Thursday, March 31, 2011

TERIMALAH KRITIKAN DGN HATI TERBUKA


Kebanyakan kita bila terima pujian dari orang..fulamak! kembang lobang idung. Tapi Mengapa bila dikritik sedikit ajer dah melambung api kemarahannya mengalahkan letusan gunung berapi.

Aku penah ler baca fb sorang Hamba Allah ni...Bila orang puji dia...cantik ler, cute ler (Walhal idok ler cantik maner punnn...) dia bukan main ber tengkiu2 lagi dengan orang tu. Tapi ada ler blogger ni kritik dia (Mungkin orang ni tau sejarah idup dia kot). Apalagi! dia pun melompat cam baru lepas termakan cili api (Sapa yang makan cili..dia ler rase pedasnya kan?) Kui! Kui!

Dalam menangani kritikan ni, seharusnya kita menerimanya dengan hati terbuka..... Mungkin kritikan tersebut boleh kita jadikan panduan untuk merubah sikap dan pesonaliti kita yang buruk perangai kepada insan yang lebih baik. Seharusnya kritikan tu dapat membuka minda kita untuk berfikir tentang apa yang telah kita lakukan.

Kalau kritikan tu tak berasas, tak ngapa ler kalu ko nak melalak bagai kat fb dan mintak simpati kengkawan yg tak tau hujung pangkal citer...Mengapa nak meroyan kalau citer tu "tak ada yang salah melainkan yang benar belaka" kan? kan? Ko faham kan maksud aku nih?


Kata pujangga sekarang...ORANG YANG TIDAK DAPAT MENERIMA KRITIKAN ADALAH ORANG YANG TIDAK BERHAK DIPUJI

Wednesday, March 30, 2011

BERGAYA DGN CAMERA

Terlanjur dah cuti tu, aku & famili pegi ler merayau2 kat Jln TAR..Sajer nak cuci2 mata peh buat passport kan. Hubby aku suggest beli camera memandangkan camera kami dah rosak..Lupa tah saper pinjam terus hancusss!

Singgah kat Pertama Kompleks tempat hubby aku beli video cam dulu. Cina guy ni pun cam dah kenal benar dengan hubby aku. Mana tak nyer..kat sini jer lah dia beli tape, bateri untuk video cam nyer. Aku plan nak beli camera yang simple, ringan dan yang paling penting murah tapi kena ada kualiti...Ada ke? Ada kak oii..tinggal lagi ko kena pandai ler survey...

Kat kedai cina ni aku tak berapa berkenan tambah lagi tak banyak pilihan. So aku decide nak jalan2 dulu walaupun amoi kedai tu menurunkan rega giler2.. Untung aku tak beli ko! Kat atas tu, ada kedai camera lebih banyak dari kedai dia.

Bila ditanya pilihan Abang...mak datuk! Tinggi nyer taste anak bujang aku ni...Camera yang rega dekat 3 ribu siap ada lensa tu yang dia aimed!. Ikutkan aku, tak minat langsung sebab camera ni berat dan besor..susah aku nak bawak ke hulu ke hilir. Bawak video cam tu pun..dia merungut2..Reganya tu...memang buat aku berfikir 100x sebab aku ni tak perlu beli camera mahal2. Bukan nya kerjaya photographer...yer tak?

Finally..aku jumpa camera "pujaan hatiku". Akan ku abadikan gambar dan memori kami ketika percutian di Indonesia nanti. Tungguuuuu!!!!

Tuesday, March 29, 2011

PROSES TRIP KE INDONESIA!


(Apa2 pun kena check dulu..kang tak pasal2 aku tinggal)

Excited anak bujang dengan anak dara aku bila dengar nak bikin passport..Maknanya jadik ler tu melancung ke Indonesia kami!. Disebabkan syarat untuk bikin pasport ni memerlukan anak2 aku datang sekali..so terpaksa ler aku memontengkan Baby sehari dari sekolahnya..Dia jangan tanya ler..manjang cakap tak per...teacher faham tu!

(Ni ler orang paling excited! mata asyik dok menengok no. giliran jer)

Oleh kerana dapat info yg salah dari office mate aku ni...mulanya kami pergi ke Maju Junction rupanya Wangsa Maju..Sajer jer!!. Proses nak buat passport ni idak ler lama..kejap jer..dalam 2 jam kot.

