Monday, August 31, 2015

SPEECHLESS....

Apa sudah jadi..matawang kita dok merundum dari hari ke hari? "Tak perlu risau sebab ada negara lain pun mengalami situasi yang sama..." statement paling selamat dari Menteri kita. Tak perlu risau???. Mau nyer tidak kalau dari dulu RM1 bersamaan USD3.2 tup2 sekarang USD4.21 and it become worse sebab makin menurun seiring dengan tekanan darah akak ni dik..
 
Baru nak plan gi oversea untuk meluaskan bijik mata ni tapi melihat pada perkembangan matawang ni buat akak fikir 1000 kali..Korang mungkin setakat nak jenjalan jer tapi akak plan nak mengabihkan duit...kalau dah gini berapa sangat la nilai RM akak di mata dunia...huhu

Minyak naik...harga barang keperluan pun melambung naik (walaupun Pak Menteri kata harga barang keperluan dalam pemantauan) hehe..pantau jer tapi tak de tindakan apa citer tu??

Mungkin bagi orang yang bergaji besar, semua ni tak banyak menjejaskan poket mereka yang cukup tebal tu tapi bagaimana dengan rakyat yang bergaji kecil..dengan anak yang ramai. Tu belum disebut lagi permasalahan yang lain. Terfikir tak korang..dalam keadaan yang terdesak, manusia sanggup melakukan sesuatu di luar jangkaan...

Last week, perarakan BERSIH 4.0..punya lah ramai manusia yang menyuarakan rasa ketidakpuashati mereka yang sekian lama terpendam. Aku tak kata aku menyokong tapi cuma nak pemimpin kita buka mata dan telinga untuk mendengar rintihan dan keluhan rakyat. Rasa aku..mereka tak minta yang bukan-bukan sekadar mahukan keamanan, kejujuran dan ketulusan..Itu jer.

Pandanglah semua ini dari sudut positif...Jangan menilai setiap perlakuan mereka salah dari segala aspek. Aku rasa kalau ditanya pada mereka..tak ada siapa yang mahukan Malaysia ni kacau bilau dan huru hara kerana kita semuanya rakyat Malaysia yang sejak dulu berpayung di bawah satu bumbung..

Dengarkanlah keluhan rakyat Malaysia kalau anda adalah seorang yang bergelar pemimpin...mereka cuma mahukan seorang pemimpin yang bersedia untuk mendengar permasalahan bukan pemimpin yang hanya duduk di kerusi empuk tanpa melakukan apa-apa untuk rakyat..

Wednesday, August 26, 2015

LAST DAY DIA....

Hilang lagi sorang kawan sekerja aku hari ni which is dia last day ari ni.. Lebih 13 tahun dia bersama-sama kami dalam satu company...of coz sedikit sebanyak terasa akan kehilangan dia..
 
Ni lah di antara staff yang aku rasa paling committed dalam kerjanya. Bab chase payment kengkadang buat aku rimas gak tapi aku faham tu memang tugas dia kan..Dapat bayangkan betapa seronoknya dia dok kat umah peh ni. Tak perlu nak fikir rushing datang keja nak punch card bagai..Nak mengadap jammed lagi satu hal. Bila la masa aku plak camtu..muahaha...
 
Cuma bab tak sedapnya bila bersara ni..gaji elek...selalu tu masyuk setiap bulan riban2..tup tup tak der..(bab ni la yang tak sodap ..). kalau aku, mungkin memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan keadaan. Maklumlah..dah biasa bekerja, tetiba dok kat umah...
 
Anyway, masanya akan tiba bila time aku plak nanti..ni tengah struggle mikir apa aku nak buat bila bersara kelak...pikir nak buat bisnes...tapi tak tau cabang apa bisnesnya...Nak cari bisnes senang tapi duit banyak? Ada macam tu?? ngeh!~ ngeh!
 
Doakan aku jer bior impian tercapai ...sebab aku berkeinginan membantu mereka yang susah dengan hasil titik peluh aku nanti..

