Monday, June 27, 2011

RAHSIA MENJADI SEORANG WANITA YG BAHAGIA

Selalu kita tengok ada wanita yang banyak masalah tapi dia kelihatan sangat bahagia seolah2 tak ada gejolak masalah dalam dirinya. Tentu kita hairan kan mengapa wanita seperti ini bisa hidup tenang dan tenteram.

Wanita seperti ini selalu berpijak di bumi nyata...tidak lari dari masalah sebaliknya menanganinya dengan berhemah. Dia selalu berfikiran positif dan yakin akan kebolehan dirinya bahawa setiap musibah yang Tuhan berikan itu sesuai dengan tahap kesabaran dan ujian tersebut juga akan dapat mematangkan dirinya.

Wanita seperti ni biasanya berjiwa lembut dan tidak mudah melenting dengan gosip liar di sekelilingnya...Boleh ke korang cam dia ni...Cool ajer..bila ditohmah macam2 malah ditikam dari belakang..Try test tengok!

Kebahagiaan wanita ini terletak pada kesederhanaan gaya hidupnya. Malah dia selesa dengan cara hidup yang tidak terlalu bermewah2 apalagi untuk bersaing sesama wanita disekelilingnya. Bukan cam korang...pantang tengok orang beli handbag branded ..mula ler balik "nyanyi" kat telinga hubby masing2 dan compare financial hubby tu dengan org lain.

Apa pun..untuk jadi wanita yang bahagia..kenalah terima seadanya apa yang telah Tuhan anugerahkan pada kita.

Sunday, June 19, 2011

THINGS TO DO!

Bila tengok balik jadual dalam diary aku...mak oii rupanya banyak benda aku kena selesaikan. Semuanya aku tulis dalam jadual sebab alamat terlupa ler aku nak follow up mende2 ni semua kalu semuanya aku frame dalam kepala otak ni jer.

Antara perkara2 yang telah selesai dan akan aku buat dalam jangkamasa terdekat ni ialah:

1) Menukar meter air di kedua2 rumah sewaku. So far so good kecuali umah yang 3
tingkat tu ada masalah sket. Tekanan air kat area tu agak rendah. Sedang
diusahakan.

2) Mendapatkan quotation bagi membuat awning di rumah sewa terbaruku. So sapa2 ada
contact dan boleh bagi reasonable price..boleh cuba hantar kat aku yer.

3) Dalam proses menyaman kontraktor rumah aku ni atas kegagalan menyiapkan rumahku
mengikut jadual yang ditetapkan. Kerja2nya pun tidak memuaskan hati ala2
kategori hampeh dan enggan meneruskan kerja meskipun wang dah diterima lebih
dari yang dijanjikan.

4) Sedang berusaha untuk memujuk makcikku untuk menjadi saksi kepada penjualan
tanah pakcik kepada arwah Abah. Harap2 makcikku tak berpaling tadah.

5) Mendapatkan plan rumah dan bentuk yang dikehendaki untuk renovate rumah kami.
Punya ler lama benda ni aku peram...sebab tak mau tergesa2 buat pilihan
kononnya...

6) Modified keta Abang untuk dia bawak balik ke Kuantan nanti. Kena ler make up
sket dan touch up apa yang patut...Kereta aku pun tak tukor lagi tintednya..huhu

Weh..Kalu aku listkan semuanya, tak cukup column plak nanti. Apa yang penting sekarang, kenalah aku selesaikan mengikut priority. Nampak mudah..tapi nak menyelesaikan nyer tu...sehari tak cukup tau!

SUNYI TANPAMU....

Hari Bapa hari ni tak memberi apa2 makna buat kami adik beradik. Kalau dulu aku celebrate Abah dengan membawanya makan2 di luar, tapi kali ini aku meraikan bersamanya di pusara dengan linangan airmata kerinduan. Hari ini 22/6 genap 2 bulan sudah Abah bersemadi di sana.

Setiap kali aku ke pusara tu..setiap kali aku berjanji pada diriku bahawa aku tak kan menangis lagi tapi setiap kali terlihat pusaranya..hati aku diruntun sedih. Aku tau Abah tentu tak suka jika melihat aku dan adik2 menangis.