(Sempat gak Baby study sementara menunggu passport nyer siap)

Cumanya Abang terpaksa balik ke umah sebab dia disyaratkan bawak surat beranak rupanya. Aku ingat, kalu dah ada IC tu tak yah ler, rupanya dia belum cukup dewasa lagi...Hubby aku time ni lah IC dia tak leh baca ler plak. Nasib baik JPN sebelah Imigresen tu jer...

Sunday, March 27, 2011

EXPO JOM KE UiTM!


Ahad ni, kami sekeluarga sepatutnya menghadiri majlis kenduri bisan emak dan Abah di Melaka..datang sebagai wakil mereka yg tidak dapat datang. Tup2 spoil semuanya di sebabkan si Abang ni last minute bagi tau tentang Expo jom ke Universiti yang berlangsung di UiTM semalam.

Congak punya congak..akhirnya kami ambik keputusan untuk ke UiTM dulu..Ialah kan..ini untuk masa depan dia gak.Mak datuk! Ya Ampun! ramainya orang...padat cam sardin gulung dalam tu..Memang banyak fakulti yang menawarkan coursenya. IPTA yang bergabung dengan UiTM pun banyak gak.

(Punya ler banyak brocure...)

Alhamdulillah..Abang berkelayakan untuk course yang diminatinya..sebagai ibubapa, aku hanya memberikan panduan.Selebihnya terpulang pada dia mencorakkan kehidupannya. Muga Abang akan lebih berusaha untuk memajukan dirinya.

Aku bawak baby gak dengan harapan ini akan menaikkan semangatnya. Selesai mencari maklumat di UiTM tu, jam dah pukul 2 petang. Kami terpaksa membatalkan rancangan menghadiri majlis weeding di Melaka tu. Sure kalu sampai pun dah lambat..segan ler..

Balik umah..Aku Qada balik tidur..sebab kepala aku dah ting! tong!Pening sebab tak cukup tidur menjaga Abah semalam..Disebabkan anak...kugagahkan jugak ke sana..

CEMAS!

Hari Sabtu 26hb March..aku dikejutkan dengan telefon dari adikku yang menyuruh aku bersiap2. Rupanya dia nak bawak Abah ke Pusrawi kerana keadaan Abah yang waktu tu amat lemah. Mana tak nyer..dah 2 hari Abah tak menjamah makanan. Minum pun sikit sangat. Mungkin kerana dia takut tersedak setiap kali minum.

Kami sampai lebih kurang pukul 1 pagi..Memandangkan keadaan Abah semacam tu, doktor terpaksa masukkan air dan juga vitamin yg diperlukan. Kami 3 beradik termasuk hubby aku berkampung ler di wad kecemasan menunggu Abah. Aku yang kesian melihat adikku yang mengantuk tika tu meminta dia balik. Rasanya tak perlu ler ramai2 tunggu Abah kan..Aku dan hubby ada.

Melihat abah yang terbaring kelesuan..mengundang sedih dihatiku..Inilah wajah yang selama ni bertungkus lumus membesarkan kami tujuh beradik dengan segala kepayahan dan kini Abah terbaring tak berdaya dan mengharapkan belas ikhsan anak2 merawatnya. Tubuhnya yg dulu cergas..kini hanya tinggal kulit yang menyeliputi tulang. Abah benar2 seperti sekujur rangka didepan aku sekarang!

Semuanya selesai seletah jam menunjukkan pukul 6 pagi. Bayangkan aku yg bersengkang mata menunggu Abah tika tu..Hampir tak jatuh kerusi kerana terlelap seketika da terkejut mendengar batuk Abah yang kuat.


Alhamdulillah keajaiban Tuhan...selesai rawatan tu, Abah meminta aku belikan dia roti bakar dan tea tarik. Tetiba jer dia lapar...Syukur...permintaannya mengembirakan aku sebab aku tau..Abah kembali pulih...

Thursday, March 24, 2011

TAKZIRAH YG BERMAKNA

Teringat aku akan kata2 CEO kami yg kebetulan masuk ke Pantry waktu kami sedang lunch. Kata2nya tu singkat jer tapi banyak memberi kesedaran pada aku. Memang kadang2kita terlupa pada benda2 kecik yang sebenarnya membawa erti yg amat besar pada orang lain.

