Wednesday, December 25, 2013

PERTEMUAN DENGAN KAWAN LAMA

Sapa sangka pertemuan semula setelah 34 tahun berpisah, semalam kami berjumpa semula di majlis perkhawinan anak salah seorang kawan2 aku tu. Dah dapat menantu dorang tu kan..

Memang lah tak semua turn up malam tu tapi yang ada tu pun dah cukup meriah sebenarnya. Bayangkan kalau makcik-makcik ni semua berkumpul..muzik yang kuat dalam Dewan tu pun kalah weh.

Tu nasib baik ada yang datang bawak anak dan aku plak datang dengan hubby. Tak boleh ler nak lepak lama-lama..Untung hubby aku sporting malam tu..Di bior nyer isteri dia join dengan kawan- kawan.




Sempat gak sebelum balik, kami "kidnap" emak pengantin untuk bergambar. Sok kalu dah timang cucu lagi dia tah tak der masa nak lepak macam dulu.

Monday, December 23, 2013

CINTA CYBER

Zaman moden yang serba canggih ni, segalanya jadi simple dan mudah termasuk mencari cinta. Tak macam orang  dulu-dulu, mula kenal masa kenduri orang kahwin...ngintai-ngintai dari jauh...Dan suka kalo...tulis-tulis surat..letak bedak (tersedak peh tu haaaaa cuuuu..bersin). Zaman sekarang ni cintanya dihujung jari jer...cinta cyber namanyer.

Chatting, facebook tah apa lagi ler teknologi canggih masa kini semuanya mudah untuk kita mengenali sapa saja. Tapi ada gak keburukkannya...Bukan semua gambar yang dorang letak kat situ genuine yer. Kengkadang tu ada yang letak gambar Hirthik Roshan (ni mesti peminat Hindustan ni) tapi hakikatnya cam Abang La jual carpet. Sama gak ler kan kat jambul rambutnya.

 
 
1st time dengar suara...mai aihhh! ketaq jantung!. Macam Jalaluddin Hassan...macho gitu. Sehari tak dengar suaranya...mau tak larat nak buat kerja. Bila hari berjumpa..amik kau!sekali gigi macam terowong smart gitew.
 
Cinta cyber ni memang banyak berlaku penipuan terutamanya status. Yang janda mengaku anak dara...yang dah berbini..cewahhh..."Abang bujang lagi...belum jumpa idaman hati" (walaupun umur dah 40 tahun..).
 
Paling kelakar tu, korang tak kan nampak personality sebenar sebab gambar yang dipamerkan tu sekerat jer. Tengok muka...perghhh comel lote...sekali jumpa...sendiri mau ingatlah yer..Jangan suka giler bila korang tengok dia letak kat profile tu..kerja sebagai CEO syarikat...silap hb..korang check punya check..pecah tembelang...bukan CEO tapi CPA (Chief Putar Alam)
 
Pendekkata..jangan terus mempercayai kenalan yang anda jumpa di internet..Selidiki dulu latar belakangnya. Nanti nyosal tak sudah!
 

 


Sunday, December 22, 2013

PERABOT TERPAKAI

Sapa penah dengar berkenaan dengan perabot terpakai ni? Seriously this is the 1st time aku dengar tau. (cam baru keluar dari bawah tempurung bunyinya) kuang..kuang...kuang..Baju tu biasa ler aku dengar perkataan bundle tapi perabot...yer bebenor ni yeop???

Bagi yang tak tau cam aku ni..teman nak citer ler yer..memang ada! Tapi yang teman search kat google ari tu bukan ler kedai perabot biasa tapi kedai perabot terpakai yang menjual perabot dari hotel! Kelas ko Jah!. Selalunya hotel-hotel ni akan menjual barangan mereka setiap 5 tahun sekali. Cam pilihanraya ler plak..

Aku dalam proses nak meng up-grade apartment aku kat Prima Inland Sea Resort tu.. Boring plak tengok perabot yang sama sejak aku beli dulu...Peh tu ingat nak tambah meja makan yang 4 kerusi jer kat situ...Kedai ni aku servey kat internet Kin Peun nama kedainya. Lokasinya tak ler susah nak cari sekitar Tesco extra kat Selayang jer.


