Wednesday, August 9, 2017

HATI-HATI ! SCAMMER DI MANA-MANA

Just nak share dengan uolls..tak ingat hari apa..anak I terima call dari someone yang declare dirinya wakil dari Mahkamah Tinggi Johor. Katanya ada saman untuk anak bujang I sebab menggunakan kad kredit sebanyak RM36k.
 
Nasib baik la anak bujang I ni bijak..Dia bagi no. phone I pada malaun ni. After 2 days, dia call. katanya waran tangkap dah dikeluarkan oleh pihak mahkamah kerana anak I tak hadir ke mahkamah. Bila I nafikan yang anak I ada kredit card...dia dengan "baik hati" nyer menawarkan diri untuk menyambungkan talian tersebut ke pihak IPK Johor untuk buat laporan polis katanya.
 
Bila I minta nombor balai polis tu sebab I kata I nak call sendiri..sibangang ni bagi tau yang dia tak de nombor tu..Tak ke bodoh punya penipu!. Tadi dia kata dia boleh sambungkan...peh tu bagi alasan tak de nombor balai tu pulak.
 
So..I nak ingatkan uolls kat luar sana...hati-hati kalau terima panggilan dari hantu-hantu ni yang mengaku dari mahkamah la..balai polis la...tu semua menipu..Bila dia sambungkan panggilan ke "Balai Polis" tu..tu semua hantu dia jugak yang menyamar dan talian yang mereka gunakan memang sama dengan nombor talian mahkamah dan jugak balai tersebut. Itulah kepakaran si penipu tu. I terbaca di FB ..rupanya kes anak I tu sama dengan dia..dan dia hampir memberikan nombor akaun banknya. Hati-hati yer..jangan terkejut bila ko tengok akaun korang jadi O. 
 
Hidup nak senang kaut duit orang tapi malas bekerja guna tulang empat kerat!.Harap pihak polis mengesan sipenipu ni secepat mungkin kerana mereka mencemarkan nama pihak polis dan juga pihak mahkamah.