Wednesday, June 21, 2017

HUBBY AKU YG TERLEBIH EXCITED..

Tak ingat bila tapi that day ada weeding event kawan hubby aku..habis weeding gi la merayap tengok expo pameran kereta baru..Fuh! cantik-cantik keta yang dipamerkan. Tapi ada satu keta ni buat hubby aku tawaf kat situ berkali-kali.

Hasil carian imej untuk toyota chr malaysia
 
                                                             Toyota CHR la weiii


Hasil carian imej untuk toyota chr malaysia
Bergaya dan nampak mewah...
 
Of coz la anak dara aku suka sebab dia dah lama aim Toyota vios tu untuk dia punya..Aku kalau ditanya..suka ke tak kereta ni..Of coz la suka tapi takut orang dari belakang Nampak cam keta ni jalan sendiri jer sebab tak nampak drivernya..Kik! Kik!
 
Doakan ye muga impian hubby aku tu jadi kenyataan...

NAK BUAT SESUATU TU ..FIKIR DULU!

Kecoh baru-baru ni isu bibik Dato Alif yang melarikan diri setelah merembat duit dia. Boleh berkomplot lak reramai dengan pembantu yang lain tu..Huh! sabar gak ler Dato' tu nak interview bagai yer..kalau akak..memang kena smackdown sorang-sorang akak kerjakan. Ko ingat, senang ke cari duit..korang pun kena merantau mencari rezeki baru dapat duit kan?? Korang yang mengecam Dato tu sebenarnya tak faham situasi yang dihadapinya. Bayangkan apa perasaan korang kalau korang bagi bunga tapi dibalas dengan tahi?? Cer jawab...
 
Akak bukan la nak kecam bibik Indon yang bekerja di Malaysia ni sebab dari segi kejujuran ni sebenarnya bergantung pada diri sendiri. Rakyat Malaysia ni pun banyak gak yang tak jujur dan menipu.
 
Akak pun punya pengalaman ditipu orang. Prinsip akak mudah jer.. Kalau akak boleh buat sesuatu yg diamanahkan pada akak..akak expect orang lain yang berurusan dengan akak pun sama. Sifat akak ni tak mudah mempercayai orang tapi kalau akak dah trust korang..make sure korang jaga sebab once korang buat taik...that's it!..kepercayaan akak tu akan lebur sampai bila-bila. Terus letak cop mohor tanda penipu kat dahi korang tu !
 
Memang la orang yang menipu ni banyak bagi alasan tapi perasan tak..alasan dorang tu tak boleh diterima pakai dan nampak nau bodohnya...Tapi sedar atau tidak..korang dah masuk list orang yang penah menghancurkan kepercayaan akak.

GELABAH DAH NI...

Raya dah dekat..lagi seminggu gitew.. tapi satu benda pun tak sedia lagi. Dari baju raya hinggalah pada kuih raya satu pun tak de lagi..Mau aku tak gelabah bila segala-galanya tak siap sedangkan orang lain shoping sakan sana sini.

Kali pertama shoping, tak de lak baju yang berkenan dihati..tambahan lagi aku kepenatan berjalan sana sini. Sampai cramp la kaki dengan pinggang ni. Almaklum..usia dh senja ..Kih! Kih!

Raya tahun-tahun lepas ..at least baju raya tu ada lah jugak walaupun rumah tak berapa nak raya dengan langsir baru..alas meja baru kan? Tapi tahun ni dek kerana semua benda nak buat last minute..hah! padan muka aku..satu hapah pun tak siap! Aku okay jer kalau tak de baju baru tapi sian anak dara nan sorang tu.. Muka dah ketat semacam..

Hasil carian imej untuk muka ketat

Sunday, June 4, 2017

MUHASABAH LA DIRI

Ramai di antara kita mengeluh mengapa rezeki jauh dari kita sedangkan orang lain rezekinya mencurah-curah. Sama-sama bekerja..sama-sama makan gaji tapi hidup orang tu nampak mewah sedangkan kita ibarat habis bulan habis la gaji..
 
Terkadang kita lupa...mungkin ianya pertanda kita berbuat sesuatu yang salah di "Mata" Allah. Cuba korang check..korang ada ke buat macam ni atau yang sewaktu dengannya.
 
1)  Memfitnah/ memburuk2kan rakan sendiri di belakang tapi di depan..punya la manis muka tu.

2)  Mencaras atau punya niat buruk menjatuhkan kawan untuk kepentingan diri sendiri.

3)  Kedekut ilmu atau apa saja pertolongan di saat sahabat kita memerlukannya.

Paling penting, kita jangan menyimpan rasa iri hati dengan rezeki yang diperolehi oleh orang lain kerana itu bahagian dia. Berusahalah lebih gigih....bukan berusaha menjatuhkan dia...
 

DAH BESOR ANAK DARA AKAK....

Rasanya macam baru jer anak dara aku masuk tadika..tup-tup dah 17 tahun umurnya. Dah kini dah ada lesen mandu yang diidamkan selama ini. Sekarang ni kalau disuruh ke mana aja pun sanggup sebab excited nak bawak kereta. Tu yang rajin ngikut ayahnya terawih ke Masjid. Jangan lari niat tu udah la yer...orang ke masjid kejar pahala..awak sebab excited nak bawak keta.

Setakat nak gosok baju, lipat kain dah boleh lah diharap...bab masak memasak tu masih dalam pembelajaran..rasanya si abang lebih expert kot..Insya Allah pelan-pelan akan aku didik dia untuk menjadi wanita yang bukan sahaja berilmu tapi pandai jugak mengurus hal ehwal rumah.
 
Ikutkan aku dulu pun bukannya reti memasak. dah nak kahwin..barulah terkial-kial kumpul resepi dan belajar dari emak. Teringat camner mak "hamput" aku bila aku tanya nak masuk halia tu berapa cm?. so kalau baby Tanya soalan yang sama..aku tak leh marah sebab kemana tumpah nya kuah kalau tak ke nasi ye dak?? kik! kik!
 
Impian anak dara aku ni besar..dan aku berharap sangat agar Allah mengabulkan permintaannya..Tak ada yang lebih membahagiakan hati seorang ibu selain melihat kebahagian dan kegembiraan anak-anaknya,