Giler omak nengok perabot nyer ko..Nampak plak ada yang sesuai untuk apartment omakkk. Teruja nak pegi. Tapi sejak aku menggoogle ari tu sampai ler sekarang belum berpeluang pegi lagi. Ada jer aral nya...Sebuk kayak menteri gitu!

Ni cantik gak!

                                                 Suker sangat yang ni...sesuai gitew!!!


                                                 I tell you..ni sesuai utk letak kat dining room..

                                               Mirror ni tak beapa sesuai untuk ruang tamu
Nak tunjuk gambar lebih-lebih pun, akak belum menjejakkan kaki lagi ke sini..so tunggu ler sampai akak berpeluang ke sana yerk. Tak sabor nak menata rias apartment tu...

IMPIAN ANDA...ADAKAH KESAMPAIAN ATAU SEBALIKNYA?

Semua manusia ada impian memasing...impian atau senang disebut sebagai angan-angan ler... Tentunya impian kita tu indah-indah belaka.
 
Bagi orang yang tak der umah lagi tentunya menginginkan rumah sendiri. Terbayang dalam impian tu, nak rumah besar siap ada kolam mandi bagai...Tapi disebabkan gaji yang ceciput dan harga rumah makin melambung naik..impian tinggal harapan....rumah besar tak gak dapat tapi badan jer yang besor...hihi.

Bagi yang belum berkhawin tu, impian mereka tentunya nak kan calon suami yang "berwang". Senang citer, tak yah susah-susah nak kumpul reta..tinggal basuh kaki jer...Tapi tunggu yang bujang tak der yang memenuhi kriteria sebegini..beralih arah plak kepada calon suami yang dah rasanya dah establish (laki orang ler tuuu). Tapi nasib tak baik...calon suami berwang tak dapat sebaliknya hamper tak kena cakar dengan isterinya yang ala-ala "beruang" wakakaka.
 
Impian nak jadi pelakon...(perasan muka lawo ler nie...) pegi mana pun peminat serbu..konsep nyer...Tapi berbekalkan muka yang tak seberapa dan aksi ala-ala kayu jati..rentikan ler ya..buat dikutuk orang jer. Kalau di luar set pun ko leh kantoi..reti nyer ko memang tak pandai berlakon! Apa faham?.
 
Impian kita kenalah disertai dengan usaha dan paling penting niat tu kena betul dik yer...Kalau sesuatu yang ko impikan tu tak menyusahkan orang lain...Insya Allah, makbul TAPI kalau ko nak sesuatu tapi melibatkan kesusahan orang lain...aku pun nak bagi share untuk tidak mengaminkan doa korang tu...

Wednesday, December 18, 2013

BANGGA KER PUNYA ISTERI SEPERTI INI?

Makin tambah usia aku ni..makin aku tak faham ragam manusia di sekeliling  ni. Yer lah kan...hati orang mana lah boleh kita baca.. Banyak artikel yang aku dah baca tentang sikap sesetengah lelaki dayus yang bergelar suami ni yang aku betul2 tak faham apa yang ada dalam minda diorang ni.

Korang noticed tak, sang suami ni macam seronok malah bangga bila berjalan disebelah isteri yang bajunya tak cukup kain...mak ramai ler mata2 nakal yang melihat dan bertambah ler bangga suami ni bila isterinya jadi tontonan.

Bila isteri tu plak ada affair dengan orang lain...wahhh...bukan main marah. Siap canang satu kampong yang orang kacau bini dia...Dalam hal ni aku cuma nak cakap sket jerlah yer...kita ni sebelum menunjuk kesalahan orang lain..perasan tak jari yang empat lagi tu menunjuk ke arah kita??

Maknanya..dalam kita mencari kesalahan orang lain tu, pernah tak kita lihat kesalahan di pihak kita sendiri...Dalam kes di atas tadi tu...kata nenek dan atuk aku dulu kala...tepuk sebelah tangan tak kan berbunyi..So kalau tak der respon dari pihak yang satu lagi...tak menjadi bang oiii!.

