Monday, June 30, 2014

BANGGA DENGAN DIRI SENDIRI

Apalah yang terdaya dilakukan oleh "OKU" cam aku ni selain duduk jer. Tapi tak sampai hati lak tengok hubby aku terkejar-kejar bakij dari pejabat terus menguruskan hal ehwal rumah. Aku plak pantang duduk diam..rimas bila tengok rumah bersepah.

Hari ni, dengan tongkat kiri kanan, aku bertatih ke dapur untuk menyiapkan juadah berbuka posa. Tak ler heavy cuma ikan bawal masak kari dan sayur bayam  tumis air. Hubby aku akan ke bazaar untuk tambah juadah berbuka yang ala kadar jer.

Aku happy sebab walaupun sakit, aku masih mampu jalankan tanggungjawab aku sebagai ibu dan isteri walaupun tak seberapa perfect kan...

Pagi tadi, aku sempat gak berkemas, menyapu dan mengelap sana sini. Kerja yang selalunya aku buat dalam masa yang singkat nampaknya terpaksa aku buat sedikit-sedikit. Almaklum...kuderat tak kuat kan.. Alhamdulillah ..siap gak..walaupun dah 2.3 kali nak terbalika aku tadi..

MALANG TAK BERBAU...

Kata orang malang tak berbau..tau2 ianya di depan mata. Kejadian ni berlaku pada 25/6/2014 lebih kurang jam 6 petang. Waktu tu aku baru sampai di rumah. Dalam tergesa-gesa nak solat, aku teringat ikan di kolam belum diberi makan lagi . Time nak melangkah tu, tah macamnana kaki aku tersangkut di kaki seluar pallazo yang aku pakai masa tu.

 Sakit nyer... memang teramat sakit hinggakan aku tak terkeluar suara. Rasa nak pitam masa tu. Untuk meredakan sakit, aku suruh baby ambil ais batu untuk tuamkan kaki aku tapi sakitnya makin terasa dan tak sampai 10 minit pun, kaki aku dah biru jadi nyer.

Nasib baik hubby aku balik awal . Kami ke Pusrawi Jalan Ipoh untuk pemeriksaan tapi memandangkan di situ tiada kemudahan x-ray, kes aku dirujuk ke Pusrawi Jalan Tun Razak. OMG! patah rupanya kaki akak.. patut ler sakit sangat!





Apapun aku redha dengan ketentuanNya. Mungkin ada yang tersirat di sebalik kejadian ini. Buktinya..aku dapat MC 2 minggu, Susah nau nak cuti kan..kebetulan dah lepas audit ni..rehat ler di rumah. Aku juga bernasib baik sebab hubby dan anak2 mengambil berat tentang aku sepanjang aku sakit ni. Abang sanggup balik dari Kuantan selama 2 hari untuk menjaga aku. So touching...


Friday, June 20, 2014

KUIH RAYA TRADISIONAL

Kuih Goyang (Aku suka tolong mak buat kuih ni)
Kuih baulu

Kuih bijan
Kuih gulung.
Kuih siput

Semua kuih-kuih raya di atas ni ada nostalgia indah masa zaman aku kecik2 dulu. Tiap kali raya, aku di antara kanak-kanak yang excited menolong emak membuat kuih. Kini semua tu tinggal kenangan sebab sekarang ni dah ramai orang yang menjual kuih raya. Tinggal order jer..

Tu yang tak rasa camner meriahnya raya macam yang aku rasa sewaktu kecik dulu.. Rasanya kalau boleh aku putar zaman tu...seronok ikut arwah kakak sepupu aku menumbuk tepung untuk membuat kuih putu kacang..

Thursday, June 19, 2014

PROJEK CAT RUMAH

Dalam kesibukkan bekerja yang tak habis-habis ni, aku masih bersemangat untuk memberi "wajah baru" untuk rumahku sempena nak raya ni. Biasa ler kan...asal nak raya jer nak tukar baru. Tapi aku tak ler rope kome kat luar sana. Asal raya..carpet baru..sofa baru...


Tahun ini aku plan nak tukar cat baru bagi ruang tamu aku. Jemu gak kalau bertahun-tahun mengadap warna yang sama. Terasa hambar bila tengok cat putih dengan wallpaper yang tak ganti-ganti.