Friday, August 21, 2015

ERTI BAHAGIA KERANA INI KER?

Semalam masa berfesbok..ternampak gambar iklan niaga ni yang menunjukkan sorang awek yang mempamerkan dadanya yang super power kononnya. Aku ni perempuan sejati yer..so sket pon terliur menengok "mempelam masak" minah tu. Cuma nak berkongsi sket dengan pembaca semua ayat yang tertulis..."ni buat suami bahagia"


Yo bebenor mike ni!. Kebahagiaan rumahtangga tu bukan berlandaskan nafsu semata-mata. Yang kahwin sebab nafsu tu la yang rumahtangga tak bertahan lama tu. Bahagia ni dalam ertikata yg cukup luas sebenarnya tapi mempunyai makna yang satu..PERSEFAHAMAN.

Ko cantik bergetah melekit-melekit cam cwing gum pon tak guna kalau tak pandai nak menjaga rumahtangga. Apa yang Allah dah kurniakan pada kita tu dah cukup terbaik buat kita. Naper perlu ditukor!.. Anda dah cukup cantik sebenarnya...


Wednesday, August 19, 2015

ADMITTED LAGI BABY..

Percutian di Hospital lagi aku..tapi bukan akak yer tapi anak dara nan sorang ni..dari semalam mengadu sakit kat bahagian operation appendixnya. Ingatkan cuma angin jer tapi lama kelamaan tambah sakit.

Baby ni memang susah nak diambil darahnya..dapatla sket sebab doktor tu suspek dia ada jangkitan kuman kat pundi kencing. Lorr..ayahnya membebel kat baby sementara menunggu ujian darah tu."Wawa tak cuci bersih2 ker lepas kencing tu"...pot pet..pot pet cam nenek kebayan...cam ler baby tu umur 2..3 tahun!

Sebagai ibu..of coz aku risau dan tertanya2 apa sebenarnya penyakit dia. Tambah risau bila doktor bagi tau tu bukan jangkitan kat pundi kencing tapi berkemungkinan masalah kat ovari dia..Masya Allah..mendengarkan itu jer pun dah buat luluh hati aku...

Ya Allah..aku tak kuat menerima dugaanMu..ku mohon sembuhkanlah puteriku seperti sediakala....

HARAP TUA JER..PERANGAI KURANG AJAR!

Selama ni aku selalu beranggapan orang yang  secara zahirnya nampak baik tu mempunyai budi bahasa yang baik gak. Rupanya anggapan aku ni meleset..
Semalam sewaktu nak balik dari mengambil Baby dari tempat tuitionnya, seorang pakcik ni langgar keta aku dari belakang. Dua kali plak tu...bila aku turun..dia hon aku suruh aku jalan..Jalan kemende nyer..ko dah langgar aku kan..of coz la aku berhenti!

Aku bagi tau dia yang dia dah langgar belakang keta aku...Korang tau apa dia jawab.."Dah tak der keta tu ..jalan la..ngapa berhenti kat situ.. Aku ulang sekali lagi pada orang tua tu yang dia dah langgar keta aku tadi sebanyak dua kali..
Sah-sah dia ni sound ala-ala "Pak Man tempe" kena langgar motokar (cam citer P.Ramlee tu) PEKAK BADAK!. dia kuar berdiri kat sebelah keta dia DANNNN...time tu keta dia bergerak lagi melanggar belakang keta aku! Gosh!..aku lupa diri sekejap...Pakcikkkk naper langgar lagi keta saya?? aku menjerit cam hilang akal sekejap..temperature badan aku dah meruap-ruap time ni..