Perempuan ni lebih-lebih lagi sebagai isteri haruslah pandai menjaga maruah suami. kalau suami tiada di sisi, bukan bererti ko bebas berkeliaran macam kelawar...Pernah tak korang sedar, dosa yang korang buat tu semuanya ada bahagian (share) untuk suami di situ. Ertinya..kalau ko buat dosa, maka suami yang tak reti menjaga maruah isteri pun akan di campakkan ke neraka sebagai pembalasan atas kelalaian tanggungjawabnya  sebagai suami.

Tak der maknanya ko nak bermegah dapat bini cantik tapi tak pandai menjaga maruah diri dan maruah ko sebagai suami. Dan tak der maknanya ko plak nak bikin kecoh huha sana sini sebab itu sebenarnya mempamerkan kelemahan ko sebagai nakhoda rumahtangga ibarat tepuk air di dulang tepercik ke muka sendiri. Sorang isteri pun tak leh jaga..camner nak jadik pemimpin camni...?

APA YANG KORANG TULIS DALAM DIARY YER?

Bila sebut pasal diary...teruja akak. Itu menandakan akan masuk tahun baru. Tahun yang akan mencoretkan kenangan suka duka sepanjang idup aku.

Mungkin sesetengah orang tak suka mengingati apa juga detik2 sejarah idup mereka tapi bagi aku..tu penting...sebab dari situ aku boleh menilai diri aku dan kesilapan yang penah aku buat. Kadang2 kita memang tak menyedarinya, hinggalah bila perkara tu dah berlalu, barulah kita sedar kesilapan dan kebodohan kita di masa lalu.

Aku mula menulis diary sejak aku dibangku sekolah menengah lagi. Saat paling indah aku abadikan di diary masa aku tengah asyik masyuk bercintan cintun dengan hubby dulu...Wehhh...penuh satu muka surat ko....Kengkadang tu...cerita satu hari jer pun dah sampai 2 muka surat..

Bila dah beranak pinak ni, dah makin banyak benda yang aku tulis dalam diary..tentang anak2, kawan2 dan juga kerenah mengadap orang2 di sekeliling. Apapun diary adalah tempat terbaik untuk aku meluahkan isihati aku.

Harap-harap diary tahun 2014 nanti akan penuh diisi dengan cerita-cerita menarik...bukan kesedihan atau kegagalan. Muga tahun 2014 ni, aku lebih menginsafi diri dan lebih dekat denganNya dan lebih mensyukuri nikmat yang diberikan.

RESEPI BISKUT CHEESE CRACKER

Nak buat pengakuan nih...Selama aku hidup ni. boleh dikira berapa jenis kuih jer yang aku tau masak sendiri. Selebihnya buat kat kedai...hihi. Antara kuih yang reti dan menjadi ekperimen aku tu ialah roti jala, kuih ...alamak namanya aku lupa wehhh..(yang makan dengan gula melaka tu) Lopes!

Terbaru, office mate aku ngajor buat biskut cheese cracker...Mula2 rasa dia buat tu...perghhh ! sedap ko..Tu yang bersemangat aku nak menunjukkan skill aku plak. Mentelah aku ni dah lama gak tak buat kuih sendiri kannn...

Hoyeyyyy suker akak!!!Kuih akak menjadi you ollls!..(Keriangan yang kalau orang terror buat kuih ni mesti meluat tengok). Tapi bagi aku yang amatur ni...dah kira satu kejayaan okayyyy. Asyik dok pegang calculator jer. Sesekali memahirkan diri dalam bidang masakan plak.

Paling happy tu..hubby dengan anak aku..sekali dengan anak2 buah aku pun puji kesedapan kuih aku tu..Kembang setaman idung omak!. Pada sapa2 nak try leh coba yer..Akak perturunkan resepi..Kalau tak jadik..jangan korang menurun plak. wakaka...

