Monday, July 10, 2017

HATI-HATI DENGAN PENIAGA ONLINE NI

Kalau dulu, bidang bisnes ni dimonopoli oleh kaum China tapi sekarang ni aku tengok ramai dah melayu kita menceburi bidang ni. Happy  tengok perkembangan yang macam ni. Nabi kita pun suruh kita berniaga sebab keuntungannya melebihi daripada kita kerja makan gaji ni apalagi kalau kita gigih berusaha.
 
Apa saja pekerjaan yang kita buat haruslah jujur dan paling penting amanah lebih2 lagi melibatkan duit orang kan . Bila akak dah bercerita tentang berniaga ni sebenarnya ada benda yang akak nak bagitau..Ni padal sorang peniaga online ni...orang lain berniaga..awak pun nak berniaga tapi etika berniaga tu zero!
 
Akak order baju dengan minah ni sebelum raya. Dah bayar baru bagi tau yang baju tersebut sampai selepas raya dengan alasan Pos laju sibuk..Ok lah..akak terima alasan tu dengan hati yang frust teramat..almaklum bajuraya tak de..harapkan tu lah dia. Tunggu punya tunggu ..lepas raya , dia buat keras ..tanpa bagi akak tracking number pun. Bila akak message dia dan ugut nak minta dia refund balik duit akak tu..baru la dia bagi tracking number tu.
 
Paling hangin tu..bila check status kat Pos Laju..kuar lak "number not found". Apa ke giler budak ni..buta huruf ke sampai tak reti tulis nombor. Angka yang dibagi kat akak tu 11 angka sedangkan sepatutnya cuma 9 angka jer...
 
Bila akak message dia...pun benda yang sama gak..buat bodoh je tanpa balas wasap akak. Ko jangan main dengan aku..kalau aku marah..aku cari ko sampai lubang cacing..Akak check kat fb dia..amboiii. kemain dia berjualan menjaja baju tu..baju ni. Baju akak ni dah berzaman ko tak hantar2..Duit ko dah amik dah lebur jadi taik pun. So akak purposely tulis kat fb dia menanyakan baju akak dan masalah tracking number ciptaan dia tu.
 
Dari petang sampai la malam baru dia reply wasap akak...Katanya dia nak refund balik duit tanpa bagitahu masalah apa sebenarnya. Yang geram tu..boleh jer dia refund online kn??Nape nak tunggu Khamis plak..
 
Nasihat akak kat ko dik..kalau tak reti bisnes, jangan buat!. Tak pasal2 ko kena sumpah 7 keturunan nanti...Marah pun tak guna dengan orang cam ni..Useless!!

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com