Tuesday, March 31, 2015

TUMPANG BANGGA

Tumpang bangga dengan kejayaan orang Melayu yang maju kehadapan malah standing dengan bangsa lain. Dalam apa jua bidang, kalau kita tak kerja keras..jangan harap hasilnya seperti yang kita impikan.
 
Aku terima email dan nak share dengan korang out there..Mungkin ramai tak tau dan tak perasan yang orang Melayu kita banyak mengeluarkan produk yang bermutu dan standing dengan produk yang sedia ada. Ni di antara list yang aku dapat untuk rujukan korang.
 
Apakata kita sokong mereka ni dengan membeli produk ni. Dah tentu2 sah halal dan korang tak perlu la was-was samada ianya ada sumber2 yang tidak dibenarkan..
 
Roti Gardenia dan beras Jasmine (Syed Mokhtar punya) My idol u ollsss...
Susu Pekat/susu manis Saji/Maggi Sajimee - keluaran Felda
Sos Cili/Tomato Pelangi - pon Felda punya gak
Mi kuning/minyak masak/kue teow - keluaran Sufi
Garam keluaran halagel
Sardin - keluaran Agromas atau Pertima
Kopi Hang Tuah
Tepung Gandum - Faiza
Air Mineral Eden/Ala Fonte
Beras Faiza/Beras cap langsat
White coffee 9 in 1- keluaran Raziana Industries
Minyak masak Saji/Tiara/Alif/Olife/Adela Sunflower/Canola & cap 3 udang
 
Banyak lagi sebenarnya produk melayu di pasaran ..cuma kita ni jer tak perasan akan kewujudan nya. Ayuh bloggers..sama-sama kita menyokong industry mereka..
 

Monday, March 30, 2015

APA SUDAH JADI??

Fenomena yang dah biasa berlaku di Malaysia ni. Tak heran sebenarnya cuma rasa a bit kelakar bila lihat sikap orang kita ni.
 
Dulu masa ada ura-ura minyak naik...maka berduyun-duyun ler manusia ni ke petrol station untuk mengisi minyak hinggakan jammed jalan disebabkan itu. Macam ler kita boleh isi pakai tank besor tu cam lori tu yer. Paling tidak pun isi penoh satu tank kereta  tu jer.
 
Ni paling kelakar..bila GST nak implement 1st April ni. Apa ke jadahnya bila korang dok borong diapers sampai 3,4 troli tu, Nak buat bisnes ker haper akak? Dan paling tak tahan tu bila borong roti gardenia tu berbanyak..Ko makan roti pun paling banyak pun 2, 3 keping..tak fikir ker roti tu nanti akan berkapang berkulat..Hadoiii. Pendekata habis licin barang kat supermarket tu ko bawak balik!
 
 
 
 
Akak2 dan Abang2..jangan dok kalut yer. GST tu cuma 6% which is aku pun rasa agak membebankan jugak pada pengguna tapi bila ko beli barang 3,4 troli camtu and guna credit card...tahu tak korang yang charge credit card tu lagi mahal pada GST charges??.
 
Sebab tu..jangan cepat melatah..nak elakkan GST punya pasal, end up akak2 dah bayar lebih dari tu..Buat cam aku ni, paling tidak menyumpah dalam hati jer....hik hik!

Sunday, March 29, 2015

APARTMENT AKAK DI PORT DICKSON

Untuk sekian kalinya bertukar nama...Dari Tiara Beach Resort kepada Tiara Bay Resort. Kemudian diambil alih oleh syarikat baru dan ditukar nama kepada Best Western Prima Inland. Berita terkini plak dah tukor lagi...Primaland Resort & Convention Centre.

Apa pun namanya..ada akak kisah?..sebab cara pengurusannya tetap sama dan tiada pembaharuan pun. Cuma akak nak bagi tau you olls yang akak ada "istana hinggap" di sini yang disewakan kepada pengunjung yang berminat. Studio apartment di blok D yang berhadapan dengan replica sotong. purple kaler lagi okay!

Yang baguihnya apartment ni hanya difirst floor jer. So bagi sapa-sapa yang sakit lutut atau bercinta sangat nak naik tangga tu...ni ler akak nak habaq...dekat jer dengan tangga apartment akak ni.

