Monday, July 24, 2017

SALAH KE TENGOK HP SUAMI ATAU ISTERI??

Semalam on the way drive nak balik umah, terdengar ler DJ bercerita tentang kisah suami yang tak suka kalau isteri check hp dia dan sebaliknya. Ada gak ler pendengar yang memberikan komentar yang sokong dan yang tidak. Akak excited gak nak call tapi memandangkan akak tengah merempit kat jalanraya ..so akak kuburkan ler hasrat murni akak tu... hehe
 
For me..tak de salahnya kalau isteri check hp suami atau sang suami nak ngecek hp isteri dia. Hubby aku okay jer kalau aku check hp dia,,depan mata dia lagi...Siap soal siasat  la..ngalahkan inspector shahab...sapa dia ni?. Hubby aku? boleh jer kalau dia nak check hp aku tapi katanya tak minat.. Aku of coz la kena check sebab bukan tak percaya dengan hubby sendiri tapi tak percaya dengan kawan2 hubby expecially yang pompuan ni.
 
Ada yang hantar message nak pinjam duit...nak mintak duit...dan paling hangin tu bila wasap hubby aku subuh2 sepie...walhal ada jer wasap group tapi rajin plak dia wasap personally..Hantar message budget ala-ala suci gitew..
 
For info,,hubby aku tunjuk tau message yang korang hantar kat akak..So sila minum susu supaya sel otak korang berhubung sebelum korang ngator apa2 wasap ke hp hubby akak. Geli tau baca wasap berbau pompuan gersang tu...Akak kalau balas wasap korang karang, takut korang trauma dan koma..
 
Bagi akak, lelaki yang tak benarkan hpnya di check tu something wrong somewhere. Kalau ko tak buat salah..nak takut kan?? Lantak pi la..isteri tu tengok..

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com