Sunday, June 15, 2014

OBSESI WANITA


Sebut aje wanita semua orang kaitkan dengan kecantikan. Memang iyer nyer! tekaan yang tepat tu. Aku sebagai salah seorang wanita yang hidup di muka bumi ni pun suka pada kecantikan. Tapi tidak ler sampai terlalu obses yang keterlaluan..




Cuma satu yang aku tak faham di sini mengapa kebanyakkan wanita obses sangat nak kulit mereka putih?. Memang ler cantik kalu kulit kita putih melepak tapi..tak semestinya mereka yang berkulit hitam manis, sawo matang ni nampak tidak menawan?. Kalau hitam manis tu tak cantik..tak der ler lagu yang memuja si hitam manis ni kan...Ingat tak lagu R. Azmi...hitam manis yang hitam manis..pandang tak jemu..pandang tak jemu..

Maka untuk merealisasikan impian mereka ni..ada yang sanggup berbelanja besar untuk mendapatkan kulit idaman mereka. Paling teruk tu sanggup mencuba pelbagai produk pemutih yang rata-ratanya mengandungi mercuri yang boleh menyebabkan kanser kulit dan pelbagai bentuk kulit yang menakutkan.




No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com