Wednesday, April 30, 2014

ANGAN-ANGAN KE VIETNAM

Aku kan dah lama pasang angan-angan ke Vietnam..syurga membeli belah selain Jakarta dan Bandung. Mulanya hubby aku dah set ari tu nak pegi..tup2 cancel plak dahhh...

Kali ni, bos aku plak offer ikut dia shopping kat sana. Memandangkan dia ni pangkat bos, so segan ler sket aku nak berdua jer dengan dia...Maka nyer aku gigih ler memujuk kawan-kawan satu ofis join sekali. 

Sedih akak..semua menolak tawaran atas alasan segan ler nak jalan dengan bos. Aku? okay jer dengan dia tapi sebenarnya aku prefer ler pegi dengan kengkawan jer. Karektor aku di dalam ofis dengan kat luar jauh beza okay. 

Time pegi travel ni aku lebih santai samada dengan pakaian atau haaa...ni pengakuan berani mati aku. For your info..aku ni giler-giler sket..tak kan nak serius cam dalam ofis plak kan? Tu ler satu cara aku lepaskan stress aku setelah seharian penat bekerja. 

Boleh aku bayangkan mesti Bos aku keras kejung tengok telatah aku yang jauh beza tu. Silap haribulan, dia sangka aku kena sampuk dek hantu vietnam plak.

Calculate punya calculate..dengan tambang, hotel, transport..jumlah ni jer aku boleh dapat berapa puluh baju raya kalau shopping kat Malaysia ni..Susah kan jadi akauntan...sumer nak kira dari sekecik2 benda sampai ler sebesar2 nya.

Bila hubby aku tanya, aku cakap..tak jadi kot sebab takut aku tak leh tido kat sana (bantal busyuk aku tinggal kat umah..) . Senyum kambing hubby aku sorang2...Suker ler tuw!!


APA KES NI???

Sajer nak share dengan korang satu citer ni. Tadi one of my house tenant ni call ler..Bagi tau, yang bulan ni dia mintak tangguh bayar sewa umah ke bulan depan. Yang aku nak citer kat korang ni tentang alasan yang dia bagi kat aku.

"Adik saya nak kawin kak..so kami kenalah tolong sket sorang". Kepala aku mula lah cam mesin berfikir...Mana tak stress kan? Masalah orang aku plak yang mikirin....Adik nak kahwin..naper plak ko yang kuar belanja sampai sewa umah plak yang ko tangguh bayar?.

Setahu aku lah, kalau orang tu nak kahwin dia bukan sajer perlu ready dengan jiwa dan raga tapi dengan financial pun dah ada cukup. Ni apa ke jadahnya, ko kahwin sampai mintak sponsor adik beradik ni...??Bukan sponsor adik beradik jer, ni dah membabitkan aku plak yang tak der kena mengena dengan ini gambar!

Ni ler dia orang melayu..kahwin nak gah ajer. Kalau boleh 40 hari 40 malam buat majlis keramaian. Joget lambak nyer dengan karaoke nyer. Pada dorang, kahwin ni hanya sekali..so kenalah berhabih. Tak ler nanti dikata diumpat orang buat majlis cekai jer. Bangsa kita ni lebih rela rupanya papa asalkan dilihat orang bergaya.

Ni nak bagi tau kat korang yer..Setahu aku, tak der dalam Islam kata kahwin tu kena besor2 majlisnya kalau tak tak sah nikah ko!. paling penting bersederhana sekadar mengumumkan yang ko tu dah menikah dengan sipolan.

Ni sampai berhutang bagai ni...Ko dah tentu ler dapat pasangan...akak ni sewa umah @ bisnes akak terjejas dek gara2 ko nak berlaki @ berbini tau...Hish! Kalau aku tak fikirlah bina masjid tu pahala...

Bulan depan..jangan plak kakak ko bagi tau yang dia nak pakai duit plak utk majlis sambut anak sedara (mana tau bunting pelamin kot)

PESONALITI LELAKI YANG MEMBUAT ANDA JATUH CINTA

Perghhh...hebat bunyi tajuk yang ingin dibincangkan ni. Of coz ler wanita punya ciri-ciri yang membuatkan hatinya dapat ditakluki oleh sang arjuna yang bernama "lelaki". Apa agaknya di antara ciri-ciri tersebut yer?

Lelaki yang kelakar
Boleh ler diterima...sebab lelaki yang mampu membuat wanita ketawa adalah lelaki yang punya potensi untuk berjaya menakluki hati pasangannya. Tapi awas..kelakar yang betul-betul kelakar..bukan kelakar yang membuat anda kelihatan bodoh di depan mereka.

Lelaki yang menghormati orang tua.
Ini perlu diberi penekanan yang paling atas sekali!. Lelaki yang tidak mempunyai respectation terhadap orang tua adalah seorang yang tidak mempunyai jiwa sama sekali! (pandangan aku lah ..) Nak pikat anak...kenalah pikat hati ibu bapanya dulu...Tapi jangan sampai anda kelihatan seperti mengampu...