Warna Cat Dinding tangga krem

Dari dulu aku idamkan warna yang camni untuk ruang tamu aku..Nampak begitu mendamaikan dan cool jer colournya.

Kaler kat bawah ni, rasenya sesuai kalu letak di bahagian tangga dan di tambah dengan hiasan foto-foto sebagai hiasan.



Yang ni belum terfikir lagi nak cat kaler ni....terang giler!


Kalau Deco bersama eric tu lebih suka dengan hiasan lilin..aku plak suka dengan hiasan cermin. Cermin ni sebenarnya boleh menampakkan ruang tamu kita tampak besar dan lapang. Bukan semua tempat boleh letak cermin yer akak-akak...tengok jugak pada kesesuaiannya.

Apapun, kenalah discuss dengan cik abang dulu sebelum buat keputusan. Ikut aku..sekarang gak aku buat...semangat raya dah datang nih!


Tuesday, June 17, 2014

SPESIS BANGANG !

Tak tau nak mula dari mana tapi aku nak luahkan gak. Soalan cepumas untuk korang ..dalam banyak2 bodoh, bodoh apa yang paling sengal sekali?. Tak tau jawapannya...ngeh! ngeh! meh aku kasik jawapannya...BODOH SOMBONG!. Kalu nak aku kasik contoh pon boleh sebab spesis ni memang ada dekat2 aku ni...

Alkisah. ada ler sorang minah ni..memang tak pandai mana pon tapi suka sangat pandang rendah kat orang. Dia lah yang paling loaded...dia jer la yg boleh melancong luar negeri. Pendekata kalau korang bagi tau baru balik dari oversea, sumpah tonggang terbalik dia tak caye. Di mata dia cam ko ni bangsat sangat la gitu tak berduit.. Lantak ler duit tok ayah dia kan...

Tapi kesabaran aku out of control bila si minah bodoh ni claim kata figure yang aku tulis salah..Dia plak ada hati nak explained kat aku ni sepatutnya camni..camtu...Aku cool lagi tu...aku explain baik-baik .Dia kata tak yah ajar dia sebab dia penah buat benda ni. Aku explain kat dia plak guna bahasa pasar (Mungkin bahasa baku ko tak reti kan)..

Aku dapat rasa minah ni dah faham disebabkan dia dah malu alah dek kebodohan melampau dia yang cam "mencadbury buta" menyerang aku tu tetap nak aku buat cam stail yang dia nak. Kalau dah tajuk form tu dah terang2 tertulis kat situ..apa bangang nyer yang ko minta aku letak lagi note kat bawah tu. Kau nak aku plak nampak bodoh cam kau ker??

Yang aku heran tu ada gak makhluk Allah yang mengiakan ajer apa yang dia kata. Alasan tak nak makcik kepoh ni bising..Peduli haper aku..Setakat nak suruh aku jadi lembu cucuk hidung..tak yah ler employ aku sebagai akauntan. Dah pandai sangat ko tu...apa kata korang letak dia je ganti tempat aku. Setakat nak angkat telefon, bergayut cing! cong! cing! cong!...cleaner indon tu pon boleh ganti tempat ko..

Tu ler susahnya bila terpaksa berurusan dengan orang bodoh tapi berlagak pandai...Nasib baik aku boleh control lagi tangan aku ni dari sampai kat muka dia...Terima kasih Ya Allah..kerana memberi sekelumit sabar kepada aku tika itu...

Sunday, June 15, 2014

TEKNIK MAKE UP MATA

Pengakuan jujur dari aku nih..aku bab make up ni memang simple dan nipis jer. Apalagi nak ke tempat kerja..for sure la very simple make up jer. Tapi aku suka tengok make up mata yang ada kat you tube. Serius cantik ko...


Tips Make Up Mata Sipit Terlihat Lebih Cantik

Teknik make up yang betul boleh membuat mata seseorang daripada sepet kepada mata yang begitu menyerlah sekali. Hanya sedikit kemahiran bermain warna, kekurangan ini dapat disembunyikan.

Kenal pasti bentuk mata anda dan bagaimana untuk membentuknya, terpulang pada anda.
 

BAHANA EL-NINO

Semenjak dua menjak ni...tidur tak lena dibuatnya!Bukan diserang angau yer adik-adik tapi dek kerana bahana elnino yang melanda negara kita buat masa ni.