Bahan2nya:
1/2 tin susu pekat. (Tak kisah ler brand apa pun..asal jgn susu gantung yerk)
1 buku cheese (akak suggest cheese tortula namanya..bentuk bungkusan dia cam gula2 ..beli yang kecik)
Biskut lemak (cap ping pong Hup Seng tu)
Nestum
Susu segar lemak berkrim

Cara2:
1.     Blend susu pekat dengan cheese tadi. Bubuh ler sket air. Blend sampai dia hancur.

2.     Biskut Hup seng tadi ko rendam dalam susu lemak tu. Jgn sampai pecah plak. Dah agak lembik sket, ko angkat dan susun dalam bekas.

3.     Sapukan di atas biskut tadi sedikit adunan yang di blend tadi. Taburkan plak serbuk nestum di atasnya.

4.     Ulang proses ni sampai ler khatam....Jangan terus ngap yer. Ko simpan dalam peti sejuk dulu..baru ler sodap dimakan.

Buat minum petang pun kira okay tau..Hubby korang pasti suka punya...Selamat mencuba...

Monday, December 16, 2013

YANG MANA SATU PILIHAN ANDA

Zaman sekarang ni, semua orang mahu kelihatan cantik, bergaya. Punya rumah besar..jawatan besar...Paling penting penampilan korang kan..sebab semua tu yang akan diusung ke sana sini.

Makanya, untuk kelihatan cantik, orang sanggup buat apa saja asalkan tercapai apa yang diidamkan Ada yang sanggup mengubah paras wajah dan bentuk badan semata-mata untuk kelihatan lebih cantik.

Yang kurang berduit dan takut risiko pembedahan ni plak, teruja mencuba bahan asas kecantikan yang dijual dipasaran. Yang hitam..teringin nak putih..Yang putih plak nak putih melepak katanya. Badan yang gemuk plak sibuk ler gi facial sana sini. Dah cam ayam masuk oven kata auntie aku bila tengok depa ni dok membungkus badan dengan plastik. Sanggup ler seksa demi kelihatan cantik.

Sesetengah tu merasakan istilah cantik ni ialah kelihatan seksi..Buka sana..buka sini. Yang tutup litup ni pada pandangan dorang cam kampong...tak maju..tak sofisticated katanya!.

Tapi kalu direnung-renung balik..tang mana maju nyer sebab gaya hidup dorang sama malah tak berubah dari zaman primitif yang hidup serba kekurangan dari segi pakaian..tu yang korang tengok..Flingstone yang idup zaman batu tu seksi jer. Malah mereka juga tak ada perasaan malu berbanding dengan kita zaman sekarang.


Tepuk dada tanya ler iman...kat mana agak2nyer korang berada sekarang?

HATI-HATI DENGAN PENCURI BARANG TROLI

Nak citer sket kat korang pengalaman aku semalam kat Tesco Damansara..Ini sebagai peringatan kepada korang yang kengkadang lalai atau memikirkan ianya perkara remeh dalam kehidupan seharian.

Lunch hour..aku and my office mate pegi ler merayau kat Tesco ni untuk mencari bahan untuk membuat biskut cream cheese. Bila dah siap membeli tu..on the way nak turun escalator, singgah sekejap kat kedai RM5. Kawan aku ni selamba dia jer tinggalkan troli di luar kedai tersebut.

Untuk pengetahuan korang, aku ni jenis yang berhati2 bab meninggalkan barang kat luar ni. So..aku tak berani nak tinggalkan gitu jer. Aku cuma melihat2 barang yang dijual di bahagian luar sahaja. Nak dijadikan cerita ..ada 2..3. orang perempuan India ni dok berlegar-legar kat luar kedai sambil memerhatikan barang dalam troli yang diletakkan di situ.

Matanya dari mula dok asyik melilau ke kiri kanan macam memerhatikan orang. Mungkin dia tak tahu yang troli tu aku punya...perlahan2 dia dating dan terus pegang troli tersebut. Aku dah cuak time tu.."apasal plak tambi ni selamba dia jer pegang troli aku?". Aku biarkan dulu...