Disediakan 2 super single bed
 
 
Bagi sapa-sapa yang nak bawah keluarga yang lebih dari tu...no hal boleh jer bawak toto sendiri yer..Harga apartment akak ni reasonable dik cuma RM120 pada hari-hari biasa dan RM150 pada hari minggu/cuti sekolah/public holiday.
 
Rega ni tak masuk tiket ke Taman Tema yer sebab tu kena beli sendiri dengan pihak pengurusan. ( Boleh check dengan PRCC sendiri yerk)
 
 
                      
 
 
 
Sapa-sapa yang berminat boleh hubungi akak terus...012-3492710  akak boleh dihubungi anytime. nak message atau nak whatapps pun boleh...
 

Thursday, March 26, 2015

SEBAB MULUT BADAN BINASA..

Dah cam trend plak kat Malaysia ni.. dah buat salah kaw-kaw hingga menyentuh sensitivity kaum atau agama, then minta maaf..Apa tu?. Masa sebelum ko buat tu tak fikir dulu ker apa akibatnya perbuatan ko tu?
 
Jangan kerana nak mengejar glamour, kita lupa segalanya. Aku bercakap ni pasal sorang minah ni yang tah naper meroyan kat youtube pasal hudud..Korang mesti dah tengok video dia kan?.Subhanaullah nama yang mak bapak dia bagi cukup indah tapi tak seindah sikapnya... Aku ni tak 100% mengenali hukum hudud tapi secara asasnya aku dapat melihat indahnya hukum Allah tu.
 
Tang mana kejam nyer. Kalau ikut hukum civil pon, ada dikenakan hukuman gantung. Naper dia tak kata hukuman tu kejam sebagaimana kritikan dia bahawa hudud tu kejam. Undang-undang dibuat bagi melaksanakan keadilan bukan menegakkan kezaliman dik oi..
 
Anak sedara aku yang sekolah rendah pun tau yang hukum hudud tu bagus dan adil. Kelakar rasanya bila minah ni samakan hudud dengan makanan...Adik..rezeki tu ko kenalah cari sendiri..tak kan dah besar panjang pun nak orang suap jugak..
 
Akak suggest ko buat kajian terperinci tentang hudud, barulah boleh bercakap atau komen tentang tu. Jangan jadi pak turut atau rasa terancam hanya kerana ko tak tutup aurat...Kat mana pun ko pergi dik, aurat tu memang kena tutup even ko gi London, Paris sekalipun sebab tu bukan kerajaan Kelantan yang suruh tapi Allah yang suruh...AND janganlah campur adukkan parti dengan agama yer...

Wednesday, March 25, 2015

BERLAGAK SAMSENG TAPI SENGKEK !

Apa nak jadi dengan anak muda zaman sekarang...susah payah mak bapak membesarkan korang tapi end up memalukan maruah keluarga. Nak kata mak bapak korang tak bagi pelajaran agama..aku rasa di sekolah dah tentu2 ustazah ajar korang bab halal haram..buruk dan baik kan?

Sungguh tak faham bila di zaman teknologi canggih ni, ada lagi manusia yang bersikap ala primitif zaman batu malah kalau ko bagi monyet tengok gambar ni...dorang pun akan terkejut sebab aksi ko tu lebih ganas dari dia!. Paling aku tak leh terima tu bila ada plak pompuan 2 ekor ni (boleh ke panggil pompuan dia ni)

 


 
Kejadian ni berlaku di Danau Niaga. Taman Danau. Kota Setapak, di sebuah restoran mamak NZ. Persoalannya sekarang, agama mana yang menghalalkan perbuatan biadap ko ni. Apa yang boleh aku cakap..perbuatan ko ni memang biadap sungguh!.


Apa sajer yang ko ambik tanpa membayar tu dianggap mencuri dan jadik darah daging ko. Amat memalukan bila remaja sengkek ni tak mampu membayar tapi bersikap kurang ajar malah cuba berlagak samseng demi menutup perangai buruk tu. Aku tak boleh bayangkan betapa malunya mak bapak ko punya anak samseng jalanan sengkek cam korang ni..

Harap sangat pihak berkuasa ambik serius perkara sebegini. Jangan ada lagi saki baki baka-baka kurang ajar macam ni di dunia ni.

Nasib ko baik sebab hudud tu belum implement lagi kalau tak..sendiri mau ingat. Mak bapak kat luar sana..tolong tengok2kan sket anak-anak korang.

 

Sunday, March 22, 2015

NGILU DAH TAK DER...