Lelaki yang menjaga penampilan
Ini bukanlah bermakna ko manjang bertali leher sampai ke bilik tidur. Tapi penampilan yang kena pada tempatnya. Tak perlu pakaian yang mahal dan berjenama asalkan bersesuaian

Lelaki yang sentiasa mengutamakan anda dari segala segi
Sweet gitew!!...apalagi yang begitu penyayang dan caring terhadap pasangannya. Tapi janganlah anda punya
sifat caring yang sampai check kemana saja pasangan tu pegi...bosan jadiknya bila setiap pergerakan di awasi.

GST YANG SUPER PENING!

Hari ni aku ada training berkenaan GST. Apa itu GST kengkawan? Bagi yang tak tau tu ..meh aku explain a bit wokay. GST tu singkatan pada Goods Service tax. GST ni menggantikan tax lama yang mana korang kena bayar iaitu cukai perkhidmatan (service tax) dan cukai jualan Sales tax) sebanyak 10% plus 6%. Dengan adanya GST ni pengguna katanya hanya membayar 6% sahaja. Yer kerr..?

Dikatakan bahawa bila GST ni dibuat..harga barang tidak akan membebankan pengguna... Saper kata??Cuba ko fikir contoh satu benda yer...beli roti kat Supermarket atau kedai runcit. Dari mata kasar memang ler ko tak nampak cukai GST tu tapi hakikatnya kerajaan dah masukkan dalam rega roti yang korang beli tu. Ada faham?


Kerajaan kata bagi mengelakkan dari dikenakan cukai yang berlebihan setiap kali kita membeli barangan, kita kenalah ubah cara hidup (life style) katanya.. Nak ubah amende kalau semua barangan kita tu memang keperluan hari-hari dan juga keperluan semasa. Tak kan hari-hari ko nak telan kangkung yang ko kutip sendiri . Tu memang confirm ler tak der tax !.

Apa yang aku dapat simpulkan hasil dari training dari pukul 8 pagi hingga 6.30 petang ni ialah...keja dan beban stress para accountant akan bertambah dengan adanya GST yang akan berkuatkuasa pada 1st April 2015 akan datang. 


Apapun..aku berazam mengalas tanggung jawab yang telah diamanahkan dengan sebaik mungkin.

Monday, April 28, 2014

NASIHAT UNTUK ANAK-ANAK

https://www.facebook.com/photo.php?v=730465333653454&set=vb.320218194678172&type=2&theater

Subhanaullah indahnya nasihat ustaz ni...tentang pentingnya memuliakan ibubapa meskipun ada di antara ibubapa yang mengabaikan tanggungjawab kepada anak-anak mereka.

Zaman serba maju ni kadangkala menyebabkan ada di antara kita yang merasakan ibubapa tidak penting apalagi bila telah punya kerjaya masing-masing.

Paling sedih bila ada yang sanggup mengabaikan ibubapa malah sanggup menghantar mereka ke rumah orang tua-tua...

Pernah tak terfikir di kalangan kita..tanpa mereka, kita tidak akan mengecapi nikmat dunia seperti sekarang. Jika mereka sanggup bersusah payah demi kita...apalah kiranya jika kita pula menjaga kebajikan mereka ketika tuanya...Ketika tangan yang mendodoikan kita suatu ketika dulu  tidak lagi mampu melakukan apa-apa. Matanya yang sering memastikan keselamatan kita kiar pudar penglihatannya.

Sebelum kita kehilangan suara dan wajahnya...gembirakan lah mereka. Semuga ibubapa ini akan bersyukur kepada Allah kerana dianugerahkan anak seperti kalian....

Saturday, April 26, 2014

CEMBURU HARUS KENA PADA TEMPATNYA

Cemburu tu tandanya sayang...yer ke tanda sayang? Penah dengar tak kisah orang cemburu sampai berbunuh-bunuhan...Yerk..tanda sayang amende tu!, Tu cemburu tahap gila meroyan dah namanya.

Cemburu pada orang yang kita sayang kenalah berpada-pada. Kena pada tempatnya. Tak kan sebab ko sayang dia..ko nak dia dan control dengan sapa dia berkawan..Dia pun perlukan privacy tak kan sepenuh masa dibawah kawalan kita yer tak?

Berilah kebebasan pada pasangan anda untuk dia berkawan dengan siapa sahaja. Kata orang kalau kita sayangkan seseorang....lepaskan ia... (jangan control dia ler maksudnya) . Sekiranya ditakdirkan dia tu memang milik kita..biar jauh macam mana pun kita dengan dia...biar dikelilingi godaan di kiri kanan sekali pun..dia tetap akan kembali kepada kita.

Wednesday, April 23, 2014

PENGORBANAN TANPA KITA SEDARI




Bila melihat gambar ni..tetiba hati aku tersentuh...Syahdu rasanya...Mungkin sekali pandang korang tak perasan kot. Pengorbanan ibubapa yang walaupun tampak kecil tapi sebenarnya membawa makna yang besar.

