Tuesday, October 6, 2020

4HB OCT 2020..MAJLIS BERJALAN LANCAR AKHIRNYA..

 Alhamdulillah..berkat doa, majlis perkhawinan anak sulungku berjalan lancar dan meriah sekali. Pagi tu agak cuak sebab tengok langit mendung jer. Maka sebagai ibu..aku hanya mampu mengutus doa buat sang Pencipta agar pada hari berlangsungnya majlis tu biarlah cuaca redup...tanpa hujan.. Syukur doaku diperkenankan...

Tak sangka, walaupun pada hari berlangsungnya majlis tu pandemic covid ni mencecah 300+, tapi tetamu yang hadir..MasyaAllah ramainya hinggakan terpaksa berbaris panjang untuk masuk ke dewan..Maaf semuanya yer sebab harus mematuhi SOP yang disediakan oleh pihak pengurusan.

Sebagai ibu pengantin, memang banyak benda yang aku risaukan..takut tetamu tak ramai hadir..takut makanan tak cukup..takut itu ..takut ini..tapi dalam hati tak putus berdoa muga semua tu tak terjadi..Mau majlis aku ni jadi topik "makcik-makcik kantin" kalau sekiranya perkara yang tak diingini tu terjadi..😆

Di sini aku nak mengucapkan ribuan terima kasih tak terhingga pada pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis aku ni:

1)  Pihak pengurusan Royal Palace Shah Alam     

     - Menyediakan pakej perkhawinan  yang lengkap dan super cantik!

2)  Ashrie Solution Media

     - Photographer untuk pengantin 

3)  Sweetheart Creation

     - Doorgift candy untuk kanak-kanak

4)  Doorgift Syahrina

      - Doorgift untuk para tetamu VIP

5)  Doorgift untuk tetamu

     - Kaktus succulent (lupa nama suppliernya tapi layanan dan servicenya pun bagus)

6)  Shahzarul Akmar

     - Kambing Bakar (ni yang paling ramai Q) repeat order..

7)  Rojak/Cendol/Apam balik dan lain-lain

      -  Bagus cara kerja mereka.

Dan tak terkecuali bisan dan saudara mara pihak pengantin perempuan yang sudi hadir membantu memeriahkan majlis. Siap sponsor kuih muih dan juga caramel lagi..Tq gak buat tetamu sebelah kami yang sudi hadir..kehadiran anda benar-benar menceriakan suasana majlis kami..Hanya Allah yang dapat membalasnya...