Dia boleh cakap lagi..Pergi la repot polis....Aku hormat ko sebab ko tua bukan sebab ko tu pakai Merz tau..Harapkan ketayap dijunjung di kepala...tapi perangai cam SIAL!Usah kata ko nak mintak maaf sebab melanggar orang tanpa sebab...bahasa plak kurang ajar cam anak ha#$@!
Hubby aku amik nombor keta dia dan kami berlalu dari situ sebab keta kat belakang dah bersusun panjang...Sebelum dia masuk keta...boleh plak dia cakap "eik sempat berselfie plak dia" Selfie tengkorak bapak lu! bodoh! amik ko!! Hilang dah hormat aku kat orang tua tu.
Make sure aku tak jumpa ko sekali lagi ...Kalau ko nak merasa aku jadi the 2nd Kiki..try la langgar aku sekali lagi..Dah tau ko tu rabun...duduk umah diam2 tak pon pakai la kanta pembesar kalau nak bawak keta,,,jangan menyusahkan orang lain! Dah la takreti nak mintak maaf...menganjing plak kat situ..

Thursday, August 13, 2015

BILA KALI TERAKHIR AKU BERMANJA-MANJA??

Soalan yang sendiri pun tak tau nak dijawab camner...Bila kali terakhir aku bermanja-manja?? Manja dengan sapa eik?. Of coz la dengan hubby..dah kahwin kann. Tak kan nak dok berkepit bawah ketiak mak gak!
 
Sebut pasal bermanja ni...when I recall balik...time aku patah kaki dulu. It was last year. Lama gak aku mc sebab kaki tu tak baik-baik dan tapi worst sebab aku agak lasak dan eksyen tak mo bertongkat. Sudahnya kaki bengkak dan tambah sakit.huhu.
 
Time ni la hubby aku cukup caring Ya Rabbi...siapkan breakfast aku, masakkan untuk aku . Pendekkata semua keja aku ,dia yang buat. Memang jadik mem beso ler aku time tu..Tapi boring sebab manjang disuruh duduk..makan...rehat..tidur dan makan.
 
Kalau katalah badan aku ni senang naik, dah lama tak muat pintu dah..ko bayangkan rupa aku vs Abam bocey tu...Naik memang naik berat badan time tu tapi akak still maintain comey lagi keyyy!
 
Dah sihat ni...nak mintak tolong amikkan air pun..kengkadang buat tak dengar jew tapi bestnya kalau aku ngadu tak sihat..sakit kepala ke...sanggup dia turun ke bawah untuk amik barang yang aku mintak. Soooo sweet...Nak tergelak bila tengok dia cam malu bila aku kata "bertuahnya sapa dapat you ni jadi boyfriend dia"..
 
Ada yang berani mencuba kerr???Hantar resume dulu kat akak yer...
 
 

Sunday, August 9, 2015

LALAI SEKEJAP..

Hujung minggu..berkemas didapur. Plannya nak basuh bekas-bekas kueh raya yang dah kosong tu dan simpan dalam kabinet. Tengah menyusun botol kuih, tetiba aku nampak benda alah ni.

Ingatkan nak buang..tapi dari dulu, aku memang pantang nampak benda ni. Geram plak b
rasa nak menekan dan rasa puas bila dengar dia meletup. Dah habis satu...satu aku kerjakan...memang melalaikan benda ni.

Masa office lama dulu, selalu jumpa benda ni bila stok barang tiba..Aku siap bawakmasuk ke bilik office dek kerana nak meletupkan benda ni. Ingatkan aku jer camtu.. rupanya cleaner office kami pun dok ralit dok satu sudut main benda ni gak..uwahaaa!

Nasib baik botol kuih tu tak banyak benda ni..kalau tak mau tak siap kerja umah aku! Sapa satu geng dengan aku suka main letup-letup plastik ni...angkat tangan! Kita geng1

Friday, August 7, 2015

PEMINAT FANATIK..

Bukan retis jer ada peminat uolls..kita2 ni pun terkadang  muncul dalam hidup peminat yang bukan saja minat malah begitu fanatik.
 
Ni aku nak citer time aku remaja dulu la kan...Giler ko kalau sekarang ada peminat fanatik..mau kena tebas kepala dengan hubby aku!!. Masa zaman persekolahan dulu...Setakat minat tu biasalah kan...namanya lagi menginjak ke alam remaja tapi ni jenis minat sampai setiap inci pergerakkan ko dia tau...Ngalahkan paparazzi la plak kan...
 