Aku ni ikutkan tak penah sakit gigi tapi nak jadi citer penah la dulu incident makan nasi ayam kat Subang Airport..tah macammana dalam nasi tu ada plak serpihan tulang ayam. Masa gigit tu..tetiba prak! sudah apa plak ni..Rupanya gigi geraham aku sepih akibat tergigit tulang ayam tu..Separuh ler serpih.. Ganasnyer mak orang ni makan! hik hik!

Ingatkan okay jer,,aku biorkan jer lah..rupanya bila makan atau minum minuman sejuk..MasyaAllah sakitnya. Macam macam aku cuba untuk mengurangkan rasa sakit tu...taruk bunga cengkih ler...kumur air garam ler semua tak jalan. aku ni dah ler tak kuat nahan sakit...Dah macam ayam berak kapur..iyer la..perot lapar nak makan tapi sebab gigi dah ngilu.. berdiet aku...huhu.

Akhirnya ipar aku syorkan sensodyne ubat gigi yang sebelum ni tak penah aku cuba..Dah stick pada jenama yang biasa kan. Memang lega rasanya bila aku letak sensodyne ni kat bahagian yang ngilu tu sebab dia membentuk lapisan pelindung dari terkena pada urat gigi tu

JOM SHOPPING DI IKEA

Sebut saja IKEA..korang tentu boleh bayangkan produk dia yang moden dan rekabentuk yang menarik. Bukan ajer perabotnya yang boleh disuaipadankan malah rekabentuknya boleh dimuatkan dalam satu bilik tidur. Hebatkan?
Pernah aku ke IKEA utnuk melihat sendiri...ruang yang sekecil tu boleh dimuatkan dengan katil dua tingkat, almari dan jugak meja study anak2..Nampak cantik sangat!.
 
Paling aku suka bahagian pinggan mangkuk dan juga hiasan dalaman rumah seperti pasu, cermin dan the best thing...cadar dia pun cantik.. Pendek kata berjalan sehari dalam IKEA tu pun belum tentu boleh habis semua barangnya korang tengok..terlalu luas dan rambang mata dibuatnya!
 
 
 
Dengan citer..IKEA ada buat delivery..So apa tunggu lagi pergi ler survey kat IKEA sekarang...


MENGIDAM PELIK-PELIK ORANG MELAYU...

Aku baca satu artikel pasal mengidam ni...Mengidam ni selalu dikaitkan dengan perempuan yang pregnant ler. Macam2 benda yang dorang suka makan dan tabiat yang pelik2 yang penah aku dengar. Dengan kata lain pembawaan budak kononnya...
 
Antaranya lah bini sepupu aku yang mengidam makan sabun mandi..Euiwww! tak leh aku bayangkan rasanya...Wangi memang dah tentu tapi rasanya tu yark!. Tapi tulah habit dia setiap waktu sepanjang pregnancy tu. Sabun tu dikikis nipis2 dan dimakan camtu jer cam snek lebihkurang. Macam korang makan asam boi depan tv tu..camtulah dia makan sabun tu depan tv...
 
Yang kawan aku ni plak ngidam bau petrol..bila hubby dia isi minyak kat petrol pump..boleh dia turun sambil menghidu bau petrol kat tank tu. Aku bau petrol pun berpusing kepala nikan lagi nak menghidu direct camtu...
 
Yang heran bin ajaib tu..naper orang melayu jer yang mengidam. Tak penah plak aku tengok minah omputih mengidam cam tu..naper tak si Kumari ker...si Amoi ker? Why Malay?. Tak faham akak dik..
 
Nasib baik benda yang senang laki korang cari dan dapatkan. Buatnya ada yang mengidam burung merah dada la...rusa betina tanduk tiga la..cam cerita zaman Hikayat Merong Mahawangsa.Kik! kik! Mau kena penampor!

Saturday, March 21, 2015

PAPAN MANIS DI BERANDAH RUMAH

HI guys! Hujung minggu ni aku habiskan masa mengemas dam mengemas. Akak dah naik rimas tengok rumah berabuk. Tiap kali mop lantai, the next day tu depa kotorkan balik..Mulanya aku tahan biji mata ni menengok lantai yang berdebu tapi at last tah leh tahan bila kaki bertepung..

