Sunday, November 21, 2021

ANNIVERSARY YG KE 29 TAHUN...


 Diam tak diam dah 29 tahun rupanya usia perkhawinan kami. Dan selama itulah segala susah senang kami harungi bersama. Daripada tak punya apa-apa, duduk di rumah sewa dan hanya mempunyai sebiji motor second hand hinggalah kami berjaya membina "perniagaan" rumah sewa kami.

Sepanjang 29 tahun bersama dengan suami..kadang-kadang aku masih tak dapat memahami perlakuan suami yang kadang-kala ikut mood..kadang kala dia nampak happy dan ada jugaka masanya dia diam tak banyak berbicara. Romantis? jangan harap la sebab memang itu sifatnya sebelum kahwin dan dia memang tak pandai nak menzahirkan dengan kata-kata tapi yang pasti.. dia amat bertanggungjawab sebagai suami dan ayah pada anak-anak kami.

Mungkin uolls fikir cerita aku ni macam tak logik kan...sepanjang usia 29 tahun perkhawinan kami, tak pernah sekali pun aku meminta apa-apa hadiah..jauh sekali meminta wang ringgit. Tapi untuk anniversary kali ini, aku ringgankan tangan menghantar pesanan ringkas padanya..minta dia beri something yang boleh aku ingat pemberian dari dia sebelum ada diantara kami yang pergi dulu nanti. 

Aku sangka akan ada surprised untuk hadiah kali ini tapi..macam biasa "terkantoi" sebab suami memang tak pandai bab-bab nak beri kejutan ni..Alhamdulillah ..untuk anniversary kali ini, suami hadiahkan aku handbag jenama coach yang aku pilih sendiri. (dia tau wifenya cerewet sebab tu dia suruh aku pilih sendiri..๐Ÿ˜๐Ÿ˜


                                                 


Hadiah aku untuk dia pulak..dah ada dalam list tapi belum beli lagi kerana kesuntukan masa..but of coz something yang aku tau dia suka..


Bagi aku, hadiah tu nombor 2..sebab yang paling penting dalam hidup aku..dalam usia sekarang..aku mahu agar Allah mengekalkan kebahagiaan rumahtangga kami dan aku mohon agar dia dan aku dipertemukan di syurga kelak..

Buat suami tercinta, terima kasih kerana sudi menjadi peneman dan penyeri hidup. Muga kasihsayang antara kita akan sentiasa mekar hingga ke akhir hayat..Aamin..



No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com