Thursday, October 24, 2013

DUGAANKU...

Makin dekat time aku nak berjumba2 ke Indonesia ni..makin ada plak ler hal yang terjadi. Baru2 ni emak sesak nafas lagi..Nasib baik adik aku sempat call dan bagi tau. Masa tu aku just having lunch kat Empire Subang.

Mulanya aku call adik yang bongsu untuk hantar dia ke Pusrawi tapi bila aku call emak sendiri, ternyata keadaan dia memang serius. Nafas dia tercungap2...Aku amik keputusan balik awal dan2 tu gak sebab dah tak boleh concentrate dengan keja..Tah apa2 yang aku buat sumer tak kena...Nasib baik ler dapat bos yang memahami keadaan. Apa lagi..140 km/j aku pecut..Memang berbakul2 sumpah seranah aku time tu pada kereta yang memandu di laluan laju yang ala2 siput Cik Sikin...zir.

Rupanya mak kena bronchitis dan tahap oksigen dalam badan dia menurun mendadak sekali...Lama gak mak kat wad emergency untuk menerima rawatan sebelum dipindahkan ke wad Saadah tingkat 4.Masa ni emak dah cam tak kenal orang...sumer orang dipanggilnya nama aku termasuk ler adik2 misi kat situ yang datang ke katil dia.

Sebak aku bila teringat pesan emak dalam kereta sewaktu dalam perjalanan nak ke hospital. "Kalau nanti nurse tu dah pasang ayat Quran dekat mak macam arwah abah kamu dulu...janganlah korang tinggalkan emak ...." Of coz aku tak tunjukkan rasa kesedihan aku pada dia cuma aku bagi semangat kat dia yang aku janji akan tunggu di sisi dia sampai habis rawatan.

Memandangkan kondisi dia yang tak boleh bangun sendiri ke bilik air..maka aku terpaksa bermalam di wad Saadah bersama emak. Bimbang jika emak terjatuh dalam bilik air seperti sebelum ni. Memanglah tak selesa berbanding tidur di rumah tapi demi emak...segalanya akan aku lakukan untuk dia.

Sekurang2nya aku tidak ler dikategorikan sebagai anak yang "membibik"kan emak diwaktu sihatnya tapi di masa sakitnya..muka pun tak kelihatan malah bagi alasan bodoh yang tak boleh diterima pakai.

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com