Bila dah habis nyapu..aku dok kat berandah..teragak nak letak papan manis yang aku order kat Pantai Remis tempohari. Ikutkan lama dah pasang kayu di berandah ni tapi boleh plak ler tokeh dia terlupa plak menghantar kayu yang memegang papan tersebut. Bila dah siap sok..lebih kurang gini ler umah akak dik non...

Friday, March 20, 2015

PENTINGNYA BUAT PERSEDIAAN AWAL.

Musim cuti sekolah ni memang musim orang berbini dan berlaki...(Amboi kasornya bahasa!). Maka nyer berlumba-lumba ler pengantin ni nak buat majlis kahwin yang grand sehabis mungkin. Sampai sanggup amik loan ler nak make it hari bahgia dia tu cam weeding of the year gitu..

Sekadar nak berkongsi dengan korang...time aku dulu..masa bertunang dah buat preparation beli sesikit barang peralatan dapur. Memandang gaji time tu ceciput jer, so kamu budget beli sikit2. Beli pinggan 1/2 dozen...gelas 1/2 dozen...pendekata semua 1/2 dozen belaka  lebih kurang. Tiap kali dating jer beli barang..rasa macam main pondok-pondok plak.

Aku beruntung sebab hubby aku ni tinggal bujang dan dah beli barang2 perabot seperti almari, sofa dan barang asas yang lain. Aku? Cuma bawak badan aku jer masuk umah tu..tinggal dengan family..bukan beli barang apa pun.

Cuma aku nak nasihatkan korang yang akan mendirikan rumahtangga agar buat persedian awal. Ini untuk mengelakkan korang dari terasa duit keluar macam air. Sudahnya sok..makan maggie dengan air kosong jer..

Monday, March 16, 2015

TEKAT WARISAN MELAYU

Melayu kita ni kaya dengan warisan dan salah satunya ialah tenunan emas yang lebih dikenali sebagai Tekat. Masa kami adik beradik kahwin dulu, emak memang dah menyediakan peralatannya awal-awal lagi. Semuanya ditempah di Perak dengan seorang kenalan arwah abah.

Tekat ni dulu-dulu cuma dipakai oleh keturunan raja-raja sebagai salah satu dari lambang kebesarannya. Zaman sekarang ni..ianya lebih kepada aksesori yang boleh dikatakan mahal reganya.
 
(ihsan dari Google)
 
Dari peralatan bilik tidur seperti cadar, bantal dan kepala di bahagian langsir semuanya tekat. Merah plak tu...sememangnya naik serinya.
 
 
Tilam nikah pun emak tempah khas siap dengan bantal goleknya sekali. Dah macam anak raja nak menikah jer aku tengok hubby aku time tu...hihi.
 
                         
(ihsan dari Google)
 
Ini akan jadi warisan turun temurun keluarga kami dan mungkin akan digunakan oleh setiap ahli keluarga yang jadi raja sehari nanti..
 




BUAIAN HIASAN

Cerita pasal deco lagi...sajer nak share dengan korang bloggers out there.. Bila tengok berandah yang dah siap tu..otak mulalah ligat mikir apa yang aku nak taruk kat sini yerk...
 
Yang pasti Thai Bed akak yang ada tu nak ekspot bawak ke sini..Boleh memalam baring-baring kena angin malam sambil nonton tv gitew...
 
Plan nak beli buaian feeling2 ala bawang merah nyanyi "laju2...buaiku laju" hik! hik! (jangan muntah yer). Try la gi survey kat Subang masa beli wardrobe ari tu. Kemut kedekut tul bangla tu..aku beli 3 wardrobe kat dia, mintak kurang sket rega buaian tu pun tak boleh! RM790 dia letak.Aku kalau tak kasi kurang mulalah naik menyampah ..sanggup tak beli (walaupun rasa cam nyesal pun ada)
 
 
Sebenarnya aku kena cari kaler yang camni ala-ala kayu supaya match dengan pintu gebyok tu. Tapi tah naper aku tetap nampak putih gak...Warna putih ni payah kalau letak bahagian luar...berabuk meh!
 
Ni pun sesuai dengan konsep bali kan...
 
 
Cantiknya putih niii!
 
 
So.. tengah fikir-fikir ler ni di samping mendapatkan harga yang reasonable.. kalau ada sapa2 yang tau kat mana ada jual buaian ni ..share la yer

DAPUR ALA INGGERIS KLASIK DAH ALMOST SIAP

Dalam mendeco ala Bali ni...tiba bab dapur terkedu plak kami..camner dapur orang Bali yerk? Bila search kat internet..mak oi! sorry to say..aku tak berkenan sungguh.So fikir punya fikir, akhirnya sangkut kat Ba Li Kitchen ni kat seksyen 7 Shah Alam.

