Monday, July 24, 2017

SALAH KE TENGOK HP SUAMI ATAU ISTERI??

Semalam on the way drive nak balik umah, terdengar ler DJ bercerita tentang kisah suami yang tak suka kalau isteri check hp dia dan sebaliknya. Ada gak ler pendengar yang memberikan komentar yang sokong dan yang tidak. Akak excited gak nak call tapi memandangkan akak tengah merempit kat jalanraya ..so akak kuburkan ler hasrat murni akak tu... hehe
 
For me..tak de salahnya kalau isteri check hp suami atau sang suami nak ngecek hp isteri dia. Hubby aku okay jer kalau aku check hp dia,,depan mata dia lagi...Siap soal siasat  la..ngalahkan inspector shahab...sapa dia ni?. Hubby aku? boleh jer kalau dia nak check hp aku tapi katanya tak minat.. Aku of coz la kena check sebab bukan tak percaya dengan hubby sendiri tapi tak percaya dengan kawan2 hubby expecially yang pompuan ni.
 
Ada yang hantar message nak pinjam duit...nak mintak duit...dan paling hangin tu bila wasap hubby aku subuh2 sepie...walhal ada jer wasap group tapi rajin plak dia wasap personally..Hantar message budget ala-ala suci gitew..
 
For info,,hubby aku tunjuk tau message yang korang hantar kat akak..So sila minum susu supaya sel otak korang berhubung sebelum korang ngator apa2 wasap ke hp hubby akak. Geli tau baca wasap berbau pompuan gersang tu...Akak kalau balas wasap korang karang, takut korang trauma dan koma..
 
Bagi akak, lelaki yang tak benarkan hpnya di check tu something wrong somewhere. Kalau ko tak buat salah..nak takut kan?? Lantak pi la..isteri tu tengok..

Wednesday, July 12, 2017

KU SANGKA BAIK...RUPANYA HATI CAM BANGKAI

Letih bila bercakap tentang orang yg suka tikam belakang ni kan..tapi akak tetap nak citer gak..sekurang-kurangnya jadi panduan kat korang blogger & reader..hati2 dengan siapa juga di sekeliling kita. Biar pun orang tu nampak baik..solat tak tinggal..puasa dan berzakat bagai tapi mulut Subhanaullah tak reti nak  jaga!

Keja dia sehari-hari mencari salah orang jer...ate tak berkoje ..apalagi nak dibuat..buat ketupat palas ler kan?? Setengah tu plak rasa diri tu alim dan tak layak bergaul dengan mereka yang amalan solatnya cam zebra crossing (berbelang-belang lerr). Family dia jer lah ahli syurga kat akhirat sok gamaknya...

Setahu akak yang jahil ni..Islam mengajar kita untuk mengajak atau mengajar manusia kearah kebaikan tu dengan cara yang berhemah bukan dengan cara ko menyisihkan orang-orang macam ni. And one more thing..jangan lupa yer...HIDAYAH tu milik Allah... Tak mustahil kalau Allah beri hidayah untuk mereka dan mereka jadi jauh lebih baik dari ko yang mulut dan fikiran suka mengata dan mencerca tu...hadamkan baik2 apa yang akak cakap ni ..

Sapa-sapa yang suka memfitnah tu...bawak2 bertaubat...ko memang solat kan?. Hah..perbanyakkan solat taubat agar Tuhan bersihkan hati ko yang kotor tu. Dari suka mengata..baiklah ko berzikir sebab banyak pahala ko boleh dapat. Ditakuti...masa ko tengah asyik jadi Kiah dan mamat propa dok bertandang dari rumah ke rumah bercerita yang bukan2 tu...tup2 ajal ko sampai! Tak sempat ngucap dan mati dalam keadaan hina camtu...ko nak ker?

Monday, July 10, 2017

HATI-HATI DENGAN PENIAGA ONLINE NI

Kalau dulu, bidang bisnes ni dimonopoli oleh kaum China tapi sekarang ni aku tengok ramai dah melayu kita menceburi bidang ni. Happy  tengok perkembangan yang macam ni. Nabi kita pun suruh kita berniaga sebab keuntungannya melebihi daripada kita kerja makan gaji ni apalagi kalau kita gigih berusaha.
 
Apa saja pekerjaan yang kita buat haruslah jujur dan paling penting amanah lebih2 lagi melibatkan duit orang kan . Bila akak dah bercerita tentang berniaga ni sebenarnya ada benda yang akak nak bagitau..Ni padal sorang peniaga online ni...orang lain berniaga..awak pun nak berniaga tapi etika berniaga tu zero!
 
Akak order baju dengan minah ni sebelum raya. Dah bayar baru bagi tau yang baju tersebut sampai selepas raya dengan alasan Pos laju sibuk..Ok lah..akak terima alasan tu dengan hati yang frust teramat..almaklum bajuraya tak de..harapkan tu lah dia. Tunggu punya tunggu ..lepas raya , dia buat keras ..tanpa bagi akak tracking number pun. Bila akak message dia dan ugut nak minta dia refund balik duit akak tu..baru la dia bagi tracking number tu.
 
