Tuesday, December 27, 2016

THANK YOU DEAR...

Dari mula kenal dengan hubby aku ni..memang dah tau dia bukan jenis lelaki  romantis yang menjadi indaman kaum wanita (but still ada gak nak try tuh!) apa lagi nak buat kejutan untuk wife dia sempena birthday atau anniversary ker...

Tapi ari tu tetiba dia ajak aku keluar ..katanya nak pegi Ampang Park sebab teringin nak makan sup ayam katanya.. Aiks! tetiba mengidam plak laki aku ni??. Mulanya keberatan gak nak pegi memikirkan tak der apa kat situ..tapi dek kesiankan dia yang teringin sup ayam tu, aku ikutkan jer tapi terfikir lak bila masanya kami penah makan sup ayam kat sana??

Kami naik motor jer dengan alasan hubby aku susah nak cari tempat parking and aku pun maleh bebenor nak drive. On the way..baru perasan yang hubby aku ikut jalan lain menuju Ampang Point..

Tadaaa. rupanya ini kejutan dia....dia nak belikan hadiah sempena birthday aku which is lambat lagi ko..dengan alasan takut tak der masa nak pegi.. HABIB JEWELS!..

 
 
 
 
Dari dulu lagi dia memang nak belikan aku sepasang lagi rantai tangan sebab rantai tangan yang sebelum ini agak besar (takut nak pakai sebab kes ragut menjadi-jadi). Seriously..aku memang tak minat emas...tapi dia yang beria-ria so kerana tak mahu menghampakan dia...aku turut kan ajer...
 

 
Bukan tak appreciate..tapi rasa cam mahal sangat plak birthday present aku...sempat gak aku cakap kat dia...u belikan I branded  handbag... lagi murah dari ni!
 
 
Okay peh ni kita beli handbag plak kata dia! OMG what am I saying just now!!..macam nak perabih duit dia plak.. Dalam hati berbalik-balik sebenarnya..rasa bersalah lak bila aku berjoli katak dengan duit dia...huhu...
 
Anyway..Syukur sebab hubby aku walau tak romantik tapi dia masih tau menyayangi dan menghargai wife dia. Even tiada hadiah harijadi pun..aku tetap menyayangi dan menerima dia seadanya....

DAH NAK MASUK TAHUN 2017...

Tahun 2016...rasa macam baru semalam jer menyambut tahun baru ..dah nak masuk ke tahun 2017 plak. Bagi aku setiap tahun tu ada cerita tersendiri..suka duka kehidupan yang dilalui dan Alhamdulillah..Tuhan panjangkan usiaku untuk bersama suami dan anak-anak yang kusayang.
 
Bercakap pasal azam...hehe (tak ingat sebenarnya apa azam aku tahun 2016)..but still..aku mahu yang terbaik untuk aku dan family. Peningkatan dari segi career dan jugak peningkatan dalam mengumpul reta dunia...inilah anugerah Tuhan untuk aku hambaNya yang kerdil ni.
 
Mengharapkan tahun 2017 lebih menyinar buat kami sekeluarga. aku sebenarnya punya banyak perancangan untuk diri sendiri dan juga untuk adik beradik. Cuma dalam hati ni..mengharapkan akan lebih bermakna untuk tahun-tahun yang akan datang..

Thursday, December 15, 2016

PLAN LULUS JUGAK AKHIRNYA...PROJEK 2017 MENANTI !


Alhamdulillah Allah dengar segala permintaan hambaNya ni...Setelah bertungkus lumus..buat appointment dengan pelukis plan..kontraktor dan segala macam manusia yang berkaitan dengan projek akak tahun depan...AKHIRNYA plan kami diluluskan. Korang mungkin tak dapat bayangkan macammana happy dan leganya aku. Berbaloi kiranya aku dan hubby menunggu berbulan-bulan.

Insya Allah projek terbaru kami yang jangkanya akan dimulakan tahun depan 2017!. Mungkin bila korang baca citer aku ni rasa cam mudahnya aku mengumpul harta kan?. Haish.. it's not easy as you all bayangkan...Kalau tak cekal semangat, dah lama akak kibar bendera putih.
 
Tapi demi masa depan anak-anak yang 2 kerat (abang dan baby) aku dan hubby usahakan tanpa kira penat lelah..Hasilnya..of coz la buat kami rasa bangga jugak sebab tak semua mampu melakukannya dengan sempurna.
 
Thank you sangat kat hubby aku sebab sepanjang nak menjayakan projek ni..jenuh dia melayan kerenah aku (aiks!..aku pun banyak nahan sabar layan kerenah dia tau). Apa yang aku bangga sangat dengan dia ni ialah kesungguhan dia dalam mengumpul harta untuk kami anak beranak.
 
Memang tak sebanyak mana tapi memadai buat aku dan anak-anak untuk bekalan masa depan...Alhamdulillah Syukur Ya Allah...