Monday, November 29, 2021

PEMBULIAN ZAMAN SEKARANG...

 Korang rasa zaman dulu-dulu ada tak orang yang suka pada cabaran ni? Jawapannya bior akak yang kasik tau..memang ada dan sejak azali, manusia memang suka mencabar diri dan rasa benda tu sangat fund lebih-lebih lagi masa zaman kanak-kanak kan? Contohnya..mandi sungai dengan bergayut di pokok ala-ala tarzan dan buat terjun tiruk katanya..

Sama je zaman sekarang ni..cumanya lebih ke arah moden seperti challenge mandi ais ler..makan mee korea (lupa lak aku namanya Samyang kalau tak silap..) yang pedas nak sakaratul maut tu..Hish lebih ektrim kalau difikir-fikirkan berbanding zaman dulu. Kot tersedak..tak ke arwah ko..

Ni si anak dara aku..entah mana dapat idea buat challenge ni tah...kesian cucu Tok Ma jadi mangsa..ko tengok la sendiri apa "penganiayaan yang dibuat" dah tu sekongkol lak  dengan SIL dia...

Agaknya apa lah yang cucu aku si Nayla fikir masa tu...😂😂 Gini ler gamaknya challenge zaman sekarang ...belum besar lagi tu...sabor je lah..






 

Wednesday, November 24, 2021

DUNIA NI TAK ADIL...

 Betul ke orang kata dunia ni tak adil? Tak adil dalam serba segalanya..Orang lain kaya raya..sedangkan kita sengkek. Orang lain sihat ke sana sini bersuka ria sedangkan kita kena hadap macam-macam penyakit yang membataskan pergerakkan.

Jangan tertipu dengan apa yang kita lihat ya kengkawan.. Zahirnya ko tengok orang tu hidup mewah wang ringgit sampaikan ada yang sepak-sepak lagi duit tapi tau tak korang apa yang dia lalui untuk mendapatkan semua tu??. Korang sedap diulit mimpi atau relax menonton tv sedangkan dia mesyuarat sana..mesyuarat sini sampaikan tiada masa langsung untuk anak isteri demi mencari kekayaan.  Ko tau ke?

Kadang-kadang Tuhan kurniakan kita jawatan besar dan di mata orang terlihat betapa beruntungnya orang tu..tapi tahukah kita dia masih punya kekurangan tanpa kasihsayang seperti yang kita miliki. Kita beruntung punya suami dan anak-anak disekeliling kita tapi dia..belum punya orang yang dapat mengisi kekosongan hati...At least, kita masih boleh berkongsi masalah dengan pasangan masing-masing.

Kebahagiaan bukan terletak pada wangringgit semata-mata..definisi bahagia ni subjektif sebenarnya. Bahagia tu kita yang menciptanya dan terpulang pada kita untuk mencorakkannya...

Bersyukur atas apa sahaja pemberian dariNya...



JANGAN TAKUT...ABAH ADA...

 Ayat paling power utk anak perempuan adalah "jangan takut, Abah ada.." ' ..Aku setuju malah teringat yang arwah Abah penah ucapkan yang sama.. sebab dengan hanya sebaris ayat tu lah aku jadi anak yang berjiwa kental. Kalau dulu, aku ni berpewatakan pendiam, tak percaya dengan keupayaan diri sebab pada awalnya abah sering downgrade aku. Hinggakan aku percaya apa yang abah katakan tu betul iaitu aku ni memang tak punya kebolehan atau bakat apa-apa pun.

Hingga suatu hari Abah melafazkan kata-kata di atas...amat bermakna bagi aku sebab aku tau apa pun yang aku lakukan..aku tak bersaorangan sebab abah sentiasa ada di belakang aku untuk terus menyokong dan memberi semangat untuk aku.. Kerana kata-kata keramat itulah aku berjaya hingga kini..

Kini..setelah 10 tahun Abah meninggalkan kami..aku masih teguh berdiri dan akan terus berlari mengejar impian aku kerana kata-kata keramat Abah sudah terpahat dalam dada. Terima kasih abah kerana disebalik kejayaan aku, Abahlah pencetus semangat aku..Terima kasih membentuk aku menjadi insan yang berjiwa kental meskipun hati ini sebenarnya rapuh dengan kerinduan yang teramat dalam untuknya..


Monday, November 22, 2021

NAYLA CUCU TOK MA DAH PANDAI MENIARAP...

 Apa yang lebih mengembirakan hati seorang nenek daripada  melihat cucunya membesar dengan sihat dan ceria..Pengalaman akak ketika bergelar Tok Ma buat pertama kalinya memang mendebarkan..Menunggu kelahirannya dulu buat akak tak senang duduk apalagi mamanya yang menahan sakit sebab dia dah delay dari tarikh yang doktor jangkakan..Macam-macam petua akak bagi kat menantu agar memudahkannya bersalin..still bila call tanya perkembangannya..baru 2cm

Nak share dengan korang..cucu gegirl kesayangan akak dah berusia 4 bulan dan dah pandai meniarap dahh.. sekarang dalam proses nak merangkak tapi dengan cara dia reverse badan ke belakang..tapi tak angkat2 gak badannya.

