuang dengan membelek hp dari membelek buku-buku.

Today..pepagi dia call dari sekolah beritahu yang dia terpilih masuk aliran sains. Pada awalnya, baby plan nak masuk kelas prinsip akaun sebab dia tak minat sangat subjek sains katanya. Takut tak boleh bawak...Tambah lagi katanya dalam kelas dia pelajar Melayu yang masuk aliran sains tu tak ramai..tak sampai sepuluh orang pun. Semuanya dimonopoli oleh kaum China dan India.

Korang tau apa yang aku cakap kat dia?? Baby..take this as a challenge!. Kalau dorang boleh buat..baby pun boleh..Mama akan hantar baby kelas tambahan kalau perlu. Aku nak anak aku berani menyahut cabaran!
.
Jangan risau baby...kerana setiap langkah anak-anak, mama sertai dengan doa untuk kalian agar sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah. Muga anak-anak mama terang hati menerima pelajaran yang diajar dan sentiasa dipermudahkan segalanya. Keep it up Baby!




Thursday, January 8, 2015

BOHONG SUNAT?

Ada ker istilah bohong sunat ni?. Menurut kata orang yang mencipta istilah ni..bohong sunat bermaksud bohong yang harus dilakukan demi menyelamatkan keadaan. Hehe..menyelamatkan keadaan dan demi menjaga hati seseorang konon nyer.

Mungkin lah pada ornag yang suka berbohong sunat ni berpendapat ianya perlu demi menjaga hati atau menyelamatkan keadaan. Tapi persoalannya..sampai bila ko nak berbohong tu kan. Lambat laun akan ketahuan jugak dan rasanya situasinya akan lebih parah bila orang yang dibohongi tu dapat tahu cerita sebenar!

Aku rasa ada pendekatan lain yang boleh dilakukan selain dari berbohong sunat ni. Apa kata setiap permasalahan itu di bawa berbincang dan haruslah berterusterang. Nampak benor ler korang ni takut berdepan dengan masalah hingga kan mencipta bohong sunat ni kan??. Dalam situasi apa juga..aku paling benci nak berbohong ni tapi ada ketika dan waktunya aku juga terpaksa menyatakan sesuatu perkara which its not true!. End up ..aku rasa amat bersalah selepas itu. Masa tu, aku terfikir ini jer jawapan selamat yang harus aku berikan untuk "menutup" soalan yang diberikan. Satu kelemahan aku ni ialah..tak pandai berbohong dan terasa seakan-akan orang yang aku bohongi tu tau jer yang jawapan aku tu dalam kategori bohong "sunat.

Apa pendapat u olls?. Harus ker kita ni berbohong sunat demi menyelamatkan keadaan?







Wednesday, January 7, 2015

RESTOREN DA NGA

Mungkin pada korang, nama ni agak janggal dan tak penah dengar pun tapi ni lah salah satu kedai favourite aku. Kedai ni terletak berhadapan sekolah di Selayang Baru di Jalan 45. kedai ni menyajikan makanan ala Thai dan juga western food.


Tomyam campur dia betul-betul asli..Kaw!

Udang butter (ni yang kering..boleh gak order yg basah)


Siakap 3 Rasa

Nak tulis semuanya memang tak habis ..pendekkata makanannya memenuhi citarasa anda lah! Apakata anda datang dan rasa sendiri. Lebih baik dari dengan aku pot pet cam ni. Harga?? jangan risau..berpatutan sangat. Tu sebab aku suka datang makan kat sini. Lebih-lebih lagi saat tiada dapur buat masa ni...Most of the time..sini ler dapur aku selagi dapur aku tak siap.

Semalam makan nasi putih dengn sup ekor. Perghhh!! terbaek!.susah tau aku nak bagi pujian kat orang bila bab masakan ni. Mengalahkan juri plak dah...tapi sup ekor dia betul2 ala Thai punya kaw!

Apa kata korang pegi kat restoren dia namanya "Da Nga"di Jalan 45 berhadapan dengan kedai motor dan berdekatan Sekolah Selayang Baru. Jom..jalan-jalan isi perut!













SYUKUR YA ALLAH...

Syukur Ya Allah atas segala rahmat dan pemberianMu..Itulah perkataan pertama yang terbit dalam hati sewaktu menerima "hadiah" dalma tahun 2015 ni. Cam birthday presentlah kiranya ni... promotion yang aku tak pernah harapkan tapi atas budi bicara Syarikat di atas performance staffnya..aku di antara kakitangan yang mendapat kenaikan pangkat ini.

Gembira of coz lah kan..tak sia-sia aku commited dalam kerjaya aku selama ini. Dalam pada itu..aku rasa hiba mengenangkan arwah Abah yang tiada disaat-saat ini. Aku ingin sekali memberitahu dia dan ingin berkongsi rasa kegembiraan ini dengannya. Teringin sekali melihat dia tersenyum bangga macam dulu...

Insya Allah..aku tak lupa pesannya.."Disaat kita dijulang ke langit, jangan lupa pada orang yang masih ada di bumi". Dengan kata lain..Abah minta supaya kami rajin bersedekah...mengingati orang-orang yang memerlukan bantuan..

Terima kasih buat emak yang tak pernah putus doanya untuk kami adik beradik agar murah rezeki. Alhamdulillah Allah kabulkan doa mak...

Adik-adik dah mula whatapps minta aku "open table" untuk celebrate. Amboi berdesup laju korang nyerr..It's okay...boleh ajer...cukup budget Insya Allah..

Tuesday, January 6, 2015

BILIK AIR HAMPIR SIAP!

Balik dari pejabat..dengan letihnya tadi, tak kuasa nak menengok progress renovation umah tapi hati ni meronta2 gak nak tau..apa yang dorang dah siapkan setakat ni..

Surprise!! Bilik air kat bawah yang betdekatan dengan dapur dah pun siap dipasang tiles. Tinggal lagi mangkuk sinki (febret hubby aku) dan juga shower belum dipasang lagi. Suker aku tengok kemasan kerja dia..


                                         
                                              Ni tak complete lagi...sinki belum pasang.



Ni bilik air anak dara & anak bujang akak... belum pasang shower dan sinki nya.