Sunday, July 2, 2017

NAK SALAHKAN SAPA DALAM HAL NI

Isu buli membuli di kalangan pelajar sekolah ni makin menjadi2 dan makin teruk bila dah sampai ke peringkat Kolej dan Universiti sampai melibatkan kematian. Senang benar orang zaman sekarang ni kan? Mencabut nyawa orang cam nyawa haiwan jer.

Paling aku tak boleh terima tu..makhluk2 bingai ni semua dah bersekolah dan rata2nya mesti dah dapat pendidikan dan ajaran ibubapa di rumah..Dah boleh bezakan mana yang betul dan mana yang salah. Yang boleh terjebak dalam isu membuli ni nape yerk?

Ikut kajian aku la (pinjam kata Dr. Fadzilah Kamsah..hik hik) pembuli yang beramai2 ni sebenarnya tak dah telo sebab  mereka ni cuma berani bila berkumpulan...tapi kalau sorang huh! telo simpan dalam poket..siap zip lagi! pengecut tahap cipan!!

Zaman moden ni..orang berlumba-lumba nak maju..korang masih ada sikap primitif nak jadi gangster kampong dusun..rendah betul akhlak korang ni. Kalau aku jadi mak bapak korang..malu tau ngaku korang tu anak..

Harap sangat kerajaan lebih perihatin menangani masalah ni. Ketatkan undang-undang dan harap warden bertugas lebih bertanggungjawab dalam tugas dan sentiasa alert dengan sikap budak2 samseng macam ni..

Jangan dah melibatkan kematian ..baru nak mengelupur!. Sapa2 adik2 kat luar sana yang jadi mangsa buli, jangan rahsiakan dan pendam masalah ni sorang2. Beritahu ibubapa, guru dan siapa sahaja yang boleh membantu. Untung korang yang membuli ni idup zaman sekarang.. kalau zaman akak sekolah dulu..tau lah tinggi rendah untung nasib korang...

Merotan murid kononnya menjatuhkan maruah mereka..tapi perasan tau..murid2 dulu lebih berdisiplin berbanding murid sekarang yang tak boleh salah sket...saman la..makbapak komplen la...Mmm..mana silapnyer...

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com