Thursday, June 25, 2020

HAPPY FATHER'S DAY BUAT ABAH...

Seronoknya bila tengok kawan-kawan merayakan Hari Bapa untuk bapa mereka. tapi aku ..ditakdirkan bersama arwah Abah kali terakhir iaitu 2011. Memang seronok bila melihat wajah kegembiraan ayah kita apalagi tatkala kita memberi dia sesuatu.

Abah aku memang seorang yang sukar untuk kami dalami isihatinya sebab dia bukan selalu meluahkan apa yang ada dalam perasaannya..cuma satu ketika dulu aku dapat lihat wajah kegembiraan sebenar terpancar di mukanya. Senyum tanda kepuasan terukir diwajahnya saat melihat kejayaan projek rumah aku yang pertama.. I wish..kalau lah Abah ada ketika ini untuk melihat kejayaan demi kejayaan aku..alahai..rindu sangat untuk melihat wajah gembira itu lagi..





Pun begitu, abah bukan seorang yang senang memberi pujian pada anak-anaknya. Mungkin tak mau kami jadi lalai dengan pujian . Tapi aku tau, dia bangga bila bercerita tentang kejayaan anak-anak pada rakan-rakannya. Bagi aku..segala yang aku kecapi hari ini adalah dari semangat Abah yang sentiasa membara dalam jiwa aku. Aku ingin jadi seperti dia..tak mudah patah semangat walaupun ada masalah yang menimpa..

Abah..hari ini tak ada lagi hadiah atau benda yang boleh aku berikan buatmu selain menghadiahkan surah Yassin dan Fatihah agar Abah tenang dan aman dalam perjalanan menuju kepada Penciptanya..Muga Allah melimpahkan Rahmat ke atas rohnya...Aku pasti akan meyusuli dan menemani Abah suatu ketika nanti...

Monday, June 22, 2020

CITER ANAK DARA SORANG NI

Sejak pandemik covid 19 ni, banyak benda kena arrange balik. Semuanya jadi agak kelam kabut but still hidup perlu diteruskan. Bagi aku yang bekerja ni..tak banyak perubahan cuma kalau dulu boleh ke sana sini tanpa mask tapi sekarang kena biasakan memakainya 8am to 5 pm. Agak rimas sebenarnya tapi demi keselamatan diri..redho je ler..

Bagi anak dara aku yg masih belajar..walaupun tak de lagi pergi kuliah seperti biasa tapi kelas online dan jadualnya agak padat dengan assigment demi assigment perlu disiapkan. Kadang2 kesian aku tengok dia mentelaah pelajaran sampai tertidur di meja studynya. Memang gegirl ni kalau dia nak sesuatu..gini lah gayanya. Memang dia bersungguh2 memandangkan ini final year. Semalam kejadiannya..waktu aku balik kerja..terkejut tengok dia di muka pintu dengan gaya cam ni..


Citenya..gegirl baru lepas buat presentation online..dan ada lagi presentation selepas tu.. Hik! Hik! kemain dengan blazer dan make upnya..alih2 tengok kat bawah pakai suar tido! ko rasa??

Syukur  sebab gegirl ni tak payah diingatkan suruh study sebab dia memang target sesuatu dalam menamatkan diploma in Accountancy nya. Paling buat aku bangga dengan pencapaiannya kerana dia berjaya dapat dean list dari semester 1 hinggalah semester 4 berturut-turut! Nikmat Tuhan yang tak perlu ku dustakan..

Sebagai penguat semangat untuk dia lebih rajin, aku dah janji sekiranya dia dapat dean list untuk sekian kalinya, aku akan belikan IPad Pro 2020 . In fact aku ni idok le pandai menatang gadget ni tapi ni request dari si gegirl sendiri sebenarnya. Tengok anak dara mata duitan ni..but pada aku selagi dia minat nak belajar..I is ok ! berguna juga untuk dia masa sambung ijazah nanti kan?

Muga gegirl terus sukses dan as a parent..kami doakan yg terbaik untuk anak-anak kami.

Wednesday, June 17, 2020

KITA HANYA MAMPU MERANCANG...

Sebagai Hamba Allah..kita ni hanya mampu merancang apa pun tapi segala ketentuan dan percaturan hidup telah tertulis... 

4hb Oktober 2020 adalah tarikh yg dipilih untuk hari bahagia anak sulung kami. Berbagai persediaan telah kami buat termasuk booking dewan perkhawinan..mencari material untuk pakaian tema kami dan membuat bunga telur. Tapi.. dek kerana pandemik Covid 19 ni, segala perancangan kami terbantut. Nak kata sedih..tak jugak sebab bukannya rugi apa-apa pun malah aku terfikir mungkin ada hikmah di sebalik semua ini.  Sebagai back up date nya..aku pilih tarikh next year 2/1/2021 (2/1/21) cantik date tu kan?. 