Antara yang kuingat ler yang diperkatakan nyer tu:

1) Sebelum tidur, doakan supaya rezeki kita murah supaya kita dapat menolong orang yang memerlukan.
Aku memang buat benda tu cumanya aku berdoa supaya dapat menolong adik beradikku sajer. Nampak? jauh beza kan?

2) Biasakan diri bersedekah tak kira berapa jumlahnya. Ikhlaskan hati dan tidak mengharapkan balasan.
Aku memang buat tapi tak konsisten..Bila ingat, aku bagi...

Sebagai manusia, kita kengkadang alpa dalam menikmati nikmat yang Allah beri. Bila nikmat tu ditarik balik, kita marah...sedih...putus asa...Walhal, rezeki dan segala nikmat kurniaan Allah tu dipinjamkan sementara sahaja dan Dia berhak mengambil nyer bila2 masa yg dikehendakiNya.

Jadi kengkawan, beringatlah..sihat sebelum sakit, beramal ler dengan hati yg ikhlas sebelum kita dijemput pulang padaNya.

EEEII BERLAGAKNYA DIA!

Tak faham ler aku bebudak sekarang..tak der berbudi bahasa langsung. Tak kan ler tak tau budaya melayu kita yang sentiasa menghormati yang lebih tua tambah lagi kalu kita ni baru nak mula mengenal dunia kan? Perlukan bimbingan dan tunjuk ajar dari orang yg lebih tua.

Ni tak! Kerek semacam!.Kata orang tua2, masuk kandang kambing kena ler mengembek..masuk kandang kerbau kena ler menguak. Tapi dia ni..tak penah masuk kandang kot? Eksyen poyo semacam dengan gaya tonggek nyer lalu depan orang. Ko nak jalan tonggang tonggek pun lantak ler tapi hormat ler orang sikit. Dia buat kita ni cam tak wujud depan dia.

Mungkin ada ler yang menyampai apa yg ku katakan pada dia. Benda yang betul!. Memang ler sikap ko tu pun orang tak gemor! Dok nak pakai reta orang jer..reta sendiri ko simpan buat perhiasan!. Orang lain pun beli barang guna duit bukan guna daun kering dik oii!!.

Belajar muhasabah diri tu...Jangan nanti jadi kera sumbang disisihkan orang.

Tuesday, March 22, 2011

DOA DARI SEORANG IBU...


Nak menyesal atau menangis tak guna lagi dah! Sumernya terpaksa dilalui samada nak atau pun tak nak!.

Hari ni results SPM kuar...Aku tak tau nak cakap apa lagi dah...dada ni dah berdetap detup kencang mengalahkan aku yang amik exam. Walaupun Abang tampak relax tapi aku tau ler anak aku nih...control macho ler tu..Dalam hati tu, lagi kecut dari aku.

Pada Abang, ku katakan "Apapun results yang Abg dapat hari ni..kita terima jerlah . Sebenarnya jujurlah aku akui yerr...hati aku tak ikhlas berkata begitu. Aku masih mengharapkan Abg akan berjaya dengan cemerlang. Sekurang2nya dapat melayakkan dia masuk mana2 University di Malaysia ni.

Aku tak tau nak suarakan pada sapa lagi kecuali padaMu Ya Rabbi Tuhan yang Mendengar segala keluhan dan doa dari hambaNya. Janganlah Engkau hampakan hati dan harapan seorang ibu yang dah berusaha sedaya mungkin untuk anak2nya.

Aku ingin sekali memenuhi hajat atuk dan opahnya yang teringin benar nak menghantar cucunya baik Abg mahupun cousinnya Fatin ke Menara gading. Ya Allah..aku ingin sekali menghadiahkan berita gembira tu buat Emak dan Abah...AMIN...

Monday, March 21, 2011

ANGKA KERAMAT...


Selalunya orang Cina yang taksub pada angka..kita Melayu ni tak kisah sangat..apa ada pada angka kan? Mungkin sebab aku ni lama keja dengan Chinese Company before so ketaksuban tentang nombor ni memang secara tak sedar terikut2 gak.