Sebagai anak, mungkin kita kadangkala membandingkan apa yang kita miliki dengan kemewahan yang diterima rakan-rakan sebaya. Malah ada di antara kita merasakan ibubapa tidak menyayangi kita jika apa yang kita inginkan itu tidak dipenuhi.

Tapi jauh di sudut hati mereka sebenarnya ingin memberikan apa sahaja yang dipinta namun bukan semua mampu berbuat demikian.

Jadi sebagai anak, bersyukurlah dengan apa sahaja pemberian ibubapa meskipun pemberian tersebut tidak seberapa. Bukan nilai barangan tu yang penting tapi  ingatan kasihsayang buat kamu tu lebih penting dari segalanya. Belajarlah menghargai pengorbanan mereka sebelum terlambat...

Semuga Allah membalas setiap kebaikan dan pengorbanan ibubapaku dalam membesarkan kami dengan seribu kepayahan. Gantikanlah ia dengan anugerah tempat yang terindah buat mereka di syurgaMu ya Allah....


Monday, April 21, 2014

KAT MANA NAK CARI BENDA NI?

Minat sangat dengan dua benda ni. Dulu penah gak try cari kat kedai antik tapi reganya mencekik darah betul. Masa tu memang terasa sayang nau duit nak membelanjakan sampai RM3,000 lebih. Bukan nak guna cuma untuk perhiasan jer. Berbaloi tak rasanya beli benda alah ni yer..? 

Bosan tengok design telefon sekarang ni kan? Aku suka lagi dengan design lama yang nampak antik gitew. Yang penting..rupanya lain dari yang lain. Lagipun barang-barang ni nampak mcam barangan mewah jer...



Ada satu lagi yang antik aku simpan sampai sekarang..Paling aku sayang ni...hubby aku ler...hihi.sorry! gurau yer yang...

AKTIVITI BERSAMA ANAK

Semalam hari Ahad, aku mengisi masa lapang meronda-ronda di Selayang Mall dengan baby ditemani body guard anak bujang aku ni. Lama dah tak jengah ke Romantika kedai yang menjual barangan ala Inggeris ni.

Aku plan nak cari para untuk letak barang hiasan. Tapi yang dicari tak jumpa, sebaliknya aku berkenan dengan satu perhiasan ni (tak tau plak panggil apa)..biasa gantung kat luar dan akan berbuyi kslau ditiup angin. Yang satu ni..bunyinya tak bising malah buat kita rasa tenang jer bila ia berbunyi.

Berkenan gak dengan tempat simpan makanannya yang berbunga corak Inggeris. Aku rembat 3  dan sebagai hiasan balang kaca yang kosong kat umah tu, aku beli hiasan epal kecil berwarna hijau dan merah. Tuala pengelap yang bermotifkan bunga aku beli satu untuk diletakkan di dapur. Last sekali..frame gambar dengan ukiran putih hitam yang nampak unik menjadi pilihan untuk hiasan dinding di tangga rumah.


Kami ke D.I.Y selepas tu. Aku jumpa alas meja yang cantik coraknya dan murah yang penting nyer... Ambik gak yang ni and ada ler a few thing yang aku beli..

Sampai kat umah...berkobar-kobar Abang membantu membersihkan kolam ikan dan mengantung perhiasan tadi. Aku plak terus ganti alas meja dapur dan...memang tak nyesal ler aku beli sebab nampak sesuai sangat.

Tq buat anak-anak  yang sudi melayani dan menemani mama nyer ni...

PERCAYAKAH ANDA PADA CINTA PERTAMA?

Percaya pada cinta pandang pertama?. Ada ke cinta yang berputik kali pertama kita melihat sidia?. Bagi aku, tiada istilah cinta pandang pertama sebab itu bukan namanya cinta sebaliknya hanya nafsu semata-mata.

Cinta hanya lahir setelah ia berputik di hati kita secara perlahan-lahan seiring dengan waktu. Berusaha untuk memenangi hati sidia sehingga dapat menawan hatinya..itu baru dinamakan cinta. Tapi awas yer..jangan tertipu dengan diri sendiri antara simpati dan cinta kerana kedua-duanya amat berbeza sekali. Perlu juga diingatkan yang cinta yang terindah dalam hidup kita tidak semestinya cinta pertama.


Mungkin pengertian cinta itu tidak kita temui pada cinta pertama tetapi untuk cinta yang seterusnya kita menemui titik kebahagiaan yang berkekalan. 

Jangan percaya pada istilah cinta semata-mata tapi berusahalah untuk mendapatkan cinta sejati yang menjadi sesuatu yang indah dalam hidup kita.

Saturday, April 19, 2014

TUA ITU PASTI..

Perkara yang paling ditakuti oleh perempuan ialah menjelangnya usia tua. Nonsense! jawapan paling merepek yang penah aku dengar. Takut tua?. Hello...itu satu perkara yang tak boleh sama sekali ko elakkan dan ko pasti akan melaluinya.