Tapi bila tengok anak lelaki dia amik bungkusan makanan yang ada dalam tu, aku terus meluru ke troli tersebut. Bila dia ternampak aku datang jer..terus dia anak beranak blah dari situ.



So korang hati-hati jer. orang cam ni sentiasa berkeliaran kat supermarket dan menjadikan orang2 yang lalai ni sebagai mangsa.

Wednesday, December 11, 2013

SEMUA NAIK!

Nak citer sket tentang rega barang yang makin lama makin naik Bukan barang dapur jer naik tapi serba serbi  ler. Belum pun reda isu minyak naik..dah tarif letrik plak nak naik.

Zaman dah berubah kan...dulu zaman aku sekolah rendah, belanja 50  sen tu dah cukup mewah sebab rega mee kat kantin pun time tu cuma 20sen jer. Sekarang ni paling murah pun kat sekolah anak aku rasanya RM1.80!.

Kalau setakat rega barang dapur..minyak naik tak per lagi tu...ni sampai rega upah tailor baju pun mahal sekarang ko. Baru lagi aku tempah ari tu RM 50...tup2 ari ni dah naik 10 hengget!

Nampak gaya nyer teman kena belajor nyait baju sendiri ni...kena nanam cili, sayur sendiri...kena bela ikan, ayam sendiri...Habih dah sumernya naik....silap hari bulan darah akak pun bisa naik kalau gini...

Sunday, December 8, 2013

KHAS UNTUK KAUM WANITA SAHAJA

Pernah tak korang rasa apa itu sengugut? Weiii serius akak cakap ko..kalu yang betul-betul sakit tu sampai menonggeng-nonggeng atas katil. Meh aku teka...mesti ada blogger yang baca post ni tak reti apa tuh senggugut.



Senggugut ni dalam bahasa omputih nyer ialah period pain. Sakit bulanan orang pompuan ler...Memang kalau dah datang sakit ni...tak leh buat apa weh...Duduk salah, berdiri salah...pendekkata cam nak pengsan pun ada.

Masa zaman remaja aku dulu, memang boleh kata tiap bulan ler menanggung sakit ni. Sampai emak bimbang..katanya selalunya orang yang kerap sengugut ni susah dapat anak. Idok juga...aku ni nasib baik ler mengamalkan "Belanjawan ekonomi" rumahtangga...kalau tak mau susun paku dah anak2 cam keretapi. Hik! Hik!.

Selalunya apa yang aku buat ialah stand by tungku atau botol panas untuk tuam perut yang tengah memulas tu...Memang lega ko...Penah ler sampai mc atau pun ponteng sekolah gara-gara period pain ni. Apa tidaknya ..nak bangun pun tak boleh! Pernah gak sekali tu sampai terpaksa di bawa ke klinik disebabkan tungku pun tak jalan ..Sudahnya makan pain killer ler apa lagi...Lagipun sekarang ni banyak ubat di farmasi yang boleh meredakan sakit tersebut.


Mungkin kita kaum wanita terfikir naper ler tak macam kaum lelaki yang tak yah period-period ni kan? Tapi itulah kelebihan kaum wanita dan rahsia Allah yang cuma dia sahaja yang Maha Mengetahui kebaikkannya...

LANGKAH KESELAMATAN UNTUK WANITA

Duhai blogger di luar sana khususnya kaum hawa..adakah korang sedar yang situasi masa kini tidak lagi selamat berbanding zaman dulu. Aku sekarang ni nak bercakap berkenaan dengan situasi sekarang yang banyak bercerita tentang  kejadian bunuh, rogol terhadap wanita dan paling sadis yang menjadi mangsanya tak terkecuali kanak-kanak.

Bukan Malaysia ni tak de undang-undang untuk melindungi kaum wanita tapi penjenayah ni macam tak takut dan tak lut dek undang-undang yang pada mereka mungkin cuma di atas kertas jer kot...Tapi bila fikirkan balik, tak boleh gak nak disalahkan penjenayah tu 100% sebab kita kaum wanita ni pun secara tak langsung menyumbang kepada berlakunya jenayah tersebut.

