Friday, April 26, 2013

AKTIVITI HARI SABTU

Aktiviti pagi Sabtu, pepagi aku,hubby dan mak menziarahi pusara Abah. Rumput carpetnya dah bercampur dengan rumput liar...cam dah bertahun tak jengok. Bunga atas pusara Abah cantik...subur. Macam tu gak bunga di kaki arwah..dah buang ari tu tapi elok plak dia tumbuh balik..lagi banyak bunga yang kuar...

Diam tak diam..dah 2 tahun Abah pegi.. Aku belajar untuk melepaskannya dengan rela hati kepada Pemiliknya..meskipun rasa rindu pada Abah makin menebal...

Balik dari kubur Abah, bergegas plak bawak Baby ke Pusrawi...Ni kes practice cheer ler..tak betul landing..kebabooom!  terhentak sikunya ke tanah. Makin hari makin sakit..so I,'m worried kot2  tulangnya retak..tu yang nak gi x-ray ni...harap2 tak der apa2.

PERFECT 365

TSekarang ni dah cam cendawan tumbuh lepas ujan plak aku tengok pasal produk kecantikan ni. Semuanya menjanjikan yang benda yangmengujakan pada korang.


Produk A kata kalu korang guna produk dia gerenti kulit akan tegang! Mak oii..teruja ko...almaklumlah kan bagi yang dah menjangkau usia ke arah senja ni, tak banyak sket adaler perubahan struktur kulit. Tak kan ler tegang semedang ya tak?

Part yang lebih mengujakan tu bila ada plak model ditunjukkan bukti muka sebelum dan selepas menggunakan.produknya. Mak oi...ni kalau suami tengok ni..tak kuar umah! Akak pun terkesima sekejap tengok pipi mulus ditambah dengan make up dan bulu mata dan contact lens lagi. Ahaksss!tangan dah gatai nak mengoder...

Tah camner satu ari tu officemate akak tunjuk ler satu benda yang boleh menukar wajah kita sekali pun cam tak sudak kepada rupa yang menawan. Korang try ler download "Perfect 365". Ko nak kulit cam baru lepas disagat kertas pasir (halus mulus) gitu...,nak auter bentuk muka yang bulat kepada bujur sireh pun boleh.

Akak bagi tau dikkk...rope ko gerenti cantik. So moral of the story..jangan senang nak percaya jer iklan yang kengkadang tak masuk akal tu. Kata orang Perak Beda'ah (kelentong) jer tu..

Teringin nak cuba buat muka akak jadi ala2 Neelofa..Hiks!

Wednesday, April 24, 2013

RAGAM BILA HUJAN TURUN

Adehhh...stress tatkala hujan turun time balik keja. Bukan tak bersyukur dengan rahmat Tuhan tapi tension dengan sikap pemandu Malaysia ni.

Asal hujan jer..jammed. Bukan nak menyalahkan hujan wehhh tapi time hujan ni, masing-masing berlumba-lumba nak balik awal. Pandu laju mengalahkan mat rempit satu hal lah jugak. Ni ada yang bangang buat lane sendiri ni..Jalan tu elok-elok dah 2 lane, pandai plak mangkuk ayun ni ikut bahu jalan. Paling bangang  tu bila ada plak pengikutnya.

Sudah ler jalan jammed, ada plak hamba Allah yang bersantai  cam makan angin kat jalan tu. Kita berderet-deret kat belakang...siap hon dan main lampu lagi. Boleh buat muka sardin dia. Ada masalah pendengaran kot cam Pak Man tempe!

Ni belum kes lori atau trak yang mentang-mentang ler besor, suka suki dia jer  masuk kiri peh tu masuk kanan plak. Bukan reti nak bagi signal!. Nasib la kan...duduk kat bandar ni, jammed tu perkara biasa dah...Sabor je laaaa....

Tuesday, April 23, 2013

LAGI-LAGI PARODY

Tak haper trend sekarang ni yang gemor beno dengan video parody. Memula aku tengok sore eye..budak yang dapat mc sebab sakit mata tu. Sampaikan artis pun terikut-ikut gaya budak ni.

Peh tu budak yang nyanyi dengan gsya gedik nyer dengan iringan lagu Shae.Ala lagu hits sayang tu. AG DJ Hotfm pun sampai jatuh kerusi nak meniru gaya dia.

Terbaru ni gwiyomi plak dahh...Tapi suker tengok gaya wawa zainal yang cute sangat dengan gaya gwiyomi tu...

Baby penah gak syorkan mama dia buat video yang sama.. Hilang akal apa! Kang ada yang masuk spital dek keracunan gaya parody akakkk...Kang  ada yang ready dengan besen sebelah laptop memasing.Bukan gwiyomo lagi dah..tapi gi mampossss!! Kuang..kuang...

