Monday, November 22, 2021

KL..ASAL HUJAN JE BANJIR..

Penghujung tahun ni dikenali sebagai musim tengkujuh..which is musim hujan. Pagi hujan...tengahari hujan..dan paling sakit bila ko nak balik kerja, hujan yang maha lebat sampaikan tengok jalan tu dah tak nampak jalan tar nyer..dah macam meredah lautan..

Tu belum lagi masalah kereta yang tetiba berhenti di tengah-tengah "lautan" banjir dek kerana enjin dah masuk air..Stress sangat bila berdepan dengan situasi macam ni..Ingatkan bila dah duduk bandar besor, tak ler kena hadap benda-benda camni..Stress bertambah bila kereta ko yang slow and steady meredah air di simbah sampai tak nampak jalan oleh kereta jenis cam lori pick up yang otaknya ilang entah ke mana. 

Yang aku heran tu..air boleh bertakung kat jalanraya?..Mana taknya kalau lubang air kat tepi jalan tu penuh dengan sampah sarap yang tak memungkinkan air tu keluar ke tempat sepatutnya. Teringat aku..orang tua-tua dulu, asal menyapu jer "simpan" sampah bawah tikar mengkuang...sama la kes camni..sampah sarap yang di sapu di jalan tu..sodok jer kat lubang air tu..

Dah 64 tahun kita merdeka, tapi sistem perparitan kita masih tak banyak pembaharuan yang dibuat. Buktinya, asal hujan jer KL meriah dengan banjir.. Banjir satu hal la..ini ditambah dengan kesesakkan lalulintas. Mana taknya..semua kereta beratur menunggu giliran air surut dan tak berani nak mengambil risiko meredah banjir..

Harap sangat..kita tak face this problem again and again sampai "Abang Jamil Mampos"


No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com