Bila aku amat-amati..baru aku perasan yang hidup aku ni dikelilingi dengan angka 2.
Angka 2 ni banyak berkaitan dengan :
1) Aku ditemukan dengan hubby pada pertemuan yg kedua...
2) Anak aku 2 jer....aku pun anak yg ke 2.Hubby anak yg ke 2 bongsu.
3) Weeding Annivesary aku pun 22hb.
4) Nombor umah2 aku pun termasuk rumah yg ku duduki pun mula dengan angka 2.
5) No. kereta aku pun mula dengan angka 2.

Cuma satu jer yang aku tak gemor dengan angka 2 nih. Hampir2 aku "berdua" dengan perempuan desprado yg cheap sale tu..Itu tak mungkin akan berlaku!! Choiii!!!

PELIK TAPI BENAR !

Dah dua hari berturut2 aku mengalami sesuatu yang pelik.Pelik tapi benar...mungkin korang pun penah mengalami apa yang aku alami ni tapi bila fikir2 balik seremmmm plak rasanya.

Dua hari lepas, masa aku dan anak bersantai di ruang tamu, tetiba tercium sesuatu bau yang amat familiar sangat! Bau rokok tembakau cap nenas kegemaran arwah datukku. Bau tu memenuhi ruang tamu kami. Yang peliknya..bukan aku sorang yang tercium bau tersebut tapi kedua2 anakku.

Masa tu memang bulu roma meremang..mana taknya, datukku telah lama kembali ke rahmatullah di Mekah dan bau tembakau dia tu memang dah dilupakan. Tup2 baunya berlegar di sekitar kami.

Dalam ketakutan tu, aku sempat gak bercakap...kalu Tok nak lawat anak cucu tok silakan..tapi janganlah takut2kan kami. Aku pun tak tau naper boleh terkeluar perkataan tu dari mulut aku. Paling pelik nyer tu..bau tu beransur2 hilang seolah2 dibawa seseorang keluar.. Fuhhh! nasib baik ada bebudak ni..kalu aku sorang time tu..mau aku angkat kaki..langkah seribu lari ke rumah emak!

Sunday, March 20, 2011

BERBUDI BAHASA LER SIKIT...

Aku paling pantang kalau orang nak minta tolong atau mintak sesuatu cam ala2 mengarah. Dah tu tak reti sabor lak...cam ler aku ni tak de kerja lain nak buat!.

Kalau nak mintak satu2 benda dari seseorang tu, budi bahasa tu yg penting...Mula2 bagi ler salam dulu ker...Tak pun kalu tak reti nak bagi salam, ko senyum sampai ke telinga dulu (almaklum kan..nak mintak tolong punya pasal). Cakap pun kena ler baik2..

Aku ni kepantangan betul kalu orang nak minta tolong tapi cam nak mengarah bunyinya. Kalu bos aku tu tak pe gak..ni level aku ke bawah...Apa kelas ko nak tinggi2 suara dengan aku? Elok2 aku nak tolong..ko tunggu ler sampai cendawan tumbuh kat tepi ko pun..belum tentu aku tolong!

Ada satu kes tu lagi terok! Nak minta sesuatu dari aku tapi main nak amik jer!! Yang dia amik tu bukan barang tapi hubby aku!! Ni spesis KURENG AJAR namanya. At least, ko jumpa ler aku kann..Minta permission ke, apa yg patut..Ni memang sah2 nak kena cakar dgn kuku rimau aku ni!.

HARI ISNIN YG CERIA!!


Orang selalu kata Senin ni hari paling malas nak memulakan tugas! Yer ker? Aku tak ler plak..Bagi aku, excited sebenarnya waktu nak datang kerja hari Isnin. Sebabnya??. Sebabnya kita kan dah 2 hari cuti so tak kan tak cukup lagi.


Tambah lagi aku yang banyak benda nak buat kat opis ni. Rasa cam dua tangan ni tak cukup nak membuat sumer tu dalam satu masa. Kalu boleh..sesudah subuh tadi aku nak sampai. Tapi dek kerana kedinginan suhu bilik ditambah dengan kepanasan tangan hubby yang melingkar dipinggang...mata aku tertutup kembali.

