Thursday, September 17, 2020

KESIBUKAN MENJELANG MAJLIS....

Alhamdulillah wedding card Abang dah ready!..even both of them yang pilih warna kad tersebut ..still kena monitor gak ayat2 yang tertulis di kad tersebut. Bukan apa bimbang ada info yg tertinggal..

Makin hampir harinya ..makin berdebar plak aku rasa. Mana taknya..dulu datang sebagai tetamu jer, sekarang aku yang menjadi tuan rumah majlis perkhawinan ni. Harap2 semuanya berjalan lancar walaupun PKP masih berterusan.

Nampak mcm senang jer orang yang arrange wedding ni kan but I tell you..untuk event sendiri (terkecuali la yang semua wedding planner buat yek)..semput wehh.. Mana nak cari doorgift..nak beli assessoriesnya .. nak decorate lagi. .nak pack lagi..Huh! caya tak semua doorgift tu kami decorate sendiri dua beranak which I and gegirl yang tonggang terbalik menguruskannya. Hubby aku..hehe! jadi mandor wokay..Abang aka bakal pengantin lagi setakat tolong apa yang patut..peh tu hilang masuk bilik zzzz...

Tapi apa pun keseronokan tu tetap ada sebab semua ni hasil tangan kami berdua. Begitu jugak dengan bunga telor..Puas hati bila tengok hasil keras tangan kami yang tak punya bakat seni ni..Boleh je beli yang dah siap tapi hati tak berkenan atas alasan sama dengan orang lain..Boleh?

Ni tengah nak menulis dan menghantar kad undangan buat kengkawan dan saudara mara. Harap sangat mereka boleh meluangkan masa untuk datang memeriahkan lagi majlis tersebut. Yang lain semua dah ready..hanya menunggu baju nikah si Abang dan baju-baju kami anak beranak untuk disiapkan..