Wednesday, July 31, 2013

SAPA KATA SENANG JADI ORANG SENANG?

Kalau tengok dari mata kasar, orang luar mungkin fikir begitu mudah untuk aku berjaya malah ada yang kata kemewahan yang aku perolehi ni mendadak jer dapat nyer cam hujan emas turun dari langit. Statement cenggini tak perlah lagi..ada yang main gurau kasar lagi dengan aku.."ko beli toyol ke"? Amboiiii tak sayang mulut ko !

Sapa kata mudah?? Meh sini! ko tengok hidup aku..memang ler ko boleh cakap gitu tapi aku ni yang merasakan jerit perihnya nak mengumpul reta Ismet Ulam Raja ni jer yang tau camner sakit nyer.

Dari mula naik turun bank mendapatkan loan hinggalah kepada pergi balik berjumpa lawyer semua aku dah lalui. Tu belum lagi bab buat umah ...nak monitor lagi kerja-kerja pembinaannya, nak memilih jenis2 tiles dan tah apa lagi ler yang aku buat. Dah macam mandor jer aku waktu masuk ke kawasan pembinaan tu...

Masalah tak gak selesai...bila dah terdirinya umah, masalah2 lain plak berbangkit. Kiranya muka aku ni dah famous kat MPS tu...gara2 kenaikan cukai pintu yang mendadak naik. Nak protes ler kononnya...ada rezeki depa pertimbangkan untuk reducekan sket. huhu...Tapi serius aku cakap, so far aku tak penah miss bayar cukai pintu ataupun cukai tanah yer.. Nak menjaga nama baik kononnya...


Tak kisah ler di mana kedudukan anda sekarang. Yang penting, kalau anda ada kemahuan untuk berjaya, berusahalah dengan gigih. InsyaAllah ..berkat usaha dan rezeki yang halal, semuanya akan dipemudahkan Tuhan...

Sunday, July 28, 2013

KASIH YANG BERTAUT KEMBALI

Sweet nyerrrr....bila baca kisah Dato' Hattan kembali rujuk dengan isteri pertamanya. Siapa sangka kan..dalam jangka waktu yang begitu panjang, mereka dipertemukan semula.

Bagi aku, sekali pun tiada jodoh antara pasangan tu, jangan lah terbit permusuhan. Percaya pada ketentuan Ilahi yang telah menetapkan jodoh kita sejak azali.

Mungkin hari ini kita kecewa dengan perpisahan yang terjadi. Tapi yakinlah bahawa Allah akan memberikan yang terbaik untuk kita.

So..tak perlu bengkak-bengkak mata dan frust menonggengenangisi perpisahan yang terjadi. Tanganilah hidup ini dengan fikiran yang matang dan sikap yang positif.

PEMBAZIRAN TANPA SEDAR

Kengkawan ofis selalu kata aku ni pandai budger perbelanjaan aku. Orang keja bahagian kewangan ler katakan. Sebenarnya aku sendiri tak rasa gitu.alah kenkadang tu lagi teruk bila sesuatu yang beria-ria aku beli tapi sudahnya tak pakai dan guna pun.

Raya tahun ni, awal-awal aku dah plan nak baju raya paling banyak pun 2 helai jer..Tup-tup boleh kesasar plak bila teruja tengok jualan baju raya yang cantik2. Sebenarnya aku salahkan hubby aku gak sebab masa membeli tu, doa tak remind aku pun...asyik dok angkat ibu jari ( tanda ok ler tu) masa aku tunjuk baju tu kat dia. Amik ko! samapi kat umah, kira punya kira....5 helai baju raya aku. Tu tak campur lagi dengan kain ela yang belum ditempah ada 3 pasang yang direject oleh tailor dek kerana tempahan penuh!

Diam2 aku pujuk hati ni...tak per..tak rugi pun aku beli...sebab sumer aku pakai..(walaupun dalam hati ni sesal tak sudah) huhu...Pada korang yang belum bershoping tu, kawal perasaan tu ...cam hubby aku kata...isteri dia ni bukan nya accountant tapi engKAUT! 

FESYEN YANG TAK KENA PADA TEMPATNYA

Jangan jadi mangsa fesyen! Mangsa yang camner tu? Sapa yang menjadi mangsa?. Banyak plak tanya nyer yer..Meh kita tengok apa yang dikatakan mangsa fesyen ni.

Maknanya lebih kurang ler yer... bila kita bergaya tak kena tempat dan situasi pada masa tersebut. Korang penah tengok tak orang pakai tudung tapi pakai pakai suar pendek atau pun suar legging siap pakai baju pendek lagi. Kalau body slim tu...ya ampun ler lagi ( tu pun tak menepati ciri-ciri Islam.

Selalu gak akak tengok, wanita yang pregnant ni pakai baju ketat terutamanya di bahagian perut. Apa motifnya tu yer?. Nak nunjuk yang awak tu pregnant ler? Lorr...tak heran pun orang..mengutuk lagi ada..Kalau aku...aku kesian kat anak dalam perut dia tu..mesti sesak nafas baby tu. Aku tengok pon cam tak ler bernafas...


Tambah lagi di bulan Ramadhan ni, elakkan ler memakai pakaian yang menjolok mata. Menambah dosa sendiri dan mengurangkan pahala puasa orang yang melihatnya jer.

Boleh kalau nak seksi..tapi depan suami jer lah ya...dapat pahala lagi...

PERKARA YG DITAKUTI WANITA

Semua perempuan dalam dunia ni inginkan kesempurnaan pada diri mereka kan?. Sebab itulah, kaum perempuan ni sanggup buat aoa saja asalkan diri mereka kalau boleh perfect 100% di mata ramai. Sebsb tu lah, kaum hawa ni cukup takut dengan perubahan seperti di bawah :

1)     Berat badan naik bagai dipam2.

Ni kes biasa ler terutamanya  lepas bersalin. Anak baru sorang tapi spare tyre udah macam pelampung. Ni ler satu punca naper suami beralih arah mencari arah. Masa bercinta, saiz pinggang mak oi! 24...tapi lepas kahwin, angka tu jadi terbalik jadi 42!. Tu belum lagi kes sambut laki balik keja dengan bedak Tanaka yang menjadi rebutan wanita sekarang...

2)     Tua sebelum waktunya.

Tang ni perempuan cukup takut...bila berdepan cermin, tetiba menjerit cam orang histeria. Nak tau naper? Hanya kerana dia nampak sehelai uban di kepala. Tu belum lagi dengan kedutan tang mata dan tempat2 yang sewaktu dengannya.

Mula ler mencuba segala jenis produk kecantikan yang kononnya boleh menghilangkan kedutan. Tak pon cucuk botox ! konsepnya...Mana mau nyer yong...Dah fitrahnya manusia akan melalui jugak usia tua ni.

So apa pon yang dah ditetapkan buat kita terima jerlah dengan redha yerrr.....


Tuesday, July 16, 2013

KUIH! KUIH!

Puasa baru beberapa hari..tapi kuih raya dah berbondong2 korang beli..Macam mengalahkan nak buat rumah terbuka. Sana hambik sikit..sini pun ko order sikit. Sudah nyer...penuh satu meja dengan kuih muih. Tu belum masuk lagi ketupat rendang.

Ni nak cakap sket pasal korang yang suka no membeli kuih kat luar. Memang ler kalu tengok sekali imbas, kuih raya tu punya ler cantik..Macam2 sampai naik juling bijik mata tak tau nak pilih yang mana satu. Sudah nya borong semua...Bila time nak merasa...ha! ha!ha! padan muka sendiri kan...rupanya kaler dan bentuk kuih je lain tapi rasanya sama...

Kalau biskut conflake contohnya le nyer...banyak tepung dari conflake nyer. Tu ler dia.. Samada orang yang jual tu tak tau buat kuih atau memang dia nak untung berlipat ganda. Aku penah ada experience cam tu... Sedih tau..beli mahal-mahal, alih-alih kuih tu rasanya semua sama...Kalu dekat tu..aku dah pulangkan balik kuih-kuih tu.


Korang perasan tak harga kuih tahun ni mahal giler. Eh aku pun dah pandai guna perkataan giler ni...! memang naik mendadak..Setengah kuih kuantitinya  makin berkurang berbanding tahun lepas tapi rega tetap naik.

Tiap-tiap tahun aku berangan nak buat sendiri kuih raya. End up nyer tempeh gak...tapi yang pasti aku tak kan beli yang merata2 tempat sembarangan sebab dah penah terkena dulu. Cayer tak kalu aku kata, bab beli kuih raya ni dah jadik tugas hubby aku dah. Dia yang rajin ngoder kuih raya....

Selamat membeli kuih raya yer korang....

CINTA SEBELUM VS CINTA SELEPAS KAHWIN

Tetiba kuar topik panas cenggini plak yerr..Dah pukul 11malam tapi mata ni masih tak mau gak lelap. Tengah tergolek-golek atas katil, aku belek-belek majalah mengenai artikel tentang perkhawinan dan percintaan ni. Sajer nak kongsi dengan korang topik panas ni.

Cinta sebelum kahwin
Of coz ler manis macam gula. Masa ni..semuanya indah. Sikit pun ko tak nampak buruk pasangan ko tu. Pendekkata kentut dia pun wangi dan indah jer bunyi nyer (iyer ker?..sebab hubby aku simpan kentut dia masa bercinta dulu).


Masa ni kalu ko merajuk...punya ler syok sebab ada yang tukang pujuk..merajuk ler berapa kali pun...dia tetap setia memujuk.


Time birthday...ni time yang paling seronok sebab ko leh mintak jer apa barang ko nak hatta nyawa dia sekali pun...mesti dia bagi.

Bila berjauhan...rasa terbayang-bayang, rindu semedang. Pandang pinggan makan pun nampak muka dia, toleh ke kiri kanan pun ternampak wajah dia. Paling teruk tu, mandi pun waterproof cam mascara gitewww....


Telefon jangan cakap ler..kalau boleh setiap 1 minit ko nak dengar suara dia. Soalan yang sama gak yang ko tanya dan yang heran tu, dia tak penah jemu-jemu dengar soalan yang sama. Paling kelakar badass tu bila memasing tak nak letak telefon dulu...Sayang nak letak konon...Porrrrahhhh!

Cinta selepas Kahwin

Kalau dulu ko dengan dia memasing simpan kentut...dah kahwin ni..amik ko! main lawan kentut sapa paling kuat plak..bunyinya cam berbalas pantun plak...Kik! kik!

Merajuk? Mati kering ler ko situ..tak kan dia pujuk. Mengalahkan budak dalam buai lagi nak merajuk ! Sendiri ler ko pujuk hati yag lara tu yerr...Nasib ko ler labi....

Birthday present! Hello..jangan nak suker sangat yer. Tak de makna ko nak berpresent2. Paling2 pun dia bawak ko makan kedai makan mamak dekat umah jer...Tun pun duit ko yang kuar gak..(Nasib baik tang ni aku tak masuk group korang) Wakaka....

Lepas kahwin ni..of coz ler hari2 korang dok pandang muka couple korang tu kan? So..mana datang nyer rindu tu...nyampah ada ler kalau dah hari2 dok menempek dekat ko kan?. Kalau kata suami ko out station..cam raya hindu ler korang yer...leh shopping sakan tanpa gangguan. Tak semengah!

Sama gak dengan telefon ni. Asal yang penting jer...sajer ko nak merengek gediks kat telefon tu..pakal kena sound ler dengan hubby ko nanti."Buang tebiat apa awak ni!" Nak ker ko terima ayat maut cam ni dari hubby ko?.

Apapun..kesimpulannya, samada dalam percintaan maupun perkhawinan, cubalah kekalkan keintiman dan kasihsayang korang suami isteri tu yer. Cuma satu jer kat atas tu yang aku tak gemor tapi masih di kekalkan hubby aku sampai sekarang...telefon!. Bukan hal penting pun...cuma nak tanya sibuk ke?. Selalu aku jawab..Tak aihhh...I kan ke CEO company ni...tengah goyang kaki ni...Hubby aku pun cam biasa.ler, gelak terbahak2...













Thursday, July 11, 2013

AHLAN WASHAHLAN YA RAMADHAN ...

Hiii...salam bersiaran bersama akak....Lama tak buka blog diary hani ni..Kalu mau berkulat dah tumbuh macam2 spesis kulat dah.. Diam tak diam udah masuk bulan ramadhan kita kan?

Tahun ni excited nak tambah amal berbanding tahun lepas ..Manjang tuang solat tarawih. Tapi tahun ni..selagi boleh aku berusaha untuk menjadi "tetamu Allah" di Masjid bersama suami dan anak. Hari pertama memang meriah sangat..berpusu-pusu orang datang hinggakan sampai ke perkarangan masjid penuhnya. Alhamdulillah seronok kalu hari2 camni kan.

Tapi keseronokan tu cam terganggu gak bila ada segelintir jemaah membawa anak2 kecil ke masjid. Memang ler tak salah malah digalakkan untuk kita ibubapa mengajar anak2 mendekati masjid. Tapi mereka bukan diajak bersolat tapi berlari ke sana sini mengganggu para jemaah yang sedang bersolat.
Sampaikan satu masa tu ada sorang makcik ni dipijak kepalanya ketika bersolat sunat.

 

Harap ler sangat kat korang kat luar sana, kalu ada anak2 kecil tu, tak payah ler bawak ke masjid. Kalau tak der sapa nak menjaga, memadai ler bersolat di rumah jer. Kita  nak ke masjid untuk menambah pahala tapi in that case dah membawa ke dosa bilamana perbuatan kita tu menyebabkan hilang nyer kyusuk jemaah nak bersolat.

Aku jer contohnya...masa anak2 kecik..memang tak berani nak bawak memandangkan abang waktu tu hyperactive. Mau dia plak ganti Imam dok  depan saf...

Tak terlambat rasanya nak wish u olls Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak...Muga Ramadhan kali ini bukanlah ramadhan yang terakhir buat kita...sekiranya memang dah tersurat ia adalah yang terakhir..biarlah ia menjadi Ramadhan yang paling terindah dalam sejarah hidup kita.