Paling hangin tu..bila check status kat Pos Laju..kuar lak "number not found". Apa ke giler budak ni..buta huruf ke sampai tak reti tulis nombor. Angka yang dibagi kat akak tu 11 angka sedangkan sepatutnya cuma 9 angka jer...
 
Bila akak message dia...pun benda yang sama gak..buat bodoh je tanpa balas wasap akak. Ko jangan main dengan aku..kalau aku marah..aku cari ko sampai lubang cacing..Akak check kat fb dia..amboiii. kemain dia berjualan menjaja baju tu..baju ni. Baju akak ni dah berzaman ko tak hantar2..Duit ko dah amik dah lebur jadi taik pun. So akak purposely tulis kat fb dia menanyakan baju akak dan masalah tracking number ciptaan dia tu.
 
Dari petang sampai la malam baru dia reply wasap akak...Katanya dia nak refund balik duit tanpa bagitahu masalah apa sebenarnya. Yang geram tu..boleh jer dia refund online kn??Nape nak tunggu Khamis plak..
 
Nasihat akak kat ko dik..kalau tak reti bisnes, jangan buat!. Tak pasal2 ko kena sumpah 7 keturunan nanti...Marah pun tak guna dengan orang cam ni..Useless!!

Monday, July 3, 2017

FRUST SANGAT TAU..

Cam tahun-tahun lepas, hubby akak ni susah nau nak ajak berbaju sedondon di pagi raya..cam boria katanya. Tapi akak tak peduli..masa gi Indonesia dulu, beli kain siap2 untuk dia dan si abang untuk buat baju melayu...Tema tahun ni purple hokay...

Memang menjadi sebab dia tak bantah pun akak tempah baju melayu untuk dia malah dia terlebih excited menanyakan dah siap ke belum..dok mengulang kedai tu (takut tak sempat siap katanya)
Tup2 tiba hariraya...dalam kami sibuk nak bergambar dengan family memasing tu, dia boleh hilang tah kemana...Orang lain semua bergambar dengan family...cantik jer ikut tema...aku? tak cukup korum! Marah kemain tapi nak kata apa..hubby aku ni bukan boleh lama dok satu tempat..mula la kuar duri kat bontot tu..tak senang duduk dia...

Dah la maaf di pagi raya pun tak sempat...sedih tau...tangan abah pun aku tak dapat salam...ni tangan suami lak..Tapi malas nak bising2 kat dia..Hadam kan je lahhh...Dah la baju raya aku tak dapat2 sampai sekarang...ada baju yang boleh match dengan baju melayu dia...dia plak menghilang kemana..

Huh! kalau aku tau jadik camni..aku pakai baju kelawar (baju tido) lagi baik!!

Sunday, July 2, 2017

NAK SALAHKAN SAPA DALAM HAL NI

Isu buli membuli di kalangan pelajar sekolah ni makin menjadi2 dan makin teruk bila dah sampai ke peringkat Kolej dan Universiti sampai melibatkan kematian. Senang benar orang zaman sekarang ni kan? Mencabut nyawa orang cam nyawa haiwan jer.

Paling aku tak boleh terima tu..makhluk2 bingai ni semua dah bersekolah dan rata2nya mesti dah dapat pendidikan dan ajaran ibubapa di rumah..Dah boleh bezakan mana yang betul dan mana yang salah. Yang boleh terjebak dalam isu membuli ni nape yerk?

Ikut kajian aku la (pinjam kata Dr. Fadzilah Kamsah..hik hik) pembuli yang beramai2 ni sebenarnya tak dah telo sebab  mereka ni cuma berani bila berkumpulan...tapi kalau sorang huh! telo simpan dalam poket..siap zip lagi! pengecut tahap cipan!!

Zaman moden ni..orang berlumba-lumba nak maju..korang masih ada sikap primitif nak jadi gangster kampong dusun..rendah betul akhlak korang ni. Kalau aku jadi mak bapak korang..malu tau ngaku korang tu anak..

Harap sangat kerajaan lebih perihatin menangani masalah ni. Ketatkan undang-undang dan harap warden bertugas lebih bertanggungjawab dalam tugas dan sentiasa alert dengan sikap budak2 samseng macam ni..

Jangan dah melibatkan kematian ..baru nak mengelupur!. Sapa2 adik2 kat luar sana yang jadi mangsa buli, jangan rahsiakan dan pendam masalah ni sorang2. Beritahu ibubapa, guru dan siapa sahaja yang boleh membantu. Untung korang yang membuli ni idup zaman sekarang.. kalau zaman akak sekolah dulu..tau lah tinggi rendah untung nasib korang...

Merotan murid kononnya menjatuhkan maruah mereka..tapi perasan tau..murid2 dulu lebih berdisiplin berbanding murid sekarang yang tak boleh salah sket...saman la..makbapak komplen la...Mmm..mana silapnyer...