Monday, December 16, 2013

YANG MANA SATU PILIHAN ANDA

Zaman sekarang ni, semua orang mahu kelihatan cantik, bergaya. Punya rumah besar..jawatan besar...Paling penting penampilan korang kan..sebab semua tu yang akan diusung ke sana sini.

Makanya, untuk kelihatan cantik, orang sanggup buat apa saja asalkan tercapai apa yang diidamkan Ada yang sanggup mengubah paras wajah dan bentuk badan semata-mata untuk kelihatan lebih cantik.

Yang kurang berduit dan takut risiko pembedahan ni plak, teruja mencuba bahan asas kecantikan yang dijual dipasaran. Yang hitam..teringin nak putih..Yang putih plak nak putih melepak katanya. Badan yang gemuk plak sibuk ler gi facial sana sini. Dah cam ayam masuk oven kata auntie aku bila tengok depa ni dok membungkus badan dengan plastik. Sanggup ler seksa demi kelihatan cantik.

Sesetengah tu merasakan istilah cantik ni ialah kelihatan seksi..Buka sana..buka sini. Yang tutup litup ni pada pandangan dorang cam kampong...tak maju..tak sofisticated katanya!.

Tapi kalu direnung-renung balik..tang mana maju nyer sebab gaya hidup dorang sama malah tak berubah dari zaman primitif yang hidup serba kekurangan dari segi pakaian..tu yang korang tengok..Flingstone yang idup zaman batu tu seksi jer. Malah mereka juga tak ada perasaan malu berbanding dengan kita zaman sekarang.


Tepuk dada tanya ler iman...kat mana agak2nyer korang berada sekarang?

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com