Aku sampai tak ler lambat. Lagi 5 minit ke pukul 8.Okay ler tu kan?. Sesibuk camne pun, aku akan update dulu blog aku ni..Kang bersarang plak lelabah kat sini buat kondo dia...

Anggap ler Monday tu hari untuk memanaskan badan sebelum memulakan tugasan anda..Think all positive about Monday okay...

Thursday, March 17, 2011

MENGAMIT MEMORI

Dah lama rasanya aku tak bawak family...cop! bukan kami anak beranak tapi kami adik beradik termasuk emak dan Abah kuar makan ramai2. Dulu..memang kerap gak ler poket aku ni cair mentelaah pulok masa tu poket pun tengah penuh dan tak de benda yg nak di bayor!.

Rindu plak saat2 makan bersama cam tu..Riuh ko!. Bayangkan lah kami 6 beradik (Tu tak termasuk kakak aku yg kat Penang). Di tambah dengan menantu Abah 6 orang plus anak beranak dorang lagik. Tu nasib baik ler anak buah aku tak ramai...Tapi mak datok kalu berkumpul semeja tu, udah macam nak buat conference meeting rupanya.
Riuh rendah tu jangan citer ler..Tapi meriah ko!...

Insya Allah...lepas aku settledkan projek umah aku ni...boleh ler kami berkumpul semula...Memang aku akui, aku agak sibuk sikit menguruskan hal2 personal aku ni sampaikan tak sempat bertanya khabar adik beradik...

Silap2 ada yang pregnant lagi pun..aku tak tau! Tau2 dah bersalin...Ni tengah berangan2 tempat mana aku nak bawak depa ni sebab dah kehabisan idea. Korang ada tempat baguih ke nak rekomen. Tapi jangan ler tempat cekik darah bebenor...Lari budget aku wehhh...

LETIH DAN LETIHHHH....


Letih...tulah yang aku rasai dan alami sekarang. Bukan letih badan tapi letih otak ni rasanya lebih teruk dari bekerja membanting tulang.

Beban kerja di pejabat dah memang banyak nak diuruskan tambah lagi dah nak mula audit ni..Lorrr audit lagi!! Yerrr...Audit akak oiii!.Tu yang tambah stress tu. Kalau boleh sumer document, aku nak in order siap dan lengkap.


Tapi tulah kan...kita ni bekerja ala2 teamwork. Tugas aku ni kenalah mendapat kerjasama dari sumer pihak. Tapi yg tertekan tu..bila sesetengah anak syarikat yang cam tak nak bagi kerjasama...Minta document yang berkaitan punya ler berkurun...ade jer alasan nak bagi. Bukan aku nak check reta personal korang cik kak dan cik abang wehhh..Aku ni nak melicinkan tugas syarikat yg dah diamanahkan..Tu jerr..

Kalu tak kerana tugas...tak sio kata orang Perak..aku nak mengorek2 sumer ni.

Monday, March 14, 2011

KLINIK UPSR DAH MULA...


Ibu bapa mana yg tak nak tengok anak2nya berjaya dalam hidup kan? Begitu gak aku yg mencuba berbagai cara utk memotivasikan Baby yg akan menduduki exam UPSRnya this year.

Sabtu dan Ahad lepas, aku daftarkan dia ke Klinik UPSR anjuran Berita Harian di UIA. Dia ni..bab2 pergi kursus ke camping ke..paling ler excited tahap gaban. Ikutkan..aku penat betul nak menghantar dia tapi gagahkan diri ni gak sebab nak bagi semangat kononnya..Kebetulan kat sana ada pameran jualan Kamus elektronik yang popular sekarang ni BESTA!.

(jangan Hangat2 tahi ayam udah ler yerrr)
Baby ni memang dah lama nak kamus ni so masa salesgirl tu bagi demo..dia pun sebuk ler menerangkan pada aku dan ayahnya kebaikan kamus ni mengalahkan dia yg jual kamus tu. "Adik, boleh ler tolong kakak promosi kamus ni" budak tu mengusik dia...Baru ler nak tersipu2 malu...Perangai dia ni sebijik cam opahnya..pantang orang jual barang ..mesti nak membeli.

