Thursday, June 20, 2013

BAJU RAYA ONLINE AKAK....

Tak lama lagi kita nak puasa....tapi paling best tu Raya! Dah mengalahkan bebudak aku ni..Excited dengan raya . Naper agaknya aku suka raya? Boleh makan kuih muih...paling penting tu boleh bermaaf-maafan dengan suami setelah "membuli" dia..Hik! Hik!

Kalau dulu aku manjang miss buat baju raya, kali ni idok lagi sebab aku dah buat persiapan awal. Tak der maknanya nak tempah menempah ni. Lambat satu hal....lain yang diukur..lain yang dibuat...Kain ala ikan mermaid pun aku tak leh masuk kaki ari tu...Frust sesangat sebab kain aku tu paling aku suka!

Macam tak sabor nak share dengan korang salah satu baju yang akak beli kat online...suker sangat dengan kalernya. Officemate aku pun tangkap jealous uwahhh sebab tak leh pakai...Sure tak lepas nih katanya...Tak per ..nanti kita sama-sama cari saiz besor yerk. Tapi kalu sedondong deng hubby ni..mau melompat dia...terang nau kaler nyer. Ingat nak matchkan dengan kaler yang soft sket tapi tetap mantopps dan meletups gitewww...

Tahun ni akak tak buat bisnes kain cam selalu sebab kengkangan masa yang tak mengizinkan. Jadi dari jadi tokeh...akak jadi pembeli jer wat masa ni.

ADEGAN YANG TIDAK INGIN DILIHAT

Woooootttt ....ni bukan citer hantu atau adegan terlampau yer. Cuma nak share dengan korang satu topik tentang sesuatu yang kita ternampak tanpa sengaja tentang perilaku seseorang.

Aku akui kata-kata "Don't judge by the book by its cover". Kengkadang kita tengok perwatakan orang tu punya ler MAHA baik tahap dewa...kalu bercakap tu..Kak Ton dengar pun terjuih lidah. Bukan meluat tapi terpesona dengan pekertinya...

Tapi tu ler...kata orang bangkai gajah mana boleh nak disorok...tapi ni bukan bangkai tapi perangai dia yang cam bangkai..Sorry ler ya..akak ni anti benar dengan spesis yang suka kacau rumahtangga orang. Apa rasanya kalu rumahtangga ko diganggu orang luar. Rasa cam nak cakar jer muka orang tu kan? Tu ler rasanya bila ko cuba main-main api dengan laki orang. Muda tu satu hal ler jugak sebab musabab ko mengatal.. Tapi apa ke jadahnya kalu jantan yang ko usha tu tua renta! cuma jenis yang tak sedor kubur dah memanggil-manggil!

Udah ler berskandal tak pilih tempat...terkantoi lak bila dilihat dek orang lain...Eiiiishhh mana nak letak muka tu? Jangan ler sebab perangai yang tak semengah tu nanti menyebabkan orang melabelkan semua pompuan ni murah cam jualan car boot sale!

SALAH FAHAM LER TU...

Akak tak ler marah jauh sekali berkecil hati menerima apa-apa komen dari blogger yang singgah kat blog akak ni. Cuma tergerak hati untuk menerangkan kepada insan yang tak mahu plak memberi namanya untuk akak paparkan di sini agar tidak salah faham di atas kenyataan akak .

Soal pemberian Allah tentang kelebihan dan kekurangan hambaNya adalah hak Dia. Jadi kita sebagai manusia ni menerima seadanya. Tinggal lagi..kita berusaha untuk memperbaiki kekurangan tersebut tanpa melanggar batas-batas dan hokum tertentu.

Dalam hal pemakaian korset yang akak bincangkan tu..tak menyindir mana-mana pihak termasuk blogger yang memberi komen tu. Itu adalah pandangan peribadi akak yang merasakan yang pemakaian korset tu amat membebankan dan ini diakui oleh rakan-rakan akak yang memakainya.