Penah sewaktu aku dan adikku Diana mengurut Abah...kami menangis bila melihat keadaan Abah yang semakin hari semakin susut badannya akibat rawatan kimoterapi. Abah marah dan berkata, "Kome jangan menangis..Abah belum nak mati lagi . Waktu tu aku rasa amat bersalah kerana memaksa Abah menjalani rawatan tersebut walaupun berkali2 Abah menolak. Aku lakukan atas rasa kasih pada Abah dan demi untuk kesihatannya tapi Abah sanggup lakukan kimo demi kerana memenuhi tuntutan dan permintaan anak2.

Sewaktu kami kecil, kami amat takut dengan Abah kerana dia amat tegas dalam mendidik anak2. Jarang sekali kami berbual apatah lagi meminta pendapat kami..Tapi bila dewasa dan dah berumahtangga, hubungan kami memang rapat malah Abah sering memberi kata2 semangat untuk anak2nya dalam apa jua bidang yang kami ceburi.

Sedar tak kengkawan...kita sering rasa takut pada orang tua kita..takut dimarah..takut dipukul TAPI ibubapa kita tak pernah rasa takut untuk melindungi anak2 mereka hatta dengan nyawa mereka sendiri...

Friday, June 17, 2011

KESUKAAN ABAH....

Pepatah ada mengatakan Haiwan mati meninggalkan tulang..manusia mati meninggalkan nama. Memang tepat apa yang dikatakan malah boleh dikatakan Abah kami meninggalkan lebih dari sekadar nama..banyak memori sepanjang bersamanya yang hingga kini masih segar dalam ingatanku.

Tanggal 22/4/2011 tempoh yang belum cukup lama untuk aku melupakan kepedihan dan kerinduan atas kehilangan Abah. setiap kali aku kerumah emak, masih kelihatan barang2barang peninggalan arwah (aku tak suka menggunakan perkataan ni sebenarnya) dalam rumah tersebut. Baju T merah tua kesukaan abah masih tergantung di dalam bilik tidurnya. Lebih mengharukan aku...bila emak menggantung gambar Abah yang di print melalui komputer. Kalu mak rindu..mak tengok ler gambar dia katanya...Sebak dada aku waktu mendengar kata2nya.

Korang tau...walaupun dah hampir 2 bln abah pergi, aku mash lagi tak boleh melihat benda2 kesukaannya ketika dia masih ada. Waktu kami bawa berubat secara tradisional di Kampar dulu, abah beria2 nak sangat makan biji buah teratai. Merata2 kami cari...sanggup berpatah ke belakang semata2 mencari buah tersebut demi memenuhi hajatnya.


Sepanjang waktu Abah sakit tu..hanya air 100 plus sahaja yang boleh diminumnya..Berbotol2 ler kami spare stok dirumahnya untuk bekalan dia. Waktu dia meninggal tu, aku buang baki 2 botol lagi yang tinggal kerana rasanya airnya pun dah berubah dan aku tak sanggup melihat hatta botolnya sekali pun!.


Abah juga punya bakat memasak meehun goreng paling sedap penah aku rasa setakat nih. emak pun tak leh lawan masakan dia. Selalunya meehun gorengnya tu adalah diantara hidangan istimewa kami dipagi raya. Tahun ni...kami akan merindui masakan meehun Abah...


Sesuai dgn kelembutan keperibadian Abah...dia suka pada warna hijau sampaikan motornya pun warna hijau dan kalau beli baju untuk cucu2nya pun wajib warna hijau. So, kami decide nak buat batu di pusara Abah nanti dengan warna kesukaannya iaitu warna hijau gak.

Cukup lah tu...mata aku dah bengkak menangisi saat2 indah bersama Abah ni...

Tuesday, June 14, 2011

ADIKKU...SAHABATKU



Kalau kita dilanda masalah..seringkali kita akan mencari seseorang utk mengadu nasib dan berkongsi masalah kita dengannya. Mungkin orang tu..rakan kita, atau pasangan kita atau mungkin juga korang selesa berkongsi masalah dengan sapa saja.