Bukan hanya malam tapi waktu pagi pon mandi tak terasa dah sejuknya air ni. Hendak plak masa solat Subuh...berpeluh2 akak...

"Ni baru bahang panas di dunia..kat akhirat tu lebih lagi"hubby aku beri kutbah tiap kali aku merungut panas bila nak tidur. Sudahnya pukul 1.00 pagi pun aku boleh bangun untuk ke bilik air untuk mandi. Nasib baik ler tak der bath-up dalam bilik air tu...Mahu jer aku takung dan tidur dalam tu sampai ke pagi.

Sudahnya aku berlenggeng jer...Kalau selalu pakai baju kelawar segala, kali ni aku pakai camisole dan berseluar pendek jer. Camni...ada brani? Apa nak risau yer dak? Hubby aku jer yang tengokkk...

Yang kelakarnya hubby aku kata,, musim elnino ni sama gak musim mengawan..Mana tak nyer..kalau dah sumer isteri pakai seksi cam ni..hubby mana yang boleh tahan maa...Hish! ke situ plak dia...kang angin elnino aku plak yang melanda...

SHARING IS CARING

Tak semua dalam dunia ni boleh kita share dan berkongsi citer dengan semua orang. Bukan saja dengan orang lain tapi dengan orang yang kita kenali dan berhubung rapat juga.

Let say..bila kita beroleh rezeki tak kiralah samada ianya bentuk apa..of coz kita nak share moment kita tu dengan orang lain. Niat di hati tu cuma nak berkongsi rasa kebahagiaan yang kita dapat tapi penerimaan orang lain bukan sama dengan apa yang kita rasa.

Setengah orang tumpang gembira malah bangga dengan pencapaian kita tapi kita lupa bila ada sesetengah pihak mengganggap ianya satu bentuk sifat menunjuk-nunjuk dari kita. Dengan kata lain, dia mengganggap bahawa anda berlagak dengan apa yang anda ada!

U olls..bukalah mindamu luas-luas dan terima semua ini dari sudut positif. Bila seseorang menceritakan kejayaan dan apa yang dimilikinya, anggaplah ianya satu motivasi kepada kita untuk berjaya seperti beliau suatu hari nanti. Mungkin bukan standing dengannya tapi hampir-hampir pun dah cukup membanggakan bukan?

Jangan jadi Melayu yang buta hati dan buta perut yang mahu orang lain mendengar tentang kejayaan dia tapi  mahumalah gembira  melihat kejatuhan orang lain. Jadilah Melayu yang bersatu agar bangsa kita akan turut standing dengan bangsa lain yang jauh lebih maju. Buangkan sifat PHD anda dari sekarang! 

Bangga dengan kejayaan adikku yang satu ketika penah keciwa dengan kehidupannya..



OBSESI WANITA


Sebut aje wanita semua orang kaitkan dengan kecantikan. Memang iyer nyer! tekaan yang tepat tu. Aku sebagai salah seorang wanita yang hidup di muka bumi ni pun suka pada kecantikan. Tapi tidak ler sampai terlalu obses yang keterlaluan..




Cuma satu yang aku tak faham di sini mengapa kebanyakkan wanita obses sangat nak kulit mereka putih?. Memang ler cantik kalu kulit kita putih melepak tapi..tak semestinya mereka yang berkulit hitam manis, sawo matang ni nampak tidak menawan?. Kalau hitam manis tu tak cantik..tak der ler lagu yang memuja si hitam manis ni kan...Ingat tak lagu R. Azmi...hitam manis yang hitam manis..pandang tak jemu..pandang tak jemu..

Maka untuk merealisasikan impian mereka ni..ada yang sanggup berbelanja besar untuk mendapatkan kulit idaman mereka. Paling teruk tu sanggup mencuba pelbagai produk pemutih yang rata-ratanya mengandungi mercuri yang boleh menyebabkan kanser kulit dan pelbagai bentuk kulit yang menakutkan.




DAH START SEK0LAH

Pagi yang ceria..akak bangun bersolat dengan tenang sekali sebab tak peluk tergesa-gesa. 5.30 dah bangun. Hari ni kenalah cepat memandangkan hari permulaan sekolah bermula. Untung baby cepat plak bangun bila dikejutkan..Kalu tak tu..hish liat!

