Wednesday, April 17, 2013

MANA PEGI SURAT AKAK???

Pernah tak korang mengalami pengalaman yang aku rasa bila berurusan dengan kakitangan di Jabatan kerajaan. Bukan ler nak ngutuk staff kerajaan tapi pengalam yang aku tempuh bila berurusan dengan kebanyakan mereka ni lebih kurang sama jer.

Bulan March ari tu, aku pergi ler kat Majlis Perbandaran Selayang atas urusan rasmi gak ler..Sebelum pegi, aku call dan siap tanya tingkat berapa yang aku kena jumpa pegawai tu. Bila sampai jer..dia kata aku kena naik tingkat atas. Bila dah tiba kat tingkat atas plak, orang atas kata, ni kerja orang tingkat bawah....dah approve baru ler kami boleh buat..Dipendekkan citer plak, masa nak turun, aku terjumpa pegawai tingkat bawah tadi kat luar lif.

Dia masih nak tolak aku ke tingkat atas...Mungkin dia pun dah perasan muka aku dah tukor kaler hijau,biru dah.Dia pun minta aku buat surat pulak dah...Biasa ler kannnnn...dah tak ler nak bagi alasan lain.

Hari tu gak, aku buat surat dan submit di kaunternya dan minta staff dia endorsed lagi. 22/3 aku submit sampai lah sekarang ni..tak der tindak balas apa2. Bila call...cam biasa ler, dorang pass aku kat Tipah, Bedah..peh tu Joyah...at last putus talian....

Cam nak kuar darah kat hidung dan mata aku ni dek kerana menahan marah. Pleaseeeee Yang diPertua MPS...tengok2kan anak2  buah tu...Surat yang aku submit ari tu dah buat tisu toilet ker..sampai susah nau dorang nak cari sampai ari ni....

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com