Monday, March 29, 2021

TANDA CINTA SEORANG LELAKI

 kemain tajuk blog sis dik..ko rasa apa yang sis nak bebelkan kali ni..of coz la pasal cinta.. Sejak PKP ni, lagi ketat SOP dikenakan..lagi berduyun-duyun plak pasangan mendirikan rumahtangga. Banyak nau ler alasan depa ni sebab nak gak langsungkan majlis ni during PKP.. Paling banyak alasan yang sis dengar ialah..JIMAT tak yah buat majlis beso-beso.

Ni bukan nak cite pasal majlis yek tapi sis nak cite pasal erti CINTA bagi seorang lelaki.. Bagi sis..klimax cinta bagi seorang lelaki ialah bila beliau dengan rela hati tanpa paksaan akan melafazkan akad yang membawa erti bahawa dia akan memikul segala tanggungjawab sebagai suami kepada kita.. Bukan senang untuk menjadi suami dalam ertikata yang sebenar ya..

So pada siapa kat luar sana yang baru nak belajar main mata dan berkepit sana sini dengan boy friend korang, itu bukan jaminan masa depan ya dik non..Belum tentu yang ko usung kesini ke sana bertahun-tahun tu jadi kepunyaan ko..Belum tentu dia yang akad melafazkan akad untuk mengambil kau sebagai suri hidupnya suatu ketika kelak.

So adik-adik..jangan belanja sangat lah yer maruah diri tu..Kekalkan harga diri sehingga kau bergelar isterinya..Lebih manis sebenarnya bercinta selepas berkahwin sebab masing-masing belajar mengenal pasangan halal masing-masing...

Thursday, March 25, 2021

UJIAN ALLAH MEMATANGKAN KITA

 Kengkadang bila kita diuji dengan dugaan yang bertimpa- timpa, betmacam-macam perasaan timbul dibenak ni. Tuhan turunkan ujian ni sebab aku banyak buat dosa ke atau sekadar menguji iman aku?

Tapi guys..berbaik sangkalah dengan Allah meskipun kita berdepan dengan ujian yang paling getir. Sekali pun, kita seakan tidak nampak jalan penghujungnya..jangan pernah menyerah. Teruskan melangkah dan melangkah tanpa berhenti berdoa kerana kita tidak tau, mungkin dipenghujung jalannya..kita akan temui apa yang kita cari.

Aku pernah mengalami saat-saat getir dalam hidup ini..di uji dengan kehilangan insan tersayang di saat aku hampir menuju puncak kejayaan. Namun, aku kumpulkan kekuatan iman dan percaya Allah itu tahu apa yang terbaik buat hambaNya.. Dan..Alhamdulillah aku berjaya mengharungi kepayàhan itu berkat doa emak dan adik beradik..

Percaya bahawa setiap orang yang belajar bangkit dari kegagalan itu akan menemui kejayaan yg paling manis dalam hidupnya.