Pagi ni aku berniat di dalam hati untuk Allah permudahkan setiap urusanku dan menjadikan pekerjaanku satu ibadat. Aku bertekad menjalani hari-hari mendatang dengan lebih ceria, cergas dan berfikiran positif menadang hari hadapan.

Muga hari-hari mendatang lebih baik dari hari yang semalam.

Saturday, June 14, 2014

TERGOLEK DI PETANG SABTU

Boring nya Sabtu aku ni!!!. Plan nak berjimba2 nak membuang duit kat shopping complex. Alih2 baby posa plak. Lately ni dia gigih mengganti posanya. Almaklum...ramadhan bakal menjelang.

Bercakap pasal ramadhan, seronok menyambut kedatangan bulan mulia ni..tinggal lagi bab tak seronoknya kena bangun lebih awal untuk memasak. Bab nak mengejutkan baby dan ayahnya satu hal yang cukup aku tak suka sekali. Punya ler payah!

Selalunya syarikat tempat akak bekerja ni akan membenarkan staffnya balik seawal pukul 4.30 petang. Alhamdulillah sempat ler balik kentang kentung kat dapur menyediakan juadah berbuka.

Aku prefer masak dari beli di bazar. Kebersihan terjamin dan yang penting makanan tu hasil airtangan yang lahir dari kasihsayang seorang ibu @ isteri.Tu ler perisa tambahannya yang kalah ajinomoto  untu nenambah kelazatan masakan.


Thursday, June 12, 2014

AIRMATA TURUN LAGI...

Kadang aku benci dengan sikap aku sendiri...sikap mudah sensitif bak kata orang cengil...Tambah lagi di usia yang hampir meningkat ni, lagi ler kuat perasaan cengil aku ni.

2 bulan si abang bercuti..rasanya sekejap masa berlalu. Aku purposely ambik cuti untuk menolong dia mengemaskan barang-barangnya.

Time dia nak bertolak, dia cium tangan aku..aku ok lagi time tu..maintain kebal..tapi bila kereta dia mula bergerak, aku rasa seolah-olah dia membawa sesuatu dalam diri aku..Hati aku...

Mana mungkin seorang ibu tak sedih bila berpisah dengan anaknya..Hanya kerana memikirkan yang abang ke sana untuk menuntut ilmu..aku kuatkan hati yang rapuh ni untuk terus bertahan dan kuat.

Ya Allah..aku dengan rendah hati menyerahkan dia di bawah peliharaanMu. Engkau permudahkanlah setiap langkahnya, semuga dia sentiasa menjaga solatnya...


Tuesday, June 10, 2014

KHASIAT TIMUN YANG KITA TAK TAHU

Bila kita tengok timun..apa yang terfikir dalam kepala ialah buat ulam..tak pun cicah ngan sambal belacan sodap gitew kan?.

Nak share sket dgn korang out there, khasiat timun ni di antranya mengandungi vitamin B1,B2, B5, B6, vitamin C, asid folic,kalsium, magnesium, zat besi dan banyak lagi.

Bagi mereka yang nak membuang selulit dengan cara mudah dan murah boleh cuba cara ni. Gosokkan beberapa potong hirisan timun di bahagian tertentu dan biarkan seketika. Dikatakan bahawa bahan dalam timun tersebut akan menjadikan colagen dalam kulit kita kembali anjal. Untuk sapa-sapa yang dah ada kedutan di muka jugak bagus mengunakan petua ini.

Berita baik bagi mereka yang selalu dok sakit kepala, makan ler beberapa slice timun sebelum tidur. Jika diamalkan, Insya Allah bangun tidur dengan rasa segar tanpa sakit kepala lagi.

Paling aku suka bila timun ni boleh jugak digunakan untuk menghilangkan stress. Caranya potong beberapa timun dan masak didalam air yang mendidih. Kandungan nutrisi yang terdapat dalan timun akan menghasilkan aroma terapi yang dapat menghilangkan stress. Sesuai bagi korang yang 24 jam stress di pejabat dan di rumah.

Tuesday, June 3, 2014

REZEKIMU ATAS KEPAYAHAN ORANG LAIN

Ada banyak cara untuk manusia memperolehi kekayaan dalam dunia ni. Berusaha keras siang dan malam demi untuk mencari rezeki yang halal ATAU memperolehinya dengan cara yang mudah dengan cara menipu dan mengambil kesempatan atas kepercayaan orang lain.dan kedaifan orang lain.