Bagi aku..setiap kali aku dilanda masalah atau pun nak berkongsi kegembiraan..orang pertama yang aku cari ialah orang sebelah aku di atas ni...adik kesayangan dan teman gaduh aku setiap hari. Sejak dilahirkan...aku yang menjaganya hinggalah dia dewasa. Kini..dia jadi tempat aku mengadu apa jua masalah.

Mungkin aku serasi kot dengan adik aku yang sorang ni sebab dia amat memahami isi hati aku. Mungkin juga kerana kami sama2 cengil kot. Kalu jumpa jer..bercerita tentang kisah sedih..sama2 menangis terisak2 dan kemudian sama2 ketawa.. Kepercayaannya terhadap aku tu melebihi 100% hinggakan penama KWSP dia pun letak nama aku.

Bukan senangkan untuk kita meletakkan kepercayaan pada seseorang...?. seperti arwah Abah yang sering dikhianati rakan2 baiknya sendiri malah adik beradik pun tergamak menipu dia yang sememangnya seorang yang lurus hati. Bagi aku...adik aku ni punya keistimewaan sendiri yang Allah anugerahkan padanya. Keperibadiannya buat aku yag tengah marah pun boleh cair dan sejuk hati bila mendengar kata2nya.

Muga Allah kurniakan rezeki yang melimpah ruah buatnya kerana aku tahu dia mempunyai juga ciri2 dermawan seperti arwah Abah yang tak pernah lupa membantu orang yang memerlukan...AMIN...

PETANDA APA SEBENARNYA


Semalam waktu di pejabat, lebih kurang pukul 8 pagi, kami dikejutkan dengan gegaran kecil. Time tu, aku tengah berdiri manakal rakan2 lain duduk. Kecoh gak ler masa tu sebab gegaran tu berlaku sebanyak 2 kali.

Officemate ditingkat bawah dan 1st floor dah siap2 lari keluar siap menjinjing handbag lagi. Yang kelakarnya tu, kami yang ditingkat atas relax semedang..aku dengan officemate sorang ni siap gi breakfast kat pantry lagi. "Apa2 hal..kita makan dulu..kang jadi apa2 kita dah ada "bekalan'". Aku cuba buat lawak bodoh dalam pantry tu. Memang tengah lapor pun masa tu beb..Ngeh! Ngeh!.

Kawan aku yang sorang lagi tu..cam tak de apa2 berlaku walhal dia yang mula2 sedar gegaran tu...siap tengah touch up make up lagi masa aku bagi tau..dorang kat tingkat bawah dah lari keluar bangunan.Ayat dia..kita kena lari ke? Ek elehhhh...

Tu baru gegaran kecik dah kelam kabut dibuatnya..belum lagi kiamat tu!. Bila dengar news, barulah tau gegaran tu berlaku di Sumatera Utara yang dapat dirasai hampir 300 kilometer ke Semenanjung Malaysia termasuk Perak, Melaka dan Selangor..

Bayangkanlah...disebalik kejadian alam yang berlaku ni..ada petunjuk yang mungkin sebagai amaran untuk kita makhluk dibumi ni...Sama2lah kita mengambil iktibar di atas kejadian tersebut..

Sunday, June 12, 2011

HUBBY JATUH CINTA LAGI?


Sesuatu yang menakutkan bagi kaum isteri apabila sang suami yang makan sepinggan..tidur sebantal..tetiba jatuh cinta lagi. Bukan jatuh cinta dengan sang isteri ni tapi dengan orang lain..

Apa agaknya perasaan korang kalau suami anda tika ini dilihat seakan dilamun cinta?. Ngeri bunyinya tau!. Tapi itu tak mustahil berlaku bila cinta antara pasangan suami isteri tu semakin pudar dan malap. Persoalannya, camner korang nak tau pasangan korang tu jatuh cinta lagi ke tak?..Sebenornya idak ler sesusah mana...Tengok gerak geri dan perubahan diri dia jer..dah tau ler dia diserang angin cinta.

