Wednesday, June 17, 2020

KITA HANYA MAMPU MERANCANG...

Sebagai Hamba Allah..kita ni hanya mampu merancang apa pun tapi segala ketentuan dan percaturan hidup telah tertulis... 

4hb Oktober 2020 adalah tarikh yg dipilih untuk hari bahagia anak sulung kami. Berbagai persediaan telah kami buat termasuk booking dewan perkhawinan..mencari material untuk pakaian tema kami dan membuat bunga telur. Tapi.. dek kerana pandemik Covid 19 ni, segala perancangan kami terbantut. Nak kata sedih..tak jugak sebab bukannya rugi apa-apa pun malah aku terfikir mungkin ada hikmah di sebalik semua ini.  Sebagai back up date nya..aku pilih tarikh next year 2/1/2021 (2/1/21) cantik date tu kan?. 

Apa pun, majlis pernikahannya di sebelah pihak perempuan masih tetap akan dilangsungkan pada 3/10/2020. Tak