Usia tu cuma angka jer...tak membataskan pergerakan kita pun cuma nyer tak boleh ler ko tu macam orang muda...hu ha je sana sini. Tapi still boleh enjoy your life dengan orang tersayang.

Indahnya kalau dah tua pun masih romantis cam gini..

Kalau dulu memasing bz dengan kerjaya, mencari harta siang malam...Hah! time tua-tua ni la, ko nak meluangkan masa berkepit dengan sidia. Gi surau atau kuliah agama bersama..romantik tu kannnn. Sekali sekali gi jenjalan makan angin. Tak payah fikir nak pegi kerja lagi sebab ko dah boleh meraih hasil dari kerja keras selama ni.

Harap-harap aku tak macam ni..huhu

So..untuk menikmati perjalanan hari tua yang indah macam yang aku citer tu..kenalah struggle dari sekarang. Time kudrat ko tengah kuat dan badan masih sihat..cari ler reta sebanyak mungkin.

Semuga aku dan hubby akan dapat menjalani hari tua kami bersama selamanya....

BILA SI DIA MUNCUL SEMULA...APA REAKSI ANDA?

Dalam orang dah berfacebook bagai sampai ujung dunia mencari kengkawan ni...hubby aku baru terkial-kial minta anak bujang dia buatkan fb dia plak. Terkezut gak akak sebab sebelum ni dia ler tukang kaki perli kalau aku dah baby bergayut depan pc.

Ni gara-gara balik dari re-union kenkawan dia di Sg. Besar kelmarin ler ni. Baru ler terfikir nak cari geng-geng lama. Aku ler take part plak dok mencari dan sent request kat kengkawan yang masih dia Ingat nama tapi dah tak cam rupa tu. Almaklum ler kan..semuanya dah bertukar rupa 360 degree..Hihi!

Masa dok sibuk cari kenalan lama dia tu, aku tanya dia.."You tak nak add ex-girlfriend you dulu ker? "Alah cuma tanya khabar jer bukan apa pun..Ko tau apa reaksi dia? Dia pandang muka aku dan tanya balik "Boleh ker"? Eik? apasal plak tak boleh?. Aku ok jer...lagipun cuma nak bertanya khabar dan nak tau perkembangan terkini. Masing-masing dah bawa haluan memasing..Lain ler dengan desprado sorang ni yang aku akan pastikan ko tak kan muncul dalam hidup aku lagi!

Aku tolong send request lagi kat gegirl ni dengan harapan dia akan add hubby aku. Tak salah kalau berkawan asal tau batasannya kan?. Aku ok lagi kalau suatu hari nanti, aku teringin nak jemput dia datang ke rumah time buat open house atau kenduri kendara ker..

Ni sebuk dok tanya..kengkawan I dah add ke belum? Haaa Sekarang sapa yang giler fb bro?

Wednesday, April 16, 2014

SAKIT ATI AKAK TAU...

Ni nak bercakap sket berkenaan dengan sikap petugas salah sebuah syarikat perbankan kat Malaysia ni. Aku ni dah terbiasa kalau entertain customer ke client ke..of coz ler ko akan bagi yang sebaik mungkin. Iyer lah kan..demi menjaga nama company tempat ko cari makan kan..
 
Tapi hamba Allah sorang ni cam baru kuar dari gua mana tah...Dah ler bila aku tanya on the phone, jawapan yang dia bagi tu ugh argh...ugh argh teragak-agak bercakap. Bila aku tanya sapa person yang incharge berkenaan dengan dividen ni..dia leh jawap "Saya tak boleh bagi nama dia Puan..."
 
Apa kena mamat sorang ni? Aku nak bercakap dengan person incharge bukan nak tanya pasal rahsia kerajaan. Yang ko nak berahsia sangat nama orang tu naper???Sengal dan menaikkan darah aku jer pepagi ni.
 
Tak faham aku naper ler banyak nau prosedur untuk mengeluarkan duit sendiri. Masa nak menyimpan, bukan main senang..tak yah referee, gurantor segala. Tapi bila nak kuarkan duit ni, banyak pulak songeh nak dokumen itu ini. Masa aku tanya apa dokumen yang dorang perlukan sebelum aku datang tu..tak plak ada apa-apa kena bawak selain surat tu jer. Bila sampai, nak surat mati la...surat nama waris ler. Tu belum lagi citer bab prosesnya yang makan masa berbulan.
 
Penah dulu, aku kena call balik sebab dah lama sangat proses yang dikatakan sebulan jer sebab dorang kata  akan hantar surat untuk inform. Alih2 bila aku tepon, dia boleh cakap belum proses apa2 lagi. Tak ker menyirap dengor tu.. 
 
Please la yer..once you olls terlibat dengan customer, please give them a good services. Jangan sampai customer lari disebabkan sikap korang yang keja sambil lewa tu. Boleh tak kalu aku suggest kat bos korang...orang yang malas camni..gaji dia pun bayar sambil lewa gak...adil kannn?

