Thursday, July 28, 2016

UNTUK KESEKIAN KALINYA

Untuk ke sekian kalinya aku berani untuk menjadi diri sendiri..berani menyuarakan isi hati yang aku pendam selama ni...
 
Berdiam bukan bermakna aku takut berhadapan dengan kenyataan tapi ingin melihat sejauh mana reaksi mereka di sekelilingku..Berdiam aku..bukan bermakna aku menelan bulat-bulat apa yang diberikan.
 
Teringat kata2 mendiang bos aku dulu.."kita ibarat timun..jangan mimpi nak beradu kekuatan dengan durian". Memang aku tak mimpi pun nak menjadi timun yang tunjuk kuat didepan durian tapi tak salah rasanya mempertahankan hak sendiri yang sememangnya dari dulu milik aku.
 
Letih sebenarnya bila asyik mengalah aja ni...apalagi bila ada yang mengambil kesempatan di atas sikap aku ni. Kadang2 terasa betapa tak adilnya dunia ni...tapi kembali sedar bahawa tiap kejadian semuanya atas landasan dan ketentuanNya. Siapa aku untuk menidakkan apalagi menyalahkan semua ni.
 
Tentu ada hikmah disebalik semua ni..kita tak tau...TAPI yang pasti dari sini..aku mengenali isihati insan yang bergelar mahkluk Allah yang zahirnya penuh sifat keislaman tapi sebenarnya hanya mementingkan diri sendiri. Di saat aku memerlukan pertolongan dan bantuan...baru kini aku kenal siapa kawan yang benar-benar boleh dipanggil sahabat....

Friday, July 22, 2016

SIAPA ANIAYA SIAPA NI??

Aku aniaya orang?? Huh selisih malaikat 44!. Sepanjang idup aku ni..tak pernah terlintas dalam hati ni nak menganiaya orang apalagi sesama agama.

Penyewa aku yang lama ni ok. Bayar on time tapi nak jadik citer..dia pindah dan bawak kawan dia tah dari ceruk mana masuk kerumah tu TANPA pengetahuan dan izin aku sebagai tuan rumah. Alasan sebab kesian dia kena halau... Masa ni aku dah terdetik di hati..dia akan buat taik jugak di rumah aku.

Disebabkan bz dengan audit di pejabat, aku tak sempat nak check akaun dan mengharapkan tenant ni bayar macam biasa. Makhluk sorang ni dari mula duduk sampailah 22/7/2016 hari ni tak ada sesen pun dia bayar pada aku. Alasan..sebab tak tau akaun number...(Cam tak der mulut nak tanya husband aku yang pernah terserempak dengan dia..tak pun boleh jer tanya penyewa yang lain kan..)

Disebabkan dah mengeram masuk 7 bulan di situ tanpa byr sewa..aku ambik keputusan untuk potong bekalan letrik rumah tu. Nasib baik aku ni tak de sakit jantung..kalau tak dah lama mati kejung sebab rupanya talian dan meter aku dah dipotong TNB sebab lahabau ni tak bayar bill jugak almost RM500++.



So..sebelum aku naik angin campak kain baju dia..aku suruh dia pindah hari ni gak!. (Sebelum ni aku bagi tempoh sampai cukup bulan tapi bila tengok bill pun dia tak bayar...huh nak meletup pembuluh darah aku ni. Dah la tu..buat sambungan secara haram plak??. Bab menipu berjalan jer akal ko kan?

Boleh bini dia cakap kat aku yang aku ni aniaya dia bila mintak dia pindah?? Sapa aniaya sapa??Laki dia jangan citer lah..lepas tanggungjawab semua kat bini...telefon pun dia tak nak angkat!.Memang dasar "tak de telo" (tapi bagi bini pregnant..pandai lak ko yer??)

Sunday, July 17, 2016

PERLU KE CALL CENTER TU??

Soalan Sengal...

Berapa amount check terakhir yg you prepare ?
Berapa amount cek yg yg terakhir you terima?

Nilah yang buat aku becinta nak call CIMB sebab adanya system baru depa yang tak boleh dah call direct sebaliknya semua call depa transfer kat call centre. Reasonnya..untuk lebih sistematik katanya..Sorry to say..akak tak Nampak pun tak mana sistematiknya dik non! sebab call centre korang ni sebenarnya menyusahkan malah melambatkan lagi urusan kami pelanggan bank ni.

Cam soalan kat atas ni..katanya untuk verify yang account tersebut kepunyaan kita..Tapi korang fikir tak yang authorised caller bukan semuanya prepare payment so bila masanya nak check apa payment yang dah dibuat and dalam sehari beratus cek yang dikeluarkan..

Naper la korang tak buat ID No atau No. PIN tertentu supaya kami customer ni tak disogokkan dengan soalan sengal cam ni??. Kami customer ni pun tak dibenarkan bercakap sendiri dengan pegawai yang bertugas di cawangan tersebut..dan paling tak suka tu terpaksa lak menunggu si call center ni jadi orang perantaraan antara customer dengan pihak bank. Tak ker buang masa dan bill telefon tu namanya? Huh!

Please la...korang implement balik la cara lama tu..Tak der maknanya lebih bagus adanya call center ni.. Kata nak cut cost...ni pegi mengGAJI depa ni bukan namanya menambah cost ke??