Wednesday, November 24, 2021

JANGAN TAKUT...ABAH ADA...

 Ayat paling power utk anak perempuan adalah "jangan takut, Abah ada.." ' ..Aku setuju malah teringat yang arwah Abah penah ucapkan yang sama.. sebab dengan hanya sebaris ayat tu lah aku jadi anak yang berjiwa kental. Kalau dulu, aku ni berpewatakan pendiam, tak percaya dengan keupayaan diri sebab pada awalnya abah sering downgrade aku. Hinggakan aku percaya apa yang abah katakan tu betul iaitu aku ni memang tak punya kebolehan atau bakat apa-apa pun.

Hingga suatu hari Abah melafazkan kata-kata di atas...amat bermakna bagi aku sebab aku tau apa pun yang aku lakukan..aku tak bersaorangan sebab abah sentiasa ada di belakang aku untuk terus menyokong dan memberi semangat untuk aku.. Kerana kata-kata keramat itulah aku berjaya hingga kini..

Kini..setelah 10 tahun Abah meninggalkan kami..aku masih teguh berdiri dan akan terus berlari mengejar impian aku kerana kata-kata keramat Abah sudah terpahat dalam dada. Terima kasih abah kerana disebalik kejayaan aku, Abahlah pencetus semangat aku..Terima kasih membentuk aku menjadi insan yang berjiwa kental meskipun hati ini sebenarnya rapuh dengan kerinduan yang teramat dalam untuknya..


No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com