Wednesday, November 24, 2021

DUNIA NI TAK ADIL...

 Betul ke orang kata dunia ni tak adil? Tak adil dalam serba segalanya..Orang lain kaya raya..sedangkan kita sengkek. Orang lain sihat ke sana sini bersuka ria sedangkan kita kena hadap macam-macam penyakit yang membataskan pergerakkan.

Jangan tertipu dengan apa yang kita lihat ya kengkawan.. Zahirnya ko tengok orang tu hidup mewah wang ringgit sampaikan ada yang sepak-sepak lagi duit tapi tau tak korang apa yang dia lalui untuk mendapatkan semua tu??. Korang sedap diulit mimpi atau relax menonton tv sedangkan dia mesyuarat sana..mesyuarat sini sampaikan tiada masa langsung untuk anak isteri demi mencari kekayaan.  Ko tau ke?

Kadang-kadang Tuhan kurniakan kita jawatan besar dan di mata orang terlihat betapa beruntungnya orang tu..tapi tahukah kita dia masih punya kekurangan tanpa kasihsayang seperti yang kita miliki. Kita beruntung punya suami dan anak-anak disekeliling kita tapi dia..belum punya orang yang dapat mengisi kekosongan hati...At least, kita masih boleh berkongsi masalah dengan pasangan masing-masing.

Kebahagiaan bukan terletak pada wangringgit semata-mata..definisi bahagia ni subjektif sebenarnya. Bahagia tu kita yang menciptanya dan terpulang pada kita untuk mencorakkannya...

Bersyukur atas apa sahaja pemberian dariNya...



No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com