BIOR ROPE ITAM, JANGAN PERANGAI PUN ITAM GAK

First first...akak nak minta maaf ler kat sapa yang tak berkenaan yang terasa dengan apa yang akak cakap ni walaupun bukan ditujukan pada dia...Secara kebetulan tu namanya. Akak nak sampaikan kat satu budak ni yang tak tau ler mak dia sekolahkan darjah berapa jer gamaknya.

Sebab musabab yang akak kata gitu ialah kerana pertuturannya yang MAHA biadap @ kurang ajar gitew. Bukan orang lain dengan akak ni... rapat ler sesangat walaupun darah dia tak mengalir setitik pun dalam badan akak ni. Hish selisih malaikat...

Nak jadik citer yang buat akak nak berdarah idung menahan marah kat budak sekor ni ialah kerana...insiden semalam yang bukan disengajakan pun. Dalam hujan lebat dan  terkocoh-kocoh nak balik umah, akak tertinggal hp kat atas meja di ofis. Dalam pada tu, mamat ni tak haper mimpinya called hp akak.

Of coz ler tak berjawab kannn...sudahnya mamat ni send sms kat hp akak. Korang tau apa bahasa budak kurang ajar ni cakap???  BODOH ANGKT TEL.  Sikit pun aku tak tambah atau kurangkan apa yang dia tulis!.  Aku cuma nak tanya la yer, gini ker caranya anak2  muda sekarang bercakap dengan orang yang lebih tua?

Nasib ko baik sebab ko bukan anak sedara belah aku...kalau tak dah lama makan penampau sap! pong! pang! dah. No wonder ler ko kena lutu kat tempat keja ko tu....Dah ler bangang...biadap plak tu.Bodoh sombong cam ni usahkata kena lutu, suruh jer dia balik kampung jual ikan masin lagi baik!!

Monday, April 22, 2013

SHOPPING DI KENANGA WHOLESALE CITY

Nak citer kat blogger out there tentang satu tempat shopping yang aku rasa sumer ada dalam satu building kecuali mak pak jer tak jual kat sini.

Kalau tak silap..aku penah ikut my sister inlaw aku dulu..tapi tak sure yang ni ker...Tapi bila dah dengar orang bercerita sakan tentang ke awesome" tempat ni buat aku tambah teruja sesangat nak ke tempat ni. Tangan plak tengah gatal nak membuang duit ni...Cewahhh..ayat tak hinggat.

Ni kes nak membalas dendam gak sebenornya memandangkan aku tak beli apa-apa masa shopping ngan officemate masa kat Subang parrade ari tu.

Dengar rega yang ditawarkan pun meruntun jiwa gak tambah lagi kalau kita beli borong. Very very the cheap gitew..

So Kenanga Wholesale City..nantikan kedatangan aku...Tengah nak mujuk anak bujang untuk jadi driver aku ke sana...

Sunday, April 21, 2013

PERSONALITI ANAK KEDUA

Tak tahu ler samada fakta ni boleh dipakai ker tak. Aku search kat google tentang personaliti anak kedua ni. Aku ler salah sorang dari nyer tu...

Antara personaliti anak kedua ni ialah :


1.     Setia dan sanggup berkorban.

       Semestinyerrr....Kalau dah jumpa seseorang yang memenuhi
       kriteria nyer..(kira Mr Right ler gitew) setianya sampai  ujung
       nyawa tu...

2.    Tak pandai memujuk.

        Kirim salam sket...sebab aku bab pujuk orang merajuk ni, ya
        ampunnn...tak der bakat langsung.So kalau hubby aku merajuk
        hilang srndiri ler rajuknya...Eiuww! tak kosa aku ..dapat lak
       yang jenis perajuk tegar...huh! 'mati kering' ler ko situ. Nasib
       hubby aku tak gitew.

3.   Degil.

      Yang ni memang terpaksa aku akui. Ngeee...In fact arwah abah
      yang amat memahami anaknya ini pun kata aku ni jenis anak
     yang ketegaq degilnya. Tapi aku rasa degil aku ni banyak gak
     yang membawa kearah keputusan yang positif. Cewahhh...ayat
     penyedap halwa telinga. kui..kui...

4.  Pemaaf

    Yang ni susah nak cakap sebab bukan sumer insan di dunia ni
    yang aku maafkan...Tapi tak bermakna aku ni jenis yang
    berdendam...cuma   take time kot...

Kesimpulannya..tak susah pun menangani anak kedua ni kalu
kena cara dan gayanya..Tak gitewww..

Wednesday, April 17, 2013

MANA PEGI SURAT AKAK???

Pernah tak korang mengalami pengalaman yang aku rasa bila berurusan dengan kakitangan di Jabatan kerajaan. Bukan ler nak ngutuk staff kerajaan tapi pengalam yang aku tempuh bila berurusan dengan kebanyakan mereka ni lebih kurang sama jer.

