Sunday, June 4, 2017

MUHASABAH LA DIRI

Ramai di antara kita mengeluh mengapa rezeki jauh dari kita sedangkan orang lain rezekinya mencurah-curah. Sama-sama bekerja..sama-sama makan gaji tapi hidup orang tu nampak mewah sedangkan kita ibarat habis bulan habis la gaji..
 
Terkadang kita lupa...mungkin ianya pertanda kita berbuat sesuatu yang salah di "Mata" Allah. Cuba korang check..korang ada ke buat macam ni atau yang sewaktu dengannya.
 
1)  Memfitnah/ memburuk2kan rakan sendiri di belakang tapi di depan..punya la manis muka tu.

2)  Mencaras atau punya niat buruk menjatuhkan kawan untuk kepentingan diri sendiri.

3)  Kedekut ilmu atau apa saja pertolongan di saat sahabat kita memerlukannya.

Paling penting, kita jangan menyimpan rasa iri hati dengan rezeki yang diperolehi oleh orang lain kerana itu bahagian dia. Berusahalah lebih gigih....bukan berusaha menjatuhkan dia...
 

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com