Tapi..bagi aku duit bukan segala2nya. Untuk memastikan kejayaan anak2ku, aku sanggup berabih. Kalau lah usaha tu boleh dibeli dengan wang ringgit..akan aku beli jugak.Terpulanglah pada anak2ku untuk membalas pengorbanan yang dah kucurahkan ni.

Sunday, March 13, 2011

SOALAN YG MEMBOSANKAN AKU..

Aku tak faham ler dengan sesetengah orang nih. Apa masalahnya kalu bos aku resigned?. Tiap kali terserempak dengan aku..mesti tanya soalan yang sama "Are you okay?" atau pun " Be patientlah ya.."

Untuk pengetahuan korang, aku memang okay dan akan sentiasa okay sebab tugas aku tak terganggu dek kerana "permasalahan dalaman". Bos aku tu pun dah clearkan segala tugas2nya dan tak ada terbeban apa pun yg diberikan pada aku before dia pergi.

So...tak yah ler tanya aku soalan camtu lagi yer...Samada staff pergi atau masuk, aku tetap dengan kerja aku. Cumanya..aku tetap rasa "kehilangan" kawan baik atau rakan sejawat yg betul2 commitment dengan kerjanya.

Soal sapa pengganti dia pun, korang jangan tanya aku sebab aku bukan orangnya yg perlu menjawab soalan tu. Korang tanya ler sapa2 yg berkaitan yer...

Thursday, March 10, 2011

MEMORI INDAH BERSAMA BOSKU..

Hari ni 11/3/2011 merupakan hari terakhir bos bersama kami staff finance ni. Selama bertugas bersama dengannya...dia memang bos yang baik malah mengingatkan aku pada mendiang bosku yg juga baik sepertinya.

Secara peribadinya, aku memang sedih dengan pemergiannya tapi ada daya aku untuk menghalang dia dari pergi. Susah sebenarnya nak mencari bos sebaik dia.. Very flexible tapi dalam masa yang sama tetap tegas dalam tugas yang diberikan. Dia banyak membantu kami melancarkan perjalanan kewangan syarikat khususnya gaji staff2 kat sini. Sok..berkuntau ler aku dan rakan2 sejawat ni memastikan cashflow kami okay. Kalu tak...mau tak bergaji bebudak nih..termasuk aku.

Apapun kami tetap doakan agar dia berjaya dalam careernya walau di mana sahaja dia berada..Terima kasih atas tunjuk ajar yang diberi dan sikap tolak ansur beliau benar2mencerminkan beliau sebagai bos yg benar2 menjaga kebajikan staff2nya.

Untukmu bos...All the best to you! Kenang kami dalam doamu....

Tuesday, March 8, 2011

ITU BARU SIKIT ...

Langit tak selalunya cerah...satu ketika hujan pasti kan turun jua...Aku bukan nak bermadah pujangga ari ni tapi terkenang satu kisah ni...

Perempuan ni suka sangat ler menggunakan kecantikan perasan dia ni untuk memikat lelaki. Lebih drastik dia tak kira ler lelaki tu dah beristeri ke tak, sumer dia rembat. Macam ikan limbat tu!. Nak jadi citer...rembat punya rembat, dia dapat ler satu mamat ni...Tu jer yg tak reti dan tak sempat nak lari dari Minah high maintenance ni.Pendekkata minah ni tak kisah ler rumah tangga orang berantakan gara2 sikap rakusnya yg materialistik tu asalkan apa yg dihatkan tercapai.

Minah ni fikir hidup dia akan okay ler dengan hubby dia tu. Rupanya panas yg disangka sampai ke petang...rupanya hujan ditengahari..Mamat yg dirembat ni jenis yg pokai gak. Mungkin Tuhan tu nak tunjukkan pada dia, selama ni dia dah puas mengapur duit jantan bermodalkan rupa yg tak seberapa tu.

Harap2 lah kan, dia akan insaf, apa yg dibuatnya selama ni salah...Tapi rasa aku ler kan..minah ni memang terkenal dgn hati kering dan muka sardin cap ayam. Mungkin dia tak kan sedar kesalahan yg penah dia lakukan selama ni.


Pandai2 ler ko adjust idup ko tu yer..Jangan dah kahwin ni...ko ulang lagi perangai ko yg suka mencalarkan hati kaum sejenis tu...