Mulut jangan cerita lah..pandai dah berbual..sampaikan tersedak time nak menyusu sebab nak berborak dengan bahasa dia..

Alhamdulillah..cucu kesayangan Tok Ma ni sihat seperti baby yang lain dan Tok Ma dah ada hobi baru sekarang..pantang kalau shopping mesti cari baju dia, topi  dan segala peralatan untuk dia..Aku rasa korang yang penah melalui fasa ni pun..mesti mcm aku gak kan..

Muga cucu Tok Ma... Nayla Maysa jadi anak solehah dan dipermudahkan Allah urusannya ...

KL..ASAL HUJAN JE BANJIR..

Penghujung tahun ni dikenali sebagai musim tengkujuh..which is musim hujan. Pagi hujan...tengahari hujan..dan paling sakit bila ko nak balik kerja, hujan yang maha lebat sampaikan tengok jalan tu dah tak nampak jalan tar nyer..dah macam meredah lautan..

Tu belum lagi masalah kereta yang tetiba berhenti di tengah-tengah "lautan" banjir dek kerana enjin dah masuk air..Stress sangat bila berdepan dengan situasi macam ni..Ingatkan bila dah duduk bandar besor, tak ler kena hadap benda-benda camni..Stress bertambah bila kereta ko yang slow and steady meredah air di simbah sampai tak nampak jalan oleh kereta jenis cam lori pick up yang otaknya ilang entah ke mana. 

Yang aku heran tu..air boleh bertakung kat jalanraya?..Mana taknya kalau lubang air kat tepi jalan tu penuh dengan sampah sarap yang tak memungkinkan air tu keluar ke tempat sepatutnya. Teringat aku..orang tua-tua dulu, asal menyapu jer "simpan" sampah bawah tikar mengkuang...sama la kes camni..sampah sarap yang di sapu di jalan tu..sodok jer kat lubang air tu..

Dah 64 tahun kita merdeka, tapi sistem perparitan kita masih tak banyak pembaharuan yang dibuat. Buktinya, asal hujan jer KL meriah dengan banjir.. Banjir satu hal la..ini ditambah dengan kesesakkan lalulintas. Mana taknya..semua kereta beratur menunggu giliran air surut dan tak berani nak mengambil risiko meredah banjir..

Harap sangat..kita tak face this problem again and again sampai "Abang Jamil Mampos"


Sunday, November 21, 2021

ANNIVERSARY YG KE 29 TAHUN...


 Diam tak diam dah 29 tahun rupanya usia perkhawinan kami. Dan selama itulah segala susah senang kami harungi bersama. Daripada tak punya apa-apa, duduk di rumah sewa dan hanya mempunyai sebiji motor second hand hinggalah kami berjaya membina "perniagaan" rumah sewa kami.

Sepanjang 29 tahun bersama dengan suami..kadang-kadang aku masih tak dapat memahami perlakuan suami yang kadang-kala ikut mood..kadang kala dia nampak happy dan ada jugaka masanya dia diam tak banyak berbicara. Romantis? jangan harap la sebab memang itu sifatnya sebelum kahwin dan dia memang tak pandai nak menzahirkan dengan kata-kata tapi yang pasti.. dia amat bertanggungjawab sebagai suami dan ayah pada anak-anak kami.

Mungkin uolls fikir cerita aku ni macam tak logik kan...sepanjang usia 29 tahun perkhawinan kami, tak pernah sekali pun aku meminta apa-apa hadiah..jauh sekali meminta wang ringgit. Tapi untuk anniversary kali ini, aku ringgankan tangan menghantar pesanan ringkas padanya..minta dia beri something yang boleh aku ingat pemberian dari dia sebelum ada diantara kami yang pergi dulu nanti. 

Aku sangka akan ada surprised untuk hadiah kali ini tapi..macam biasa "terkantoi" sebab suami memang tak pandai bab-bab nak beri kejutan ni..Alhamdulillah ..untuk anniversary kali ini, suami hadiahkan aku handbag jenama coach yang aku pilih sendiri. (dia tau wifenya cerewet sebab tu dia suruh aku pilih sendiri..😝😝


                                                 


Hadiah aku untuk dia pulak..dah ada dalam list tapi belum beli lagi kerana kesuntukan masa..but of coz something yang aku tau dia suka..


Bagi aku, hadiah tu nombor 2..sebab yang paling penting dalam hidup aku..dalam usia sekarang..aku mahu agar Allah mengekalkan kebahagiaan rumahtangga kami dan aku mohon agar dia dan aku dipertemukan di syurga kelak..

Buat suami tercinta, terima kasih kerana sudi menjadi peneman dan penyeri hidup. Muga kasihsayang antara kita akan sentiasa mekar hingga ke akhir hayat..Aamin..