KESILAPAN YANG PERNAH KITA LAKUKAN TANPA KITA SEDARI

Semua manusia pernah membuat kesilapan samada dalam sedar ataupun tidak. Kadang-kadang kita tau yang perbuatan kita tu salah tapi masih meneruskan juga atas faktor-faktor tertentu..
 
Buang sampah melalui kereta.
 
Walaupun cuma sepuntung rokok..tindakan korang tu tetap salah sebab tak beretika...Apalah salahnya ko simpan dulu puntung tu dan buang dalam tong sampah kemudiannya.
 
 
 
  
                            Ikutkan campak kan jer dengan tuan dan keretanya sekali cam ni..Boleh?
 
Meludah dan berkahak di kalayak ramai.
 
Ni memang pantang tok ayah aku ni..terutamanya di kedai makan. Putus selera akak nak mengadap makan...Silap hari bulan putus gak nyawa orang tu aku buat! Kah! Kah!
 
 
 
Bercakap kuat di telefon
 
Aku rasa mau sebatu boleh dengar ni..Apa motif dia tah!. Samada suara dia tu memang cam guruh atau nak menunjuk yang ko tu ada atau baru beli tepon?. Dah tu ada hati lagi nak speaking London..Tapi dari mula sampai akhir yang aku dengar cuma satu ayat jer. Tah apa orang dalam tepon tu cakap...dia asyik menjawab "So?". Tu pun aku rasa mau makan tahun gak nak menghafal tu...
 
 
Sibuk bercerita barang branded yang dibeli
 
Hari-hari dok citer beli beg branded...kasut, kosmetik sumer la pakat branded belaka...Sampai memperlekehkan orang lain yang tak gemar barang branded ni. Hatta...baju dan suar kecik kat dalam tu pun tak kalah branded tu akak oiii...Gatal bebadan konon kalu pakai yang cap ayam ni...
 
Tapi tak sedor dia rupanya...perangai dia sikit pun tak branded..Cakap ikut suka tanpa fikir hati orang terasa atau tidak. Akak senang jer ngadap orang cam gini...ko angkat punggung...blah dari situ. Ayat power ko boleh bagi ialah "Sekurang-kurangnya akak tak ler berhutang membeli barang cam ko yang dok mengesek credit card cam gesek biola tuh!" Agak-agak..nangis tak dia....???
 
 

Tuesday, April 15, 2014

USHA-USHA BAJU RAYA

Raya lambat lagi tapi cam biasalah kan...kawan-kawan aku ni tak keruan dah mencari di sana sini. Apa tu?? ..Baju raya ler kak Tonnnn...nak ikut tema kata nyer...

Tak terkecuali akak gegirl ni...rajin semedang mencari baju raya kat online. I tell you guys...cantik-cantik malah rambang mata dibuatnya nengok macam-macam fesyen...dengan gaunnya, jubahnya..pendekkata ko sediakan jer ongkosnya...gerenti beres!.

Akak rasa tahun ni akak tak mahu ler baju kurung manjang...Tahun ni akak nak tukar tema...Ceeewahhh! berangan...Akak teringin plak tengok baju kebaya kimono...dipakai dengan pario gitew. Ahaks...

 
 
 

Kata kawan aku nampak sesuai aku pakai fesyen tu sebab badan aku comei lagi...mentelah spare tyre  tak der ni..sesuai sangat ler pakai pario tu katanya...(Dia yang sedih sebab beria-ria mencarikan untuk aku...alih-alih dia plak tak sesuai...) Tak per tak dapat baju...dapat pahala nolong kengkawan yer tak?

Dalam pada tu..nengok gaun cenggini pun ..hati dah bolak balik...cantik gak cam ni...

 
 

So plan memulanya...cari dulu warna baju aku then baru ler cari kaler baju melayu utk hubby dan anak bujang aku tu. Baby of coz ler baju kurung tapi kaler yang sama. Baby ni kalu tak raya atau kenduri kahwin..jangan harap dia nak menyarung baju kurung..manjang suar panjang jer.

Sunday, April 13, 2014

RE-UNION

Sangat happening! Tu yang dapat aku gambarkan suasana ketika re-union student bekas Sek. Menengah Dato' Sagor 1982 di Sg. Besar Selangor. Hari-hari dok mengadap hutan batu...terasa damai sangat berada di sini dikelilingi sawah padi, taliair dan rumah-rumah kampong yang masih terpelihara keasliannya.
 
 
 
 
Kami berkampung di rumah sahabat hubby aku yang buta penglihatan akibat tumor di kepalanya. Memang Nampak gembira dia dapat berjumpa rakan-rakan lama meskipun cuma mengenali suara mereka sahaja.
 
 
 
 
Tengahari kami sampai, dihidangkan dengan pot luck yang dibawa memasing sebagai juadah bersama. Malamnya pulak, ada BBQ kambing, ayam dan pelbagai makanan laut.
 
 
 
 
Dah bertahun tak jumpa..makanya..jam dah pukul 12 mlm pun, tak gak habis topic bersembangnya. Aku dah tersengguk-senguk menahan ngantuk..Bagi signal kat hubby, dia buat tak faham ko..Tak per lah aku faham. At last Abang hantar kami ke chalet..utk zzzzzz. Hambik ko..dekat kul 3 pagi baru depa balik..
 