Kalau dulu suami tu tak kisah pasal penampilannya tapi kini pakaiannya dijaga..gosok sendiri tu...purfume tu jangan citer ler..macam mandi air bunga lebih kurang. Kalau dulu nak gi kerja punya ler malas..sekarang ni kalu boleh sesudah Subuh nak gerak!. Time tengok tv atau time makan pun ..dia berangan sakan. kejap termenung...kejap tersenyum..ca dalam pinggan tu ada bayangan seseorang.

Pendekkata...begitulah kalau sang suami ni dilanda badai tsunami cinta. Tapi AWAS!korang tak tau lagi tsunami sang isteri yang udah ketahuan rahsia curang suaminya!Bila udah ketahuan, usah kata nak gosok baju, gosok gigi sendiri pun belum tentu!.

Oleh itu, para isteri yang sayang banget sama suaminya...hati2 lor! Perempuan di luar sana, kayak buaya yang menunggu mangsa! (Speaking Indon sket!).

DINNER DI TANJUNG LUMPUR



Sambil menyelam minum air!.. Gitu ler kami masa melawat Abang di Kuantan ari tu. Kami merayau2 kat Pekan Kuantan...shopping beli baju Abang...baju wawa dan sempat gak mak nya rembat gaun sehelai..

Tak sangka gak aku..baju2 kat sini cantik giler..Nasib baik ler kan...duit hubby aku selamat sebab aku sakit perut plak time tu...Biasa ler bulan mengambang kan...Memang tak larat langsung nak berdiri lama...rasa cam nak pitam plak.. Sajer jer kan...hubby aku time tu lah murah hati bebenor...tak pe...tak pe..you amik jer..I bayor...


(Sebelum makan...jalan2 makan angin di pantai Tanjung Lumpur dulu..)

Malamnya kami pergi makan di Tanjung Lumpur..tempat di mana restoren ikan bakar yang menghadap laut gitu...Masa makan tu, memang tak ingat dunia...sedap punya pasal. Dengan sotong, udang dan ikan bakar yang dicicah asam asam...perghhhh! mak mertua aku lalu pun..tak perasan..(Memang tak kan perasan sebab tak penah kenal pun....)



Reganya aku rasa mahal sket dari sebelum ni sewaktu kami hantar Abang masuk kolej ari tu. Makan 3 keluarga dengna lauk yang penuh satu meja cuma RM130 jer. Yang ni...cam cekik darah la plak.. Makan cuma 4 beranak harganya RM120..Agaknya depa tau..ni bukan orang tempatan...so aku ni mangsa yang keberapa depa sembelih kot..Tapi tak per lah...nasib baik rasanya aku puas hati..kalu tak...memang aku komplen!

(Ni masa minum petang di kolej yang berdekatan laut gak)

PERUBAHAN DRASTIK ABANG..

Hari Sabtu lepas, kami sekeluarga bercuti di Kuantan sambil melawat Abang di kolej. Sebenarnya hubby aku yang beria2 nak ke sana..Aku tau dia rindukan anak bujangnya tu. Maklum ler tak penah berpisah kan..tapi ego lelaki le katakan..nak ke ngaku?

Sebelum bertolak, kami singgah umah mak dulu. Menangis dia bila kami bagi tau yang kami nak ke Kuantan melawat Abang. Dia rindu katanya tapi memandangkan kesihatannya yang tak mengizinkan..dia tak mahu ikut walaupun diajak.

Kus semangat..terkejut aku tengok anak bujang aku ni...tak sampai sebulan aku tinggalkan, dah susut badannya. Suar jeansnya pun longgar..tapi paling aku tak gemor tu..kulitnya dah cam orang Afrika hitam berkilat!.

Masa tu ler..dia citer kesusahannya..Nak makan hari Ahad, kedai yang berdekatan tutup..so terpaksa ler makan maggie mee. Dah tu, dari kolej nak mendapatkan bus sikit punya jauh berjalan keluar. Tu yang bertambah gelap dah tu!



Bapa mana tak sayang anak kan...finally Abang berjaya gak "melobi" ayahnya untuk mendapatkan keretanya semula!. Mulanya hubby aku terfikir nak belikan dia motor tapi hish! ngeri lak aku bila tengok bebudak kat jalanraya tu bawak motor ala pelesit!

