Thursday, October 24, 2013

DUGAANKU...

Makin dekat time aku nak berjumba2 ke Indonesia ni..makin ada plak ler hal yang terjadi. Baru2 ni emak sesak nafas lagi..Nasib baik adik aku sempat call dan bagi tau. Masa tu aku just having lunch kat Empire Subang.

Mulanya aku call adik yang bongsu untuk hantar dia ke Pusrawi tapi bila aku call emak sendiri, ternyata keadaan dia memang serius. Nafas dia tercungap2...Aku amik keputusan balik awal dan2 tu gak sebab dah tak boleh concentrate dengan keja..Tah apa2 yang aku buat sumer tak kena...Nasib baik ler dapat bos yang memahami keadaan. Apa lagi..140 km/j aku pecut..Memang berbakul2 sumpah seranah aku time tu pada kereta yang memandu di laluan laju yang ala2 siput Cik Sikin...zir.

Rupanya mak kena bronchitis dan tahap oksigen dalam badan dia menurun mendadak sekali...Lama gak mak kat wad emergency untuk menerima rawatan sebelum dipindahkan ke wad Saadah tingkat 4.Masa ni emak dah cam tak kenal orang...sumer orang dipanggilnya nama aku termasuk ler adik2 misi kat situ yang datang ke katil dia.

Sebak aku bila teringat pesan emak dalam kereta sewaktu dalam perjalanan nak ke hospital. "Kalau nanti nurse tu dah pasang ayat Quran dekat mak macam arwah abah kamu dulu...janganlah korang tinggalkan emak ...." Of coz aku tak tunjukkan rasa kesedihan aku pada dia cuma aku bagi semangat kat dia yang aku janji akan tunggu di sisi dia sampai habis rawatan.

Memandangkan kondisi dia yang tak boleh bangun sendiri ke bilik air..maka aku terpaksa bermalam di wad Saadah bersama emak. Bimbang jika emak terjatuh dalam bilik air seperti sebelum ni. Memanglah tak selesa berbanding tidur di rumah tapi demi emak...segalanya akan aku lakukan untuk dia.

Sekurang2nya aku tidak ler dikategorikan sebagai anak yang "membibik"kan emak diwaktu sihatnya tapi di masa sakitnya..muka pun tak kelihatan malah bagi alasan bodoh yang tak boleh diterima pakai.

Saturday, October 19, 2013

ALWAYS IN MY HEART....

Kata orang, kita akan lebih menghargai seseorang apabila orang tersebut tiada di sisi. Agak2 korang..setuju tak?. Mulanya aku tak setuju gak tapi..bila berjauhan dengan hubby aku hari ni, barulah aku terasa yang  aku sangat2 merasai kehilangan...Bukan pegi mana pun...PD jer ada Staff Trip..

Rupanya baru aku sedar..memang ada sesuatu yang tak lengkap dalam hidup aku ni kalu dia tiada..Rasa macam diri ni kosong tanpa perasaan pun ada gak..Eikk! emo plak aku ni tetiba kann. Selalu tu ada jerr usikkan dia yang buat aku marah..

Terbayang aku perasaan mak yang kehilangan abah teman seumur hidup dia yang dah berpuluh tahun bersama...Ya Allah...bagaimana jika aku di tempat emak ..cuma ditemani anak2 dan menguruskan semuanya seorang diri...Hish! dah makin merapu plak aku petang2 ni...

Hihi...rindu plak aku bau rokok kretek dia yang selalu buat aku tak boleh bernafas tu. Rindu dengan usikkan nakalnya...Rindu segala2nya pada insan yang bergelar suami  sorang ni. Harap dia di sana tidak melupakan aku dan anak2.

Sunday, October 6, 2013

SEKADAR LUAHAN RASA...

Kita selalu terfikir malah berhati2 dalam mengeluarkan kata2 demi untuk menjaga hati orang. Tapi bagaimana dengan orang di sebelah pihak yang satu lagi. Begitu juga ker berhati2 seperti kita atau kebanyakkan nya hanya memikir kepentingan mereka sendiri.

Dalam kehidupan seharian, kadangkala kita bersikap terbuka dalam menghulurkan bantuan kepada siapa sahaja tanpa mengira pangkat dan keturunan. Tapi manusia ni biasanya diberi betis nak kan peha plak. Hari ni kita menghulurkan bantuan maka hari2 yang seterusnya...hamba Allah ni akan seolah-olah "melantik kita sebagai assistant merangkap balaci dia.

Bukanlah nak berkira sangat dari soal kerja dan pertolongan yang diberikan tapi berpada-pada lah kan..sebab kita pun ada commitment memasingkan...Tak kan ler nak entertain ko memanjang...

Rasanya kalau mereka ni buat2 faham...tentu ler rugi kan...so kena ler buat muka tarpal meskipun kita dah buat muka depan dorang ni...

Sudahnya kita ler yang jadik mangsa...Tetiba plak aku teringat lagi Sudirman..."Penyu menangis siapalah tauuu"..





Friday, October 4, 2013

REZEKI DARI LANGIT

Kata orang tuah ayam nampak di kaki..tuah manusia haaaa tak siapa tau kan...Dalam pada sibuk2 nak google tempat2 pelancongan menarik ni...tetiba cam disorongkan bantal ler plak time2 dah nak mengantuk kannnn..

Semalam hubby aku dapat cek pampasan SOCSO. Ingatkan ari tu tak dapat langsung kot..tak look forward pun sebab dah makan tahun jugak ler kes kemalangan dia. Tup2 nahhh! dapat cek ko...Syukur sesangat...




Tak cukup dengan tu..Tuhan berikan lagi rezeki yang berlipat kali ganda bila kedai aku yang kosong
2 buah tu pun dah ada yang booked..Masyukk lagi akak... Tak terucapkan rasa syukur nyer aku dengan rezeki yang diberikan....Dalam hati ...malu sebenarnya dengan Allah kerana sesekali aku cuai dalam mengingatinya namun Dia tetap mengingati hambaNya.

"Apa pun yang Allah berikan samada ianya dalam bentuk kegembiraan atau kedukaan..yakinlah yang Dia amat mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya...."