Thursday, March 25, 2021

UJIAN ALLAH MEMATANGKAN KITA

 Kengkadang bila kita diuji dengan dugaan yang bertimpa- timpa, betmacam-macam perasaan timbul dibenak ni. Tuhan turunkan ujian ni sebab aku banyak buat dosa ke atau sekadar menguji iman aku?

Tapi guys..berbaik sangkalah dengan Allah meskipun kita berdepan dengan ujian yang paling getir. Sekali pun, kita seakan tidak nampak jalan penghujungnya..jangan pernah menyerah. Teruskan melangkah dan melangkah tanpa berhenti berdoa kerana kita tidak tau, mungkin dipenghujung jalannya..kita akan temui apa yang kita cari.

Aku pernah mengalami saat-saat getir dalam hidup ini..di uji dengan kehilangan insan tersayang di saat aku hampir menuju puncak kejayaan. Namun, aku kumpulkan kekuatan iman dan percaya Allah itu tahu apa yang terbaik buat hambaNya.. Dan..Alhamdulillah aku berjaya mengharungi kepayàhan itu berkat doa emak dan adik beradik..

Percaya bahawa setiap orang yang belajar bangkit dari kegagalan itu akan menemui kejayaan yg paling manis dalam hidupnya.

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com