Tuesday, September 5, 2017

TAMAN TEMA BERTUKAR JADI TAMAN NYAMUK





Akak tau tau la nak ngadu kat sapa cuma nak meluahkan rasa terkilan dengan situasi di Primaland Resort and Convention Centre sekarang ni. Akak ni one of the owner yang beli apartment kat situ since tempat tu dibuka lagi. Hajat hati tu untuk buat rumah persinggahan tempat bercuti jer. 

Baru-baru ni, kami dapat berita yg Primaland ni dah gulung tikar. Sudahnya taman tema yang dulu sering dibanggakan sebagai taman tema air terbesar tinggal sejarah..terbiar begitu saja. Dah jadi tempat pembiakan nyamuk! Lebih menyedihkan tu, kami owner juga terkesan dengan penutupan taman tema tersebut sebab tiada lagi customer yang nak  datang bercuti di situ. Setakat nak tengok kolam yang dipenuhi dengan lumut hijau boleh la..

Hasil carian imej untuk PRIMALAND TERBIAR

Dulu cantik membiru..sekarang hijau!

Cuma akak heran mengapa senang benar pihak management ni melepaskan diri mereka tanpa membayar wang sewaan pemilik yang menyewakan apartment kepada mereka. Pernah diheret ke mahkamah namun bebas tanpa dakwaan kerana alasan yang akak secara peribadi rasa cukup tak adil.

Saman yang dikemukakan tidak boleh atas nama syarikat kata mereka. So kita letak la nama ahli lembaga pengarah dia..(tak kan nak letak cleaner atau bangla yang jaga pintu masuk Primaland tu kan). Tu pun gagal jugak dengan alasan pengarah tak boleh disabitkan atas liabiliti yang ditanggung oleh syarikat. So korang rasa...disitu aja dah nampak penipuan terancang pihak management untuk mengelakkan dari di saman oleh pihak luar. Akak dulu kena dengan company penyanggak Best Western yang makan duit sewa akak hampir RM2,000. Dah lah gitu..duti maintenance yang sepatutnya mereka bayar pun tak dijelaskan. Memang aku doakan, melingkup la korang dengan bermodalkan hak aku tu selagi tak berbayar!

Harap sangat pihak Majlis Perbandaran Port Dickson..tolong2 la tengokkan apa yang patut. Kementerian Kesihatan..try la tengok, dah besar mana ternakan nyamuk aedes kat koma air terbiar tu. Harap sangat wakil rakyat atau pihak berwajib dapat turun padang membela kami yang teraniaya ni.