Sunday, March 27, 2011

CEMAS!

Hari Sabtu 26hb March..aku dikejutkan dengan telefon dari adikku yang menyuruh aku bersiap2. Rupanya dia nak bawak Abah ke Pusrawi kerana keadaan Abah yang waktu tu amat lemah. Mana tak nyer..dah 2 hari Abah tak menjamah makanan. Minum pun sikit sangat. Mungkin kerana dia takut tersedak setiap kali minum.

Kami sampai lebih kurang pukul 1 pagi..Memandangkan keadaan Abah semacam tu, doktor terpaksa masukkan air dan juga vitamin yg diperlukan. Kami 3 beradik termasuk hubby aku berkampung ler di wad kecemasan menunggu Abah. Aku yang kesian melihat adikku yang mengantuk tika tu meminta dia balik. Rasanya tak perlu ler ramai2 tunggu Abah kan..Aku dan hubby ada.

Melihat abah yang terbaring kelesuan..mengundang sedih dihatiku..Inilah wajah yang selama ni bertungkus lumus membesarkan kami tujuh beradik dengan segala kepayahan dan kini Abah terbaring tak berdaya dan mengharapkan belas ikhsan anak2 merawatnya. Tubuhnya yg dulu cergas..kini hanya tinggal kulit yang menyeliputi tulang. Abah benar2 seperti sekujur rangka didepan aku sekarang!

Semuanya selesai seletah jam menunjukkan pukul 6 pagi. Bayangkan aku yg bersengkang mata menunggu Abah tika tu..Hampir tak jatuh kerusi kerana terlelap seketika da terkejut mendengar batuk Abah yang kuat.


Alhamdulillah keajaiban Tuhan...selesai rawatan tu, Abah meminta aku belikan dia roti bakar dan tea tarik. Tetiba jer dia lapar...Syukur...permintaannya mengembirakan aku sebab aku tau..Abah kembali pulih...

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com