Apa pun, majlis pernikahannya di sebelah pihak perempuan masih tetap akan dilangsungkan pada 3/10/2020. Tak sabar aku menanti saat anak teruna ni sah bergelar suami orang.. Muga segalanya dipermudahkan... 

Monday, June 8, 2020

PERANGAI PELIK JIRANKU..

Duduk di rumah teres ni biasa lah kan..rumah dekat2...sebelah sebelah.. Pada aku okay jer dan aku lalui lebih 25 tahun dah rasanya menetap di rumah ni. Aman damai dengan kehijauan bukit dan enviroment yang nyaman di sini.

Tapi semua tu hilang bila neighbour depan umah aku ni berpindah ke sini. Rumah dia sendiri kot..sebab sebelum ni penyewa yang duduk. Apa yang pelik mengenai jiran aku ni ialah anak lelaki dia (Bukan budak kecik yer tapi dah dewasa ..tak pasti dah kahwin ke belum) .Setiap kali aku keluar menyapu atau menyiram pokok bunga di porch kami, dia akan berdiri memerhati aku dan terkadang tu sampai berdiri di luar pagar rumah dia.

Sebelum ni tak de la aku ambik port sangat. Mungkin kebetulan kot kan?. Penah satu ketika tu, tengah aku basuh kereta, tetiba mata aku tertumpu kat tingkap atas rumah dia..Dia berdiri kat tingkap tu memerhatikan aku!. Lama weh..dari mula aku basuh kereta sampaikan aku mengelap..dia masih berdiri kat situ. Sudahnya, aku masuk ke dalam sambil tangan aku pegang hp dan menghala ke arah dia! Saja aku nak snap gambar dia dan nak post kat blog aku ni! Huh! dia perasan aku nak tangkap gambar dia..cepat2 dia tarik langsir tutup tingkap bilik tu! Ha ha..tau ko takut yer..mengintai bini orang tak plak malu!

Semalam punya citer,,sama gak akak basuh kereta..kereta dia baru sampai depan rumah..Apa motif dia parking depan rumahnya sedangkan boleh je masuk kereta dalam porch. Cam biasa, dia berdiri di belakang bonet yang dah terbuka tapi barang tak jugak keluar..dia memerhatikan akak mcm tak pernah menengok orang mencuci kereta! Anak akak yang kebetulan menemani akak di luar cepat2 memanggil abangnya di dalam. 

Ha! ha! bila anak bujang akak keluar, dia dan2 berpaling ke belakang..berdiri mengadap rumah dia..(kecut perut kot ..tenah dok asyik sekodeng orang tetiba bodyguard akak keluar..😜.Cepat2 dia ambik barang2 dalam bonet dia dan masuk ke dalam rumah!

Kalau korang ada jiran yang macam ni..apa korang akan buat??cuba share sket dengan aku..

STORY MORY MASA PKP NI...

Nak story sket pasal PKP due to COVID 19 ni.. Memula PM announce dok umah start 18/3 tu..seriously hakak di antara manusia yang suka bebenor dapat cuti.. Apa tidaknya.. tak payah nak ngadap jammed hari-hari kann..

Rupanya tak seindah yang dibayangkan..Baru seminggu duduk di rumah, masya Allah mati kutu akak dik non|! Apa tidaknya..celik mata time solat subuh..akak prepare breakfast untuk kami 4 beranak plus emak yg duduk dgn kami lepas buat check up susulan di Ampang Puteri hari tu. Dalam time PKP ni la dia desak adik aku nak bertukar angin plak ke sini. Untung tak kena tangkap mak hajah sorang ni.

Sepanjang PKP ni , keja aku dok masak jer la...sebab mak hajah ni request macam-macam. So ikutkan ajer lah. Eh dah lari plak cite aku ni..nak cite nape aku kata tak seindah yang dibayangkan kan??Mana taknya dok umah tapi tak leh keluar melainkan ada hal-hal yg memerlukan ko keluar je..
Akak ingat dah dapat cuti ni la akak nak plan membeli barangan wedding si teruna kesayangan sorang ni. Pun tak boleh sebab tak dibenarkan.

Terfikir aku camner lah kalau aku retired sok yer??Dok umah cenggini ..makan tido..makan peh tu tido..hish! mau nyanyuk cepat akak cam ni! Sudahnya akak isi masa lapang dengan bercucuk tanam. Hik hik! rumah teres tang mana tanah yang nak dicucuk ?? Sudahnya akak tanam dalam pasu tanaman seperti cili, peria dan daum kesum. Tapi daum kesum akak mati sebab cik hubby ni dok menyiram pokok tu mcm nak mandi..Mati daum kesum hakak..huhu. Nanti akak share yer besor mana dah pokok peria aku yang menjalar  dengan jayanya.