Tapi zaman sekarang semuanya nak jenis segera...mee segera..nak kaya pun nak segera gak. Tak pedulilah samada itu jalan pintas tu haram sekali pun asalkan masyukkk. Tanggung anak bini dengan duit haram tu pun bukan nampak dengan mata kasar..sebab dah jadi darah daging kan???

Tapi korang lupa..pelanduk mungkin lupa akan  jeratnya. Suatu masa dan ketika, sifat keji korang tu akan ketahuan juga. Jangan ingat selamanya orang disekeliling akan bersekongkol menutup penipuan ko tu. Allah Maha Kaya...mungkin musibahnya tak kan terkena balasannya pada diri sendiri tapi ko lupa kan...ko ada anak..ko ada bini...Suatu hari besok..aku berharap agar Allah turunkan musibah pada keluarga ko agar ianya akan membawa keinsafan dan membuka mata insan-insan yang tak hinggat mati  ni.

Kata orang elok kita doakan yang baik-baik untuk sesama makhluk..tapi untuk insan yang useless macam dia ni tak perlulah membuang masa mendoakan dia. Cuma satu jer yang aku nak cakap di sini yang aku tak pernah menghalalkan setiap sen wang ringgit yang aku cari hasil titik peluh keringat aku untuk ko dan anak bini makan.


Sunday, June 1, 2014

HONDA CIVIC ...

Berita baik! Berita baik!....Meh..meh! kita nak citer ni. Keta Toyota vios akak ni dah hamper nak settle instalmentnya...(kasik korang sakit ati @ jealous sket) huhu...Diam tak diam, tik tok..tik tok..dah pun nak settle kan.



Aku ni bab settle hutang paling ler rasa bahagia yang teramat tapi hubby aku bab menambah hutang memang gemor yang teramat nyer dia!. Mulut aku gak yang gatal gi cakap kat dia tentang keluaran Honda civic terbaru masa aku ternampak kat showroom dia ari tu.


Bak kata orang ler cam jatuh cinta pandang pertama tengok rekabentuk dia yang stailo gitew. Kagum la aku sekejap..Salesman tu tengok mata aku yang tak berkedip tu terus dengan ramahnya menghulurkan brocurenya sambil menerangkan tentang keistimewaan kereta tu kepada aku.



Memang ler..tak yah ko terangkan pun aku dah nampak honda civic ni cantik banget!.
Nasib baik reganya riban2. Kalau tak, mau jer aku tepon  hubby aku mintak jam ni gak cam minta dibelikan lollipop.

Tapi satu bonus gak ler kalu hubby aku belikan....Anniversary date pun hampir dah kannnn....

MEH PAKAT BOIKOT CARDBURY

Kecoh satu Malaysia bila satu announcement dibuat yang coklat Cadbury ada DNA "Shikin" (Si Khinzir). Mana tak nyer ..dah bertahun makan berbagai-bagai perasa..yang ada hazelnut katanya... tup-tup kuar berita kata haram plak dah! Apa citer ni.???

Bukan ker sebelum produk tersebut dipasarkan, harus melalui ujian dari pihak kesihatan DAN Paling penting..ianya adalah di sahkan HALAL. Tapi bagaimana boleh kuar citer yang ada DNA babi dalam produk tu??

Memang rasa nak bakar ajer kilang produk tu dengan tokeh-tokehnya sekali!!. Ko ni betul-betul mengkhinati logo HALAL yang kerajaan bagi. Kalau dah teringin sangat nak masukkan minyak babi ker hatta tongkeng babi sekali pun...apa ke jadahnya ko mintak sijil halal tu!Kalau tak taruh binatang kaler pink ko tu..tak cukup syarat ker coklat  ko tu!!!

Aku memang harap sangat pihak yang berkenaan mejatuhkan hukuman yang setimpal dengan sikap khianat si tokeh cadbury ni supaya menjadi pengajaran pada pengusaha yang lain untuk tidak mempermainkan isu yang mengugat rasa sensitiviti umat Islam khasnya.

So..apalagi blogger kat luar sana..Meh pakat ramai-ramai kita boikot produk cadbury ni. Biar tokeh dia cau chin cau!