Thursday, June 25, 2020

HAPPY FATHER'S DAY BUAT ABAH...

Seronoknya bila tengok kawan-kawan merayakan Hari Bapa untuk bapa mereka. tapi aku ..ditakdirkan bersama arwah Abah kali terakhir iaitu 2011. Memang seronok bila melihat wajah kegembiraan ayah kita apalagi tatkala kita memberi dia sesuatu.

Abah aku memang seorang yang sukar untuk kami dalami isihatinya sebab dia bukan selalu meluahkan apa yang ada dalam perasaannya..cuma satu ketika dulu aku dapat lihat wajah kegembiraan sebenar terpancar di mukanya. Senyum tanda kepuasan terukir diwajahnya saat melihat kejayaan projek rumah aku yang pertama.. I wish..kalau lah Abah ada ketika ini untuk melihat kejayaan demi kejayaan aku..alahai..rindu sangat untuk melihat wajah gembira itu lagi..





Pun begitu, abah bukan seorang yang senang memberi pujian pada anak-anaknya. Mungkin tak mau kami jadi lalai dengan pujian . Tapi aku tau, dia bangga bila bercerita tentang kejayaan anak-anak pada rakan-rakannya. Bagi aku..segala yang aku kecapi hari ini adalah dari semangat Abah yang sentiasa membara dalam jiwa aku. Aku ingin jadi seperti dia..tak mudah patah semangat walaupun ada masalah yang menimpa..

Abah..hari ini tak ada lagi hadiah atau benda yang boleh aku berikan buatmu selain menghadiahkan surah Yassin dan Fatihah agar Abah tenang dan aman dalam perjalanan menuju kepada Penciptanya..Muga Allah melimpahkan Rahmat ke atas rohnya...Aku pasti akan meyusuli dan menemani Abah suatu ketika nanti...

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com