Lori dari Ba Li Kitchen sampai on time untuk kerja-kerja pemasangan

 Ni ler rupanya dapur teman..bertemakan Inggeris klasik...mulanya terfikir nak ambik kaler kayu nyatoh tapi dah biasa sangat kalau pegi mana2 sama jer.

Dari pukul 10 pagi kelentang kelentong...bertukang...akhirnya selepas azan manghrib baru siap. Tu pun granite hitam tu tak install lagi..tu akan ada orang lain plak yang buat.

Ni tengah berkobar-kobar nak merasmikan dapur aku ni setelah berbulan-bulan lamanya jadik orang bujang (makan di luar )


WANITA TERBAHAGIA

Kata orang bila umur perkhawinan dah menjangkau lebih 20 tahun...semuanya hambar tapi Alhamdulillah..kami masih mengekalkan keharmonian rumahtangga. Bercakau sekali sekala tu biasalah kan tambah lagi hubby aku ni kuat menyakat. Suka nau nengok muka aku cepat kedut kot.
 
Orang kata, untuk bahagia haruslah ada persefahaman.. Seriously..aku dengan hubby dah kahwin lebih 20 tahun tapi kengkadang aku masih tak faham dia ni kategori spesis yang camner.. Yang aku tak suka pun kengkadang tu yang dia suka buat...Sudahnya, aku mengalah walaupun kadangkala merungut gak bila dia masih dengan attitudenya yang aku tak suka.
 
Tapi kata orang tu lah yang mengeratkan hubungan suami isteri. Susah sebenarnya nak mencari yang 100% perfect tapi bagi aku ..my hubby ni "Mr. Right"lah kiranya dihati aku. Cewahhhh..
 
Aku ni plak..bukan semua laki-laki boleh tahan dengan kerenah aku tau..panas baran! opss..tapi idok ler sampai baling-baling barang atau cam stail kiki tu..Tapi kalau aku tak kacau orang...jangan ler ko ngada-ngada nak mengacau aku..sajer cari nahas. Bagi "orang" yang pernah kena dengan aku tu..mesti korang boleh ingat sampai mati kan??
 
Apapun..aku tak mintak banyak dalam kehidupan ni. Cukuplah dikelilingi orang-orang yang tersayang dah cukup buat aku rasa akulah wanita terbahagia tika dan saat ini. Doakan muga kebahagiaan ini akan berpanjangan hingga ke Jannah.

APA KONSEP RUMAH ANDA?

Dulu masa dok umah Abah..tak heran langsung bab mendeco ni apatah lagi nak bertema-tema bagai. Bila dah ada rumah sendiri dan dah berumur..mulalah minat mendeco tu datang dengan sendirinya. Agak lama gak ler kami nak tetapkan apakan konsep yang kami nak terapkan dalam rumah. aku kata moden kontemporari but my hubby suka plak konsep Bali.
 
Ni pintu gebyok menuju ke berandah
 
So we sepakat ambik jalan tengah...konsep Bali tapi bukan klasik sangat sebab seremmm dengan keadaannya yang agak suram. Bali moden! maka lahirlah deco rumah kami yang sedang dalam pembinaan.
 
Untuk pintu gerbang nak ke dapur ni, kami dapatkan pintu tersebut di Sg. Buloh. Ikut aku..harganya mahal tapi hubby aku berkeras gak. Memang ketika tu sekali pandang..tak lawa langsung..tapi bila dah dipasang kat umah...tadaaa!!! cantik sangat! Memang kami mahukan kelainan so tak ler bosan bila pergi sana sini..konsepnya lebih kurang sama jer.
 
 Ni pintu gerbang menuju ke dapur yang aku beli kat Sg. Buloh
 
Untuk merealisasikan impian kami dalam menzahirkan konsep ni...maka gigih ler kami mencari bahan dan material Bali ni. Sliding door cermin aku dulu ditukarkan dengan pintu gebyok iaitu pintu ala-ala ukiran keraton dedulu. Jauh aku import benda alah ni ko..nun kat Jepara Indonesia sana. 2 bijik untuk diletakkan di atas menghala ke beranda dan di bawah menggantikan sliding door.
 