Jadi di manakah persoalan "riak" yang ditimbulkan tu...Akak cuma cakap, bersyukur (akak ulang yer BERSYUKUR ) yang akak dikurniakan bentuk tubuh yang tak memerlukan pemakaian korset segala. Tu jer..tak lebih dan tak kurang....

Harap pembaca meneliti apa yang akak tulis sebelum menjatuhkan hukum yer... Sentap akak tauuuu...

Tak de maknanya yang sentap mentap dik... akak ni dari tadi happy forever okeyyy....

Wednesday, June 19, 2013

SEKSANYA NAK NAMPAK LAWA...

Bila bercakap tentang kacantikan tu, of coz ler ianya ditujukan pada wanita lebih-lebih lagi yang obses pada kecantikkan. Sesetengah tu sanggup berhabis puluhan, ratusan malah ribuan lagi asal tampak cantik.

Tapi sanggup ke korang hanya mahu kelihatan cantik tapi menyeksakan diri. Dengan ertikata lain, cantik yang bukan asli tapi disebabkan sesuatu yang kononnya membantu untuk anda kelihatan cantik.

Salah satu produk kecantikan yang membantu wanita untuk kelihatan tampil menarik ialah penggunaan korset. Memang nampak ketara bebenar penampilan sebelum dan selepas orang yang memakai korset ni. Sebelum pakai korset tu, tayar spare tu boleh dikira gegelungnya tapi dengan penggunaan korset ni..sedikit sebanyak berjaya jugak menyembunyikan 'tayar celup' kalian..

Tapi toksah bohong ler yer..sebab aku tahu serius tak selesa korang makainya. Udah ala2 robocorp jer...dan tu kalu gi umah orang kahwin atau ada function...tak leh nak makan banyak sket..mau kang kuar
ikut idung sebab nasi tak turun ke bawah.

Tu belum citer lagi yang pegi ke salon kecantikan..membakar lemak dan membuang lemak dengan operation bagai..Siap balut badan dengan plastik dan cam packaging barang nak eksport jer.Tu sumer gara2 nak cantik..

Bila tengok seksaan wanita ni untuk kelihatan cantik, jauh disudut hati aku ni, bersyukur dikurniakan tubuh badan yang begini. Tak perlu membazir duit untuk melakukan 'pembakaran terbuka' seperti itu.

Monday, June 10, 2013

TIPU PUN ADA KATEGORI SUNAT KER?

"I terpaksa tipu wife I tapi tak per kan....tipu sunat" . Tipu sunat? Korang penah dengar tak perkataan tipu sunat ni. Dah jadik satu kelaziman pada orang yang rasa cam terpaksa menipu.

Kebanyakannya declare penipuan tu berlaku demi untuk menutup mulut orang dan demi untuk menyelesaikan masalah. Konsep nyer!!!Tapi berbaloi ker menipu begitu yer???. Sekali pandang, menipu ala sunat korang tu memang ler nampak okay sebab berjaya melepaskan diri gitew tapi ianya tidak menyelesaikan masalah dalam jangka panjang right?

Sebut pasal tipu sunat ni..teringat aku satu kisah benar..Kisah yang terjadi pada arwah Abah...Sebagai ayah...dia biasanya akan "menipu" anak-anak nya. Tapi semua tu dilakukan demi untuk menyenangkan hati anak-anaknya. Sehinggalah abah disahkan menghidap kanser paru-paru...dia masih membohongi kami anak-anaknya mengatakan bahawa dia masih okay sedangkan kesihatannya ketika itu sudah bertambah teruk. Tika itu aku dan adikku menangis ketika mengurut Abah yang batuk tak berhenti-henti. "Jangan menangis...Abah belum nak mati lagi ni" katanya memujuk kami.

Rupanya Abah masih tak berhenti "menipu" kami demi untuk menyenangkan hati anak-anaknya. Tapi tahukan Abah bahawa kata-kata Abah tu menghantui hidup aku sehingga kini...


Abah umpama lilin yang menerangi hidup kami...meskipun cahayanya tak seterang mana tapi cukup untuk menghiasi sepanjang perjalanan hidup kami.Semuga Allah  membalas setiap pengorbananmu...