 
 
 
Ni baby dah start buat muka boring dia..
 

Pagi Ahad, setelah sarapan pagi di pekan, kami berkunjung ke rumahnya. Memang plan nak balik awal sebab Baby ada dentist appointment. Rasa bersalah sangat aku bila wife dia menangis terisak-isak sewaktu aku bersalaman dengannya. Memang ramah betul dia..tak terasa baru kenal 2 hari.. Tak sempat nak merasa nasi ambeng mereka...
 
 
Sempat berposing di tali air sebelum ke chalet
 
 
 

Thursday, April 10, 2014

TAX REFUND DAH DAPAT...

Musim mengisi borang cukai dah pun berlalu...Seperti tahun sebelumnya, aku menghantar menerusi internet sebelum tarikh yang di tetapkan. Pembayar cukai tegar kata hubby aku! bila dia tengok aku consistent bayar cukai LHDN ni.

Sebenarnya aku ni tak ler masuk dalam kategori tu cuma aku cukup pantang membayar penalty. Dah ler cukai ko kena bayor...penalty lagi..tak ker sakit namanya tu.

Paling seronok bila wang lebihan cukai aku dah pun aku terima. Terima kasih tak terhingga buat abang2 dan kakak2 LHDN yang effisen dalam kerja mereka. Camtu lah kan...suruh bayor cepat...dapat wang pun cepat gak...Fair enough! akak suka!

Tak bayar mana pun tapi namanya lagi rejeki kan...Alhamdulillah.. So di sini aku suka nak mengingatkan pada mereka yang liat nau bayar cukai tu...mungkin masa ni ko memang ler terlepas pandang dek LHDN tu tapi jangan sengeh dulu yer.. Sok ..bila ko nak retire, nak kuar duit EPF...haaah time tu ler income tax kejar ko cam mana ceti mengejar pemiutang nyer.


Dari sekelepuk duit ko kuar..baik ler buat cam kami ni....

Wednesday, April 9, 2014

BERTEMU SEMULA...

23 tahun bukan jarak waktu yang singkat...segala-galanya dah berubah mengikut peredaran masa. Kuasa Allah mempertemukan kami semula melalui teknologi moden masa kini.

Bayangkan ketika tu usia kami baru masuk 16 tahun...sekarang dah masuk maghrib (sedor diri akak hihi) mesti ler berubah fizikal dan mental kan. Mental tu aku la kot sebab aku tak berapa ingat nama setengah  kawan-kawan tu walaupun dorang siap tunjuk gambar lagi...



Almaklum..zaman sekolah aku ni tergolong dalam murid pendiam...rekod baik gitew! Mestilah kan..pegawas perpustakaan kena ler jaga imej..cewahhh!. Nak tau pendiam ke tak aku ni..cuba ko check kengkawan ofis aku ni..Aku diam dan serius time keja jer ..kang takut tersalah tekan calculator plak...Haru kena potong gaji!

Baru-baru ni..depa buat re-union..terkilan sesangat aku sebab tak tau pun event tu. Salah aku gak ler sebab tak rajin bukak fb. Dapat aku bayangkan betapa seronoknya jumpa balik kawan & kekasih lama..opps..aku masa sekolah baik okayyy. Tak main ler makwe..pakwe ni..

Harap- harap kengkawan tak lupa jemput akak ni yer untuk event yang akan dating. Teringin nak tengok perubahan dan rupa korang sekarang after 23 years ni. Aku ni kalau korang tak kenal sajer lah..tak der apa yang berubah melainkan kedut di muka ni bertambah jer kot. Uban di kepala tak Nampak sebab dah berhijab...

SALAH SIAPA?

Zaman dah semakin canggih. Nak bershopping pun tak perlu jauh2..hanya dihujung jari sajer. Shopping online! Ada kebaikan dan jeburukannya juga tentang bershopping online ni.

Selalu aku dengar rungutan tentang pembeli barang online yang cerewet dan banyak kerenah . Kengkadang tu ada pembeli yang cancell order di saat2 akhir. Tapi aku berdepan dengan satu penjual ni yang mula membuat temperature aku naik.

Baby buat order macam2 kat blog dia dengan kasut,baju beanie start dari bulan Januari lagi. Dia kata amik masa 3 weeks to order.Dah habis 3 weeks tu tak gak dpt barang. Bila whatapps, dia boleh kata lupa...tunggu lagi beberapa minggu. At last bila follow up, dia cuma hantar beanie tu jer sebab alasan bodoh dia kasut tu makan masa sket.

Sampai sekarang, order still tak sampai. Baby ni pun satu, follow up ler..ni keras membantu tunggu barang yang tak kunjung tiba. Bila baby whataps balik, dia boleh kata baby cuma order beanie jer..Nasib baik baby masih simpan image payment yang dia buat through internet dan bank.