Nak nampak lebih ke nature Bali nyer tu, kami order atap dari tanah liat yang datang sekali dengan pintu Jepara. Tanah liat ni lebih cool berbanding atap genting mengikut info yang aku baca.
 
 Pemandangan dari tepi rumah aku (Nampak tak papan manis di tepi atap tu)
 
Bukan tu jer, lampu turut memainkan peranan. Gigih omak mencari lampu klasik ala Bali kat CIMA ari tu..Sabar jer budak Mynmar melayan kerenah hubby aku yang cerewetnya mengalahkan aku lagi
 
Lampu ni kami letak di berandah utk menyerlahkan lagi konsep bali tu..
 
Pintu kecil untuk kami keluar masuk (Bali Konsep gak..)
 
Overall..puas hati dengan kerja-kerja yang dibuat walaupun ada sedikit sebanyak yang buat aku mengomel tak henti-henti (biasa lah kan). Kerja yang sepatutnya siap awal jadi lambat disebabkan kelewatan dan kesilapan pihak lain. Benda macam ni lah yang mengganggu perjalanan kerja.


Sunday, March 15, 2015

TERASA DIRI INI DIKHIANATI..

Penah tak korang rasa apa yang aku rasa sekarang?? Perasaan yang bercampur baur antara marah..sedih dan tertanya-tanya mengapa ada insan yang macam ni yang sanggup mengkhianati aku. Selama ni aku beri kepercayaan penuh pada dia dan percaya yang dia tak akan mengkhianati ataupun mengambil kesempatan ke atas kebaikan aku. Rupanya aku silap..manusia tetap manusia biarpun zahirnya nampak baik, ikhlas tapi terserlah sifat sebenarnya kini.
 
Rasa cam nak bercerita pada korang apa kisah sebenarnya tapi buatnya dia terbaca blog aku ni..haru plak kan..See! aku jer yang menjaga hati dia supaya tak tersinggung tapi pernah ker dia terfikir yang perbuatan dia yang mengambil kesempatan ke atas kebaikan aku benar-benar menguris hati aku.
 
Aku tak rasa dia faham dengan reaksi aku malah aku rasa dia seolah-olah menganggap aku ni anak-anak kecik yang boleh ditipu semudah tu..Aku ni...sekali aku dapat tau orang tu mengkhianati aku, seumur hidup aku takkan mempercayai dia lagi. Sekali jer okay!
 
Mungkin terasa dah naik lemak tak cukup lagi dia menipu aku..cubaan kali kedua plak..Haish! kalau lah aku tak fikir dia ni pernah menolong aku..dah lama aku marah dia dan-dan tu gak..tapi fikirkan maruah dia..aku sabarkan jugak hati ni.. Yang heran tu..dah terkantoi dengan aku pun..masih nak menyusun ayat lagi nak menutup pengkhianatan dia tu.
 
Jangan sampai aku hilang rasa kemanusiaan dan sudahnya kau sendiri yang menutup pintu rezeki ko sendiri...Time ni tengah membina kesabaran biarpun hati amat sakit. Arghhh!!! SAKITNYA TUH DI SINI !!

Wednesday, March 4, 2015

BLUE LOPO RIVER

Cehhh nama kemain lagi yer!. Tu la tempat perkelahan family day kami pada 19/2/15. Tempat ni terletak di Ulu Langat Selangor. Dekat area Pangsun ko..



Tempat ni adalah tempat perkelahan dan juga tempat di mana camping dari para student merata ceruk. Chalet yang kami duduk ni memang murah sangat RM50 jer untuk satu chalet dan kami berempat keluarga booked 4 buah chalet. Ada gak chalet yang berharga RM80 dan paling istemewa korang boleh memancing kat beranda belakang umah jer!. Ni penuh lak masa kami nak booking tempohari.






Kat sini ada kolam buatan  yang disalurkandari air bukit berhampiran. Sejuk nyaman air bukit ni rupanya yop! (Tak penah merasa mandi air bukit before..). Dan bagi sapa-sapa yang nak merasai mandi ala-ala zaman dolu-dolu..kat situ ada anak sungai untuk mandi manda.


Malam harinya lebih happening sebab kebanyakan pengunjung kat sana buat sessi BBQ tak ketinggalan kami...pendekkata kenyang kebuntat perut dan aku ler di antara yang masuk tido awal sebab keletihan mandi manda pad sebelah paginya...sampai naik lemas ler