Bohong le kalau aku kata tak suka ..gile tak suka ko..rupa baru nak jadi perempuan dah ada orang minat kan?...Ko pergi kiri..dia ada kat situ..pergi kanan pun dia muncul kat situ. Pendekata kemana ajalah ko pergi pasti dia ada... Cam pasang CCTV plak rasanya!
 
Tapi lama- kelamaan aku jadik rimas campur meluat pun ada sebab terasa kehidupan aku tak ada privacy cam dulu. Segala latar belakang aku, dengan sapa aku berkawan ..semua dia nak tahu..sampai satu ketika tu aku dengar dia bergaduh dengan seseorang hanya kerana berebutkan aku. Jangan muntah yek sebab ini reality....
 
Aku sure kalau korang mesti dah kembang kempis lubang idung bila direbutkan cam tu..tapi aku sebaliknya. Rasa malu teramat sangat sebab jadi bahan kawan-kawan..
 
Tapi bila aku kenal dengan hubby aku ni..segalanya berubah..aku plak jadi peminat fanatik dia (sebab time tu dia dah merajuk dengan aku) huhu... Katanya dia dah penat "mengejar" aku selama ni tapi tak der respon...
 
Takdir menentukan yang peminat yang buat aku fanatik sangat selama ni jadi teman hidup aku sekarang dan aku mengharapkan biarlah dia jadi teman hidup aku buat selamanya walaupun sering buat aku marah dengan gurauan sengalnya....
 
 

Thursday, August 6, 2015

TIPS BUAT UMAH YANG LEBIH MURAH...

Semua orang kalau dengar perkataan murah terbeliak bijik mata terutama orang pompuan ye tak?. Apa jer yang murah tentunya menarik perhatian...asal jangan jadik perempuan yang murah udah ler..uwahaha...
 
 
 Untuk bumbung, kami design buat ala2 bertingkat 2
 
 
Bahagian hadapan dipecahkan untuk di buat berandah
 
 
jadi camni pulok.
 
 
ada mini waterfall...
 
Ni tempat favourite akak...dapur
 
 
Kat sini aku nak berkongsi experience aku time buat renovation umah. Perkara pertama tentulah nak cari harga yang rendah kan?. Tapi tak bermakna yang rendah tu kejanya berkualiti. Yang pasti, korang kena pastikan yang korang kenal betul dengan kontraktor tu. Kontraktor yang aku pilih ni orang Indon yang memang aku dah kenal sebab kejanya agak teliti. Cumanya korang kena ada cah in hand sebab dia akan minta bayaran bila habis saja kerja setiap fasa yang berikutnya...Cewahh berfasa2 plak yer..
 
Untuk bahan binaan seperi simen, pasir tu of coz ler aku serahkan pada kontraktor untuk membeli sendiri tapi untuk tiles dan jugak peralatan lain seperti shower, sink bowl hatta toilet bowl pun aku pilih sendiri. Memang banyak keja gak ler sebab aku dan hubby buat survey kat kedai2 di Jalan Ipoh pada hari minggu hanya kerana nak memilih tiles yang kami berkenan.
 
Sebagai contoh, kontraktor aku tetapkan harga tiles dia hanya RM10 sekeping..tapi disebabkan hubby aku tak berkenan dengan design pada harga berkenaan..kami pilih yang lain yang harganya melebihi dari yang ditetapkan. So balancenya tu, kenalah cover sendiri. Hubby aku yang giler2 boros berbelanja tapi untung auditor sebelah ada kan..terkawal la sket..
 
Memang berabis duit masa ni sebab kami nak merealisasikan rumah impian kami yg kononnya ala2 resort Bali gitew...Tu pentingnya menabung korang...time camnilah korang boleh gunakan duit tabungan tu.
 