Dia kata nak check..tapi sampai dah pukul 11.00 malam, dia still tak reply message anak aku. Kalau dapat amou ni..mau aku lepuk dengan kasut dan sumbat2 dalam mulut dia tu. Macam la aku ni nak
menipu macam dia. Jangan sampai aku advertise blog ko dalam tenet sebagai orang yang suka kapur duit orang.

Orang macan ni la yang membuatkan orang hilang kepercayaan pada mereka yang menjalankan bisnes online.

Finally berjaya gak kami dapatkan  wanh kami kembali dan of coz blog dia ni dah termasuk dalam black list aku.

Monday, April 7, 2014

AIR, AYAK ATAU AYOR

Cuaca panas terik yang panjang ditambah lagi dengan isu air yang semakin hari semakin serius buat aku terfikir...sampai bila agaknya kita nak menghadap perkara macam ni.

Tapi aku bernasib baik kerana tidak mengalami masalah catuan  air. Pernah sekali kawasan perumahan kami tiada air secara tiba-tiba pon dah riuh sekampung. Belum lagi sampai dua tiga hari.

Teringat masa aku dalam usia 13 tahun dahulu..bila flat kami putus bekalan air...punya ler suka sebab boleh turun naik dari tingkat 4 mengangkut air dalam baldi. Selalunya aku la yang jadik mangsa malah volunteer lagi...Kadang-kadang Yong kakak aku turut sama menolong.

Cuma kalau dalam usia sekarang ni. Mau pecah pembuluh saraf aku turun naik flat setinggi tu. Bawak diri ke atas pun dah kembang setaman lubang idung...ni kan lagi membawak baldi. Mak oi..

Nostalgia tu masih kekal dalam ingatan..rasa meriah plak macam pesta air masa tu bila mengangkat air beramai-ramai.

Sunday, April 6, 2014

ADAKAH ANDA TERGOLONG DALAM ORANG-ORANG YANG ROMANTIK?

 
Apa istilah romantik dalam hidup anda. Pemberian bunga...atau ada hadiah kejutan menanti buat anda seperti makan malam di bawah sinaran lilin...atas kapal lagi tak pun tongkang ker..hihi.
 
 
 
Tak der maknanya romantik ko tu ...kalau setakat bagi bunga, coklat dan bagi kejutan cam tu..mamat bangla atau Nepal tu pun biasa buat..tak banyak mana pun modalnya. Itu yang korang istilahkan romantik.
 
Dengor sini ya..akak yang dah rasa masinnya  garam terlebih dulu dari korang nak habaq mai...Romantik tu istilahnya bukan boleh dilihat dengan cara begitu aja tapi sifat caring dia yang dizahirkan dengan cara yang lebih bermakna.
 
Contohnya..ketika pasangan anda dalam keadaan sakit atau memerlukan pertolongan. Haa...time nilah ko nak tau sejauh mana ke romantisan dia. Di situlah ko boleh tengok sejauh mana dia sanggup berkorban tenaga dan jugak wang ringgit untuk ko. Bukan semua pasangan sedia diuji sedemikian rupa.
 
Setakat nak bagi coklat...Nampak nau ler hampehnya romantika di amor pasangan ko tu. Kalau dia tak sanggup melaburkan pengorbanan atau "kejutan" yang lebih besar seperti yang aku nyatakan di atas tadi tu...ko pandang ler sebelah mata lelaki camni yer...
 
 
Syabas kat hubby aku kerana berjaya melepasi ujian di atas ....No candle light dinner. ..no flower tapi romantisnya dia hanya aku yang tahu....
 
 




HILANG DI MATA DI HATI JANGAN...

Harimau mati meninggalkan belang..Manusia mati meninggalkan nama. Nama kita akan diingati sampai bila-bila walaupun kita tidak lagi wujud di dunia ni. Tu bergantung jugak pada keperibadian kita sewaktu hayat di dunia.

Siapa jugak yang mengenali kita akan ingat budi yang penah kita berikan. Biar pun sedikit, namun jika pertolongan yang diberikan itu ikhlas, ianya akan tetap menjadi ingatan sampai bila-bila.

Hari ini aku mendapat khabar berita tentang perginya seorang lagi hamba Allah yang merupakan salah seorang dari ex-bos kami. Subhanaullah..orangnya semasa hayatnya begitu humble dan tak pernah membezakan kami staffnya. Penah aku lihat dia memberi salam pada salam seorang cleaner kami sewaktu berselisih jalan.

Muga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman....biarpun dia meninggalkan kami semua namun budi baiknya tetap akan kami ingat sampai bila-bila...Al- Fatihah buatnya..

BERGAYA DENGAN CREDIT CARD

Swap..swap dan swap kad kredit time nak membeli belah. Tak kura lah walau di mana kita berbelanja. Rasa puas dan seronok bila dapat barang atau benda yang dihajati kan?. Tapi adakah anda rasa begitu bila menerima bill setiap bulan?


Aku perhatikan kebanyakkan yang menggunakan kad kredit ni ialah mereka yang berduit. Tapi persoalannya naper guna kad bukan tunai?. Alasan mereka ni ....bawak duit ni bahaya.

