Monday, February 8, 2021

SEMUA BENDA KO NAK TAICI KAT ORANG..

 Saja nak bersembang aka mencurah perasaan kat blog sendiri...perasaan yang dah disimpan bertahun-tahun dan tak dapat nak diluahkan.. tapi ianya jadi macam bomjangka yang bila-bila masa je boleh meletup.

Dalam apa sahaja tugas seharusnya kena ada semangat bantu membantu atau dipanggil teamwork kan?

Baru lah tugas yang diamanahkan tu berjalan lancar dan tiada sikap ketidak puasan hati di situ. Tapi itu yang aku alami sekarang bila mana nampak seakan tugasan di pejabat banyak dibebankan kepada aku seorang. Mana lagi nak pikul tugasan sendiri, aku juga kengkadang malah selalu buat tugasan staff bawahan pun aku juga yang memikulnya. 

Aku ni bukan lah orang penting dalam department ni.. tapi bilamana bos GM aku resigned..kerja2 GM ni which surposed to be handled by immediate staff bawah dia..terhumban kat aku! korang rasa apa perasaan aku bila katanya nak kurangkan beban keja aku tapi instead of dia kurangkan..dia tambah lagi keja aku. Dalam job description aku, aku ni cuma assist kerja dia je tapi nampaknya terbalik pulak bila aku 90% dan dia 10% (kengkadang semua suruh aku yg handle)

Macam la aku ni budak tadika yang boleh nak ditipu-tipu. kalau dengar ayat bukan main manis..tapi tu semua alasan untuk dia taici kerja yang sepatutnya dia pikul. Kalau dah gaji besar..of coz la tanggungjawab sepatutnya besar jugak..yer tak?. Jangan cuma pandai mengarah tapi sendiri tak nak pikul tanggung jawab dan boleh pulak melepak sana sini.

Kita ni dibayar gaji untuk kerja yang diamanahkan bukan percuma je gaji tu dan dalam ertikata lain makan gaji buta!

Ingatlah yer..gaji yang kau dapat tu nak bagi anak bini makan dan pakai. Ko tak rasa ke yang duit yang ko terima tu cam tak berkat bila gaji ko terima tapi kerja kau tak laksanakan. Jangan amik nama jer sedangkan orang lain yang bertungkus lumus menyiapkan kerja.





Thursday, February 4, 2021

BELI GAK AKHIRNYA..

 Ikutkan lama dah nak membeli periuk viral di FB ni tapi kalau boleh tak mahu la beli online. Aku suka pergi ke kedai tu sendiri dan melihat kualiti


sesuatu barangan tu. Tapi..dek kerana PKP ni, terpaksalah ditangguhkan dulu niat tu.

Tapi godaan 12:12 shopee dan lazada seperti memanggil-manggil dan akhirnya aku terbeli jugak periuk yang aku inginkan selama ini.


Bukan saja periuk malah senduk dan peralatan dapur juga aku beli (anak dara aku yg beria-ria menggoda mamanya)😂