Monday, June 22, 2020

CITER ANAK DARA SORANG NI

Sejak pandemik covid 19 ni, banyak benda kena arrange balik. Semuanya jadi agak kelam kabut but still hidup perlu diteruskan. Bagi aku yang bekerja ni..tak banyak perubahan cuma kalau dulu boleh ke sana sini tanpa mask tapi sekarang kena biasakan memakainya 8am to 5 pm. Agak rimas sebenarnya tapi demi keselamatan diri..redho je ler..

Bagi anak dara aku yg masih belajar..walaupun tak de lagi pergi kuliah seperti biasa tapi kelas online dan jadualnya agak padat dengan assigment demi assigment perlu disiapkan. Kadang2 kesian aku tengok dia mentelaah pelajaran sampai tertidur di meja studynya. Memang gegirl ni kalau dia nak sesuatu..gini lah gayanya. Memang dia bersungguh2 memandangkan ini final year. Semalam kejadiannya..waktu aku balik kerja..terkejut tengok dia di muka pintu dengan gaya cam ni..


Citenya..gegirl baru lepas buat presentation online..dan ada lagi presentation selepas tu.. Hik! Hik! kemain dengan blazer dan make upnya..alih2 tengok kat bawah pakai suar tido! ko rasa??

Syukur  sebab gegirl ni tak payah diingatkan suruh study sebab dia memang target sesuatu dalam menamatkan diploma in Accountancy nya. Paling buat aku bangga dengan pencapaiannya kerana dia berjaya dapat dean list dari semester 1 hinggalah semester 4 berturut-turut! Nikmat Tuhan yang tak perlu ku dustakan..

Sebagai penguat semangat untuk dia lebih rajin, aku dah janji sekiranya dia dapat dean list untuk sekian kalinya, aku akan belikan IPad Pro 2020 . In fact aku ni idok le pandai menatang gadget ni tapi ni request dari si gegirl sendiri sebenarnya. Tengok anak dara mata duitan ni..but pada aku selagi dia minat nak belajar..I is ok ! berguna juga untuk dia masa sambung ijazah nanti kan?

Muga gegirl terus sukses dan as a parent..kami doakan yg terbaik untuk anak-anak kami.

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com