Korang tau tak yang bawak kad kredit ni lebih bahaya berbanding dengan korang bawak tunai. Korang bukan nampak aliran duit yang kuar tapi cukup bulan baru ler nak mengurut kepala memikir nak membayar hutang.


Bagi aku,orang yang berbelanja secara tunai lebih mudah untuk mengawal perbelanjaan berbanding dengan mereka yang menggunakan kad kredit.

Tak der maknanya ko bangga tayang kredit kad bersusun dalam wallet tu tapi hakikatnya ko ler manusia paling papa yang punya hutang keliling pinggang. Tapi tu ler kata orang...BIOR PAPE ASE BERGAYE. Sukati ler yeop....bukan teman yang mayor hutang mike...

MACAM-MACAM CARA NAK MENIPU

Macam-macam cara orang sekarang ni mencari duit. Cara halal tu tak per la jugak..tak kurang jugak yang menggunakan cara nenipu orang.

Adalah sorang hamba Allah ni call aku. Katanya pejabatnya di Rawang. Aku terpilih memenangi set perabot jati sebab katanya tak der rekod buruk masa membeli peralatan elektrik.

Tengkorak dia! For your olls info..enak aku penah terima call yang sana atas nana arwah ayah. Dia wakilkan adik aku untuk pegi ke sana. Macam yang yang aku agak, mereka memaksa adik aku membeli barangan lain sebelum mengambil hadiah yang dikatakan.
Untung adik aku ni tak termakan penipuan 'lanun' ni dan terus beredar.

Aku katakan pada perempuan yang menelefon tu yang aku tak berminat dengan hadiah yang ditawarkan. Terus letak telefon minah tu..Kesian ko kan...nak menipu tapi tak cukup ilmu!

So hati2 pada blogger di luar sana, Jangan mudah kabur bijik mata dengan tawaran hebat mereka tu...Semua tu jerat okay!


Thursday, April 3, 2014

SAKIT DATANG TAK DIPINTA


Lama dah sebenarnya aku tak demam selsema ni. Tapi semalam tah dapat virus dari mana tah..keep on bersin tak berhenti di pejabat. Hidung jangan citer la...berair manjang.. Kepala dah start sakit berdenyut- denyut. Still boleh terus bekerja lagi tu.

Time balik...mak oi mencabar kesabaran aku sebab badan aku rasa lain macam..sekejap rasa panas..sekejap lagi mengigil sejuk.Kepala dah rasa sakit yang amat sangat.Alhamdulillah sampai gak aku drive balik ke rumah dengan selamat.

Kebetulan semalam lambat plak balik hubby aku ni.,jam 9 malam baru sampai umah wokay.  Aku tidur tanpa menjamah apa-apa kecuali panadol .

Ingatkan bila bangun okay tapi it's getting worse bila suhu badan aku mencecah 38 darjah...Dengan terhoyong hayang..aku tawakal drive sensorang ke klinik berdekatan dengan rumah.

Ni..baru bangun dari tidur..lepas menelan ubat. Hidung masih berair..badan masih panas..dengan tekak yang perit..camner nak keja sok ni?.. MC aku sehari jer doktor bagi...huhu.

Terfikir aku camni ler rasanya orang-orang tua yang tiada keluarga duduk menahan sakit  sendirian...Datang ler cengil aku tu....uwaaaaah!!!!

Tuesday, April 1, 2014

BEZA DULU DENGAN SEKARANG

Kalau nak dibezakan masa baru kahwin dengan sekarang ni...memang banyak bezanya. Kalau dulu dua-dua malu2 kucing..Pendekata menjaga tatasusila gitew.

Nak makan pun kena tunggu couple..kalu tak tu cam tak der selera makan. Cuba kalau sekarang...asal lapor jer..lupa dah laling tak balik lagi..terus ngap. Tak kuasa nak tunggu2..kang gastrik kang sapa yang susah...akak jugakkk.



Dulu kalau tengah berdua tu tetiba hubby terkentut...siap cakap sorry lagi. Cuba kalau sekarang! ber das2 bunyinya cam meriam buluh. Huh! lagi aku marah..lagi ler kuat tembakan das tu kedengaran. So pasrah jer lahhh...Lari dari situ atau tutup serombong kapal aku.

Baru kahwin..kalau boleh simpan..simpan tu!

Ni hubby aku yang cakap yer...Dulu kalau masuk bilik tidur bau pewangi lavender menusuk hidung. Tapi sekarang...bau minyak angin dia lagi kuat sampaikan tenggelam bau pewangi tu..Aku maintain okay dengan bau bedak dan losyen pewangi..Puji jangan tak puji...harus!

                                                Buat jiwa tenang ketika tidur dibuai mimpi

Apa pun..kemesraan suami isteri tu tetap kekal. Bergaduh tu biasa ler..asam garam rumahtangga kan. Tu pun sebab hubby aku ni kuat menyakat dan aku plak cenggil bebenor..