WANITA...DIRIMU MEMANG BERHARGA


Belum terlambat lagi rasany auntuk aku mengucapkan Selamat Hari Wanita buat semua wanita di dunia ni especially buat Mummyku, rakan2ku dan adik dan kakak perempuan. Ops! perempuan sajer tau..yang dot2 tu tak include okay!

Sebagai insan yg bergelar wanita ni, memang ler kita dilahirkan dengan kelembutan semulajadi. Berbeza dengan kaum Adam yg mempunyai kekuatan lahiriah jika dibandingkan dengan kita wanita ni.

Tapi siapa kata wanita tu tak perkasa? Perkasa dari segi kekuatan fizikal, mungkin tidak tapi jangan lupa yer..wanita meskipun dibaluti dengan kelembutan tapi semangat mereka juga berupaya mengalahkan lelaki. Bukan sekadar nak menyedapkan hati untuk membela kaum wanita tapi buktinya cukup jelas, wanita sekarang berupaya maju kehadapan setanding malah lebih maju dan berwawasan dari kaum lelaki.

Korang tengok jer bagaimana kaum wanita memonopoli bidang pekerjaan malah di pusat pengajian tinggi juga..rata2nya kaum wanita..Tak caya? survey ler!

Appreciate buat emak yg melahir dan membesarkan kami 7 beradik...Dia wanita paling hebat di mataku...

Sunday, March 6, 2011

BAGAIMANA CARA MENGATASI RASA IRIHATI


Ni memang penyakit yg paling banyak menular di kalangan masyarakat kita masa kini. Penyakit irihati ni terbit bila hati seseorang tu tak bersih. Dengan kata lain selalu mahukan dirinya menjadi yg terbaik dan tidak dapat menerima kenyataan bahawa orang lain lebih baik daripadanya.

Manusia seperti ni selalu memandang "Rumput di halaman orang sentiasa hijau". Penyakit irihati atau senang sebutlah yer...DENGKI ni akan membuat seseorang hilang pertimbangan malah sampai ke satu tahap di mana dia sanggup merosakkan atau memusnahkan hidup seseorang yang di irinya tu dengan apa cara sekali pun. Kepuasan terbit bilamana dia menyaksikan keruntuhan atau memusnahan orang tersebut.


Persoalannya..Apa faedah yg dia dapat..Rasa puas? Selama2nya ker atau hati tu tak pernah puas dengan menanam perasaan dengki pada orang lain. Untuk itu, sama2lah kita ingat mengingati bahawa rezeki yg kita terima itu anugerah dari Tuhan.Belajarlah bersyukur kepada Allah atas rezeki yg telah diberikan. Jangan mengharap rezeki bergolek sebaliknya berusaha gigih untuk mencapai apa yg dicita2kan. Bersihkan hati dengan zikir agar hati kita tidak terpesong dengan hasutan syaitan yg sentiasa menyesatkan manusia.

Wednesday, March 2, 2011

CAKAP TAK SERUPA BIKIN!!


Aku betul2 tak faham dengan sikap rakyat Malaysia kita ni lah...suka buat kerja last minit. Ni nak cakap berkenaan saman yg dah diberi tempoh selama 6 bulan untuk dijelaskan. Selama tempoh tu...masing2 buat endah tak endah. Bila dah tiba tempoh akhir..hah barulah kelam kabut.

Tapi aku lebih tak faham dengan sikap kerajaan Malaysia kita ni gak. Cakap tak serupa bikin. Hari tu, siap kuar announcement kata tempoh saman tidak akan dilanjutkan. Ini kononnya unutk memberi pengajaran pada pembayar saman yg suka melengah2kan masa.

Pirahhh!! semalam kuar lagi announcement yg tempoh saman akan dilanjutkan kepada 10hb March nih! Alasan yg diberi pun tak boleh diterima akal...anak aku Baby tu pon gelak mengekek bila dengar alasan camtu.


Jangan salahkan rakyat Malaysia jika pihak yang bertanggung jawab sendiri tidak tegas dalam menjalankan tugas mereka.

LHDN punya EA Form pun dah dapat..apalagi kengkawan...buat cepat..Jangan tunggu last minit lagi..