Antaranya ialah :-

1.     Berpakaian tapi seakan telanjang. Ko ngerti ngak bahawa mbak tuh!. Kebanyakkan wanita hari ini memang ler keluar umah berbaju tapi terbonjol sana-sini dah macam bonggol unta. Unta pun kalau tengok dia geram..inikan lagi manusia yang lengkap nafsunya.

2.     Perlakuan sesetengah wanita yang suka menarik perhatian kaum lelaki. Contohnya sengaja bercakap kuat mengalahkan speaker lagi . Tu belum bab dia gelak lagi tu...naik seram kita mendengar hilaian mengalahkan langsuir ko...

3.     Ni memang ko cari nahas ler....Berjalan sorang-sorang tambah lagi di tempat-tempat sunyi.Selalunya aku perhatikan..wanita ni dah sampai depan kereta, baru nak terkebik-kebik mencari kunci kereta. Jangan ko tak tau yer, ni ler peluang keemasan penjenayah nak mengapa-apakan  ko yang tengah lalai tu.

Apa langkah yang perlu untuk mengelakkan berlakunya kejadian ini??

1.     Prepare dalam handbag korang pepper powder yang spray tu..Spray jer kat mata dia tanpa belas kasihan. Dia bukan kesiankan ko pun....

2.     Sedia dalam kereta korang batang kunci kereta tu. Hempok jer helmet dia atau paling sedap kalau hayun kat "tut" dia. Biar mandol dan hilang kelakian dia seumur idup!

3.     Berjalan berkawan-kawan. At least kalau ko panic kena ragut, yang lain sempat gak menolong.  At least kalau tak membelasah mamat tu pun,  sempat gak ler tengok no plat motor dia ker kan?

4.    Jangan berlagak berani tak kena tempat wokay..Even though ko ada taewando tali pinggang itam
sekali pun! sebab penjenayah sekarang bukan cam dulu. Tak der nyer nak bagi salam perkenalan bagai...Paling poyo pun..diorang ni bawak pisau tau !. Tapi dari ko jadi mangsa dia...taichi jer mana-mana tempat kelemahan dia kalau ada peluang. Kasi dia menyesal seumur idup. Jangan menyerah gitu jew okay...

YEAHHH DATING DENGAN HUBBY...

Hari ni dalam sejarah.. cam tajuk kat tv plak kan? Sebenarnya aku nak bagi tau ..hari ini dalam sejarah setelah 21 tahun kahwin...baru hari ni aku berpeluang pergi keja dengan hubby. Sebelum ni walaupun jalan kami sehala , tapi hubby aku tetap nak naik motor kesayangannya. Bila dipelawa naik keta sama2, alasannya dia selalu balik lambat dan tak mahu aku tunggu begitu lama...

Hari ni pun gara2 motor dia meragam hari Sabtu kelmarin. Kalau tak tu eksyen kemain dengan aku kannn...Orang lagikan kena service..nikan lagi motor yang jarang hantar ke workshop tu. Sekali dia semput, kan ke kena menapak ko!

Aku ni 2 x 5 gak dengan hubby aku. Paling malas nak hantar keta pegi service. Walhal tak ler jauh mana..kat selayang jer ..tapi bab nak menanti tu yang bercinta...Malas nak pegi balik, pegi balik so aku tunggu sampai dia siap...

Seingat aku, kali terakhir aku service masa meter dia tak sampai 90,000 km. Sekarang ni jer dah 100,000+++ wokeyyy. Harap2 keta aku tak balas dendam plak ler yer..

Happy hari ni sebab kali pertama gak balik dengan hubby. Sanggup tu lepak kedai kopi depan office dia menunggu pukul 6.30 baru balik.... Orang hari2 balik dengan hubby tak heran punnn...Dalam diam ni, tetiba aku perasan yang aku dan dia rupanya dah lama tak dating berdua...Mesti menyelit baby atau abang sekali di tengah-tengah.