Bulan March ari tu, aku pergi ler kat Majlis Perbandaran Selayang atas urusan rasmi gak ler..Sebelum pegi, aku call dan siap tanya tingkat berapa yang aku kena jumpa pegawai tu. Bila sampai jer..dia kata aku kena naik tingkat atas. Bila dah tiba kat tingkat atas plak, orang atas kata, ni kerja orang tingkat bawah....dah approve baru ler kami boleh buat..Dipendekkan citer plak, masa nak turun, aku terjumpa pegawai tingkat bawah tadi kat luar lif.

Dia masih nak tolak aku ke tingkat atas...Mungkin dia pun dah perasan muka aku dah tukor kaler hijau,biru dah.Dia pun minta aku buat surat pulak dah...Biasa ler kannnnn...dah tak ler nak bagi alasan lain.

Hari tu gak, aku buat surat dan submit di kaunternya dan minta staff dia endorsed lagi. 22/3 aku submit sampai lah sekarang ni..tak der tindak balas apa2. Bila call...cam biasa ler, dorang pass aku kat Tipah, Bedah..peh tu Joyah...at last putus talian....

Cam nak kuar darah kat hidung dan mata aku ni dek kerana menahan marah. Pleaseeeee Yang diPertua MPS...tengok2kan anak2  buah tu...Surat yang aku submit ari tu dah buat tisu toilet ker..sampai susah nau dorang nak cari sampai ari ni....

Monday, April 15, 2013

MUSIM KAHWIN

Asal hari minggu jer ada ler jemputan orang  kahwin..tak tunggu cuti sekolah dah..Kami pun tak terkecuali terima jemputan semalam. Majlis tu berlangsung kat Dewan Bangunan LPP.

Cam biasa..kalau ada majlis kahwin camni, aku  suka ler buat persiapan cam baju apa nak pakai, tudung mana  nak matchkan dengan baju dan tak terkecuali kasut!  Orang pompuan ler katakan...



                                                 Pilih kasut jer dekat 1/2 jam wehhhh....


Walaupun pengantin tu officemate hubby aku, aku tak kenal pun sebab dia staff baru..So, aku ni ikut jerlah hubby aku kannn.Yang kelakarnya..dah kenyang makan dan tiba masa nak balik, hubby aku ajak bersalaman dengan kedua mempelai..

Masa menunggu pengantin bergambar tu, tetiba hubby aku mintak kad jemputan pengantin. Aku tengok muka dia blurr jer..Tetiba jer dia cakap, Eh! kita ni salah masuk majlis ker?. Tengok nam yang dipaparkan.kat skrin..betul tapi hubby aku kata muka pengantin pompuan tu lain sangat muka dia..

Ko jangan buat hal..aku dah kenyang kebuntat ni..tetiba kuar statement cenggitu...Mungkin sebab make up nyer yang agak tebal...menyebabkan hubby aku pun hMpir tak kenal...

Monday, April 1, 2013

RESEPI CERMAI

Pernah makan buah cermai tak? Time aku sekolah rendah dulu, selalu gak tapi cermai yang dah dijerukkan. Tapi berbeza dengan resepi yang kawan aku beri ni. Kalau korang nak cuba, okay jerr..



Aku lupa apa nama yang kawan aku panggil.Katanya orang Perak pun sebut nama yang sama gak...tapi sumpah! memang tak penah aku dengar nama pelik tu..

Buah cermai ni ditumbuk. Ikut kata kawan aku, tumbuk dengan bijinya sekali tapi aku buang bijiknya. Agak mengganggu time nak makan. Tumbuk dengan cili merah dan juga belacan dan jangan lupa bubuh gula sikit untuk seimbangkan rasa pedasnya.

Tengah tunggu reaksi hubby aku untuk merasai resepi baru ni.

KOMIK KESUKAAN MASA KECIL

Ingat tadi nak singgah buku..tapi tak larat sebab keletihan. Baby ni pantang kalu lalu kedai buku..ada, jer nak diborongnya. Hobi dia ni mengingatkan aku pada Yong. Dulu duit belanja sekolah aku ler jadi mangsa dia sebab duit dia sendiri dah habis dibelikan komik.

Tau tak apa buka komik kegemaran Yong dulu yang tak jadi tidak..mesti dia beli! Salah satunya  ialah komik Bujal yang menjadi pujaan hatinya hingga kini..(nasib baik ler dah tak der komik tu).


Satu lagi yang wajib dia beli tiap-tiap bulan ialah komik Salina dan Bambino..Kartun Salina tu memang cantik pun...tambah plak jalan citernya sesuai dengan Yong yang kuat berangan tu.




Sampai sekarang minat membaca majalah tu masih berkobar-kobar...cuma ikut rangking umur gak ler majalah yang dibelinya macam majalah Wanita, Anjung Seri dan tah apa lagi ler..

Seronok gak sebab aku tak yah beli..malboro (borrow) jer dari dia. Jimat duit aku wakaka...