Sunday, March 6, 2011

BAGAIMANA CARA MENGATASI RASA IRIHATI


Ni memang penyakit yg paling banyak menular di kalangan masyarakat kita masa kini. Penyakit irihati ni terbit bila hati seseorang tu tak bersih. Dengan kata lain selalu mahukan dirinya menjadi yg terbaik dan tidak dapat menerima kenyataan bahawa orang lain lebih baik daripadanya.

Manusia seperti ni selalu memandang "Rumput di halaman orang sentiasa hijau". Penyakit irihati atau senang sebutlah yer...DENGKI ni akan membuat seseorang hilang pertimbangan malah sampai ke satu tahap di mana dia sanggup merosakkan atau memusnahkan hidup seseorang yang di irinya tu dengan apa cara sekali pun. Kepuasan terbit bilamana dia menyaksikan keruntuhan atau memusnahan orang tersebut.


Persoalannya..Apa faedah yg dia dapat..Rasa puas? Selama2nya ker atau hati tu tak pernah puas dengan menanam perasaan dengki pada orang lain. Untuk itu, sama2lah kita ingat mengingati bahawa rezeki yg kita terima itu anugerah dari Tuhan.Belajarlah bersyukur kepada Allah atas rezeki yg telah diberikan. Jangan mengharap rezeki bergolek sebaliknya berusaha gigih untuk mencapai apa yg dicita2kan. Bersihkan hati dengan zikir agar hati kita tidak terpesong dengan hasutan syaitan yg sentiasa menyesatkan manusia.

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com