Wednesday, August 5, 2015

RESEPI KUIH CELURUT

Penah dengar nama kuih celurut?. Bunyi cam pelik jer kan...Pelik bagi kita kat Semenanjung ni tapi bagi orang Sarawak dan sekitar Brunei, kuih ni biasa bagi mereka.

Ni ler dia celurut wehh...
 
Okay kat sini aku perturunkan sedikit ilmu atau tips membuat kuih celurut ni yer.
 
Bahan-bahannya ialah:
 
1.  Tepung beras - dalam 500gm (Rendam dulu hingga kembang dan toskan. Kemudian di blende sampai jadi tepung
2.   Santan - lebih kurang dalam 1000ml (kalau nak lemak, tambahkan lah kepekatannya yer)
3.   Gula apong @ gula Melaka 250gm (sukati korang la yer..)
4.   Garam (secubit rasa jer..jangan lebih2...Cubit kang!)
 
Cara-cara:
1.   Buat kelonsong (sarung acuan) untuk kuih celurut. For your info, kelonsong celurut ni dibuat dari
      daun apong @ gula Melaka.
2.   Didihkan pengukus dan letakkan secara tegak kelonsong tadi agar mudah untuk kita menuangkan
      adunan.
3.   Didihkan air santan dalam periuk berlainan bersama garam dan gula apong.
4.   Masukkan bahan tadi ke dalam tepung yang telah diayak
5.  Kacau hingga sebati dan tuangkan ke dalam kelonsong menggunakan corong



Jangan ingat ni pam toilet plak yer..
 
Thanks buat kak jib yang bagi aku rasa celurut ni..Rasanya cam agar-agar pun ada...sedap wehhh!


SAPA KATA LELAKI TAK ALERT??

Selalu aku dapat rungutan tentang lelaki terutamanya hubby kita ni tak alert dengan benda dipersekitarannya. Yer ker?..BagI aku ler tak100% betul coz hubby aku sedor jer tiap perubahan walau sekecil mana pon.

Contohnya, aku pakai lipstik kaler lain pon dia perasan.."U pakai lipstik baru yer?".Baju lagi la..tak usah nak kelentong baju tu baju lama ker and so on sebab  dia tetap perasan. Bagus gak pada aku sebab tu menandakan aku ni "wujud" di mata dia setiap hari. Ececehhhh...

Kengkadang tu, aku alih peralatan dalam umah pon dia boleh perasan..walhal bukan benda besor pun..lampu perhiasan jee..That means,setiap inci perubahan di depan mata dia, dia akan tau..Tak ler cam citer P.Ramlee tu..sampai masuk salah rumah kannn.

Tapi.. ada tapinya..hubby aku ni tak allert dgn diri sendiri la plak. Penah pakai kasut selipar lain sebelah..tu tak pe lagi kalau sama jenis..ni dah ler lain kaler..kedua2nya belah kiri!..Hish..camner tu? Selamba jer dia pegi balik kedai..Malu wei aku...entah-entah ada orang mengata kat jln tu yang laki sapalah ni..Ni mesti kes terlebih fikir nih....

Sunday, August 2, 2015

BIARLAH RAHSIA...

Lumrahlah manusia ni ..memang banyak simpan rahsia..rahsia itu..rahsia ini...pendek kata idup ni penuh dengan rahsia.

Dalam banyak-banyak perkara yang dikategorikan rahsia ni..ada perkara pelik bila status diri dijadikan rahsia. Dah kahwin ke belum? Rahsia!.. Yang dah kahwin lagi...pun berahsia dah kahwin lain..pelik kan?. Bukan ke perkhawinan tu satu perkara yang baik malah dituntut dalam Islam?. Naper perlu berahsia..
 
Apa pun status kita samada anak dara tua...janda atau isteri kedua dan ketiga dan sebagainya...semua itu dah ditentukan dan ianya sebahagian dari pilihan kita juga...
 
Maleh nak cakap banyak sebab akak pun tak pasti naper dia berahsia bagai..ker takut sebab akak ni pembenci tegar orang yang merampas laki orang???