Sewaktu kami tinggalkan Abang tu...tersenyum berbunga2 dia..Suka ler tu...Sebelum datang aku dah masukkan duit dalam akaunnya..tapi balik tu..."Mama...tak de apa2 ke...tangan Acap ni cam gatal2 belah kanan ni...hihi". Terbang lagi duit aku utk anak bujang sorang ni. Tak pe lah kan..janji dia nak belajar.

Wednesday, June 8, 2011

PARAH SAKIT TU..

Penah tak korang lihat personaliti seseorang yang zahirnya nampak normal tapi sebenarnya !. Dengan lain perkataan..otaknya senteng!Orang jenis ni ada di mana2. dia boleh jadi orang yang agak rapat dengan kita seperti rakan baik dan mungkin di kalangan adik beradik kita sendiri.

Orang jenis ni boleh dikategorikan sebagai telunjuk lurus tapi kelingkingnya berkait. Dia akan muncul dengan personaliti yang ala2 baik budi gitu tapi hakikatnya hati orang cam ni hitam. Di fikirannya cuma tau nak menyekat rezeki dan menabur fitnah untuk menjatuhkan musuhnya

Jenis manusia camni sebenarnya perlukan rawatan seebab jiwanya sakit! Ada sesuatu yang terbuku dihatinya yang sentiasa memandang orang sekeliling dgn pandangan negatif. Kesian sebenarnya aku tengok orang jiwa sakit camni. Tapi sebenarnya , ubat paling mujarab utk mengubati penyakitnya ialah dirinya sendiri perlu berubah!

Berusahalah "mencuci" hati tu sebersih2nya. Muhasabahlah diri...tanya pada diri tu mengapa Allah menyempitkan rezekinya dan mengapa kehidupannya tak seperti orang yang lain. Bersyukurlah pada apa yang ada...

Untuk orang yang jiwa sakit "di luar sana" nun...aku ada serangkap pantun.

Suar panjang suar senteng
Dipakai orang otaknya mereng
Tak usah menyalak, tak usah melenteng
Org kat sini bahagia...awak tu jer yg kontang kanting

(Ahaks! ..tergelak akak)

Sunday, June 5, 2011

RINDUKU PADA ABAH TAK BERPENGHUJUNG...


4hb June lepas, dah genap 44 hari abah pergi tinggalkan kami...Sekejap jer rasanya kan?. Hari tu aku pergi ke pusara Abah..melepas rindu. Jadi lah...walaupun sekadar pusaranya yang dapat aku lihat sekurang-kurangnya aku rasa dekat dengan abah.

Walaupun perpisahan tu dah 44 hari berlalu..namun aku masih merindui Abah malah kerinduan tu makin mendalam apalagi saat2 camni aku amat memerlukan sokongan dari abah. Namun aku tau, saat dan tika ini, aku perlu berdiri dan berusaha sendiri tanpa dia di sisi.

Dulu, waktu abah masih ada...apapun masalah akan aku ajukan pada Abah. Dan Abah sentiasa dengan senang hati dan terbuka tangan untuk membantu aku menyelesaikan masalah tersebut.Kini..meskipun sayap ku patah dan bertongkat paruh...aku tak akan mensia-siakan segala tunjuk ajar abah selama ini.

Aku akan buktikan pada Abah yang anaknya ni boleh berjaya sepertimana dia..Insya Allah..aku tak akan keciwakan Abah.

Abah..restuilah aku dan adik2 di setiap perjalanan hidup kami..

Thursday, June 2, 2011

SEKALUNG TAHNIAH


(Princess of NADI gitu...)

Hari ni perot aku ni meragam plak..Ingat tadi bila masuk jer main entrance kat guard house tu..aku nak gi kantin tapi teringat plak ari ni ada majlis keraian untuk Group CEO kami yang baru2 ni dapat anugerah Dato'.Kami staff2 ni dijemput sama.

Ada benda yang aku nak share dengan korang tentang pesonaliti dia ni. Meskipun dia ni orang yang berpangkat tinggi...anak tokeh lagi tu..tapi , tak penah meninggi diri malah tidak menyombong mendabik dada. Satu perkara yang aku tengok tentang dia ni...dia tak berkira dari segi duit malah suka bersedekah.

