Wednesday, July 29, 2020

KESIBUKAN MENJELANG HARI BAHAGIA...

Menjelang tarikh kahwin si Abang ni..banyak sebenarnya tugasan yang perlu aku lakukan.. Dari menempah doorgift, membuat bunga telur, menyewa baju pengantin, menghias  kotak untuk doorgift adalah sesuatu yang amat memenatkan. Terbaru, aku dan bisan ada meeting dengan pihak wedding planner kami untuk memastikan majlis berjalan lancar seperti yang dirancang.

Masa aku sampai di dewan tu..kedudukan meja dan jugak kerusi semuanya dah berubah mengikut SOP yang ditetapkan. Sedikit agak janggal sebab susunannya kurang menarik berbanding masa kami datang dulu

Mungkin Tuahan punya perancangan yang terbaik untuk anakku kerana ditakdirkan majlis ini dibuat ketika pandemik Covid 19 masih lagi berlaku. Namun apa masih berharap semua ini akan segera berakhir menjelang perkhawinan anakku Oct nanti...Teringin punya majlis seperti orang lain yang tak perlu segala peraturan..tapi jika ini takdir yang tercipta..aku redha dengan ketentuanNya..

Bila difikirkan semula..beruntungnya Abang..segala-galanya diuruskan orang tua. Berbanding dengan kami dulu..semuanya diuruskan sendiri kecuali khemah dan catering. Apa pun aku tak rasa regret pun membuat semua ini demi anak tersayang malah ada rasa kepuasan di situ bila menengok kerja-kerja yang telah siap kami buat..

Tak sabar weh!..nak menunggu saat abang bergelar suami orang...