Penah dia beritahu kami, kalau kita ada RM1, peruntukkan 20sen sebagai sedekah. Maksud dia tu..setiap rezeki yang kita terima tu..untuk lebih mendapat keberkatannya haruslah rajin bersedekah. Tu memang aku setuju 100% sebab aku dah lihat sendiri hasilnya melalui pengalaman aku sendiri. Rezeki kita akan datang berlipat kali ganda selepas tu. Tak caye...cuba ler.

Tapi jangan plak korang mengharapkan setiap kebaikan yang korang buat tu..mesti ada ganjarannya. Ikhlaskan hati untuk membuat amalan baik..Insya Allah pintu rezeki sentiasa terbuka buat orang2 seperti itu.

Tahniah buat Group CEO kami ni...Muga selepas bergelar Dato' ni masih lagi mengekalkan sifat2 humblenya.

HUTANG..MINTAK HUTANG..


Mungkin ramai beranggapan hutang itu perkara remeh temeh. Tapi tau tak korang, kalau dah pandai membuat hutang tu..kenalah gak pandai membayor.Jangan masa berhutang, bukan main lagi janji manismu..sanggup ler terima syarat dan terma segala tanpa memikirkan akibatnya.

Tu sebab kengkadang bila aku dengar citer orang yang umahnya disimbah cat merah gara2kerana berhutang tu...aku tak kesian!. Dah ko tau dia tu lintah darat yang mengenakan bunga berkuntum2..yang ko gi setuju syarat dia wat per??

Along ke Angah ker...dia tu pun cari makan gak.Cuma cara dia ajer membezakan antara halal dan haram. Tak ada giler plak Along tu nak buang duit beli cat dan menyimbah rumah korang kalu tak ada sebab musabab. Yang aku heran tu..kebanyakan peminjam ni plak siap buat report polis lagi..Aku rasa..Along tu yang patut buat report polis sebab korang dah melanggar perjanjian.

Bagi aku ler, undang2 perlu juga dibuat bagi menghukum orang2 yang tidak membayar pinjaman mengikut syarat yang dipersetujui. Tapi sikap sesetengah peminjam ini juga perlu diambil tindakan apabila turut menghukum keluarga mangsa dengan ugutan dan sebagainya.

Bagi orang2 Islam khasnya...hutang tu dituntut WAJIB dijelaskan. Malah jika sipeminjam telah tiada lagi, warisnya perlulah melunaskan bagi pihaknya. So..sapa2 yang rasa2nya ada meminjam tapi buat muka kering tak berbayor tu...berubah ler yer...Jangan sampai nanti amalan baik korang disekat di akhirat kelak hanya kerana
hutang yang tidak dijelaskan.

Wednesday, June 1, 2011

BAJU RAYA

Aku tengah berkira2 ni..nak beli baju raya ke tak? Sebab sebenarnya tak de mood pun nak beraya tahun ni memandangkan kami baru sahaja kehilangan ayah tersayang. Kalu abah ada pun, bagi aku raya ni dah tak happening macam aku kecik2 dulu. Tapi memikirkan aku masih ada 2 orang anak, kesian plak kat dorang yang tak beraya kerana mood aku tu.

Anyway aku sebenarnya teringin le nak buat tema cam kengkawan aku tu. Anak2 tak jadi masalah tapi Ayahnya yang banyak songeh..tak mau pakai baju melayu katanya.. Iyer ler..sebab aku yang suruh kan..cuba kalu be@#%$ tu yang menyuruh...baju labuci bertabur2 pun sanggup!. Kecik hati aku tau bila dia buat perangai cam tu.

Bukan susah sangat pun pakai baju melayu tu..Lain ler kalu aku suruh dia pakai jubah ker...baju samurai ker..mungkin ler malu. Ini baju kebangsaan kita ler.

Tiap kali raya..tiap kali aku berkecil hati dengan dia. Harap2 tahun ni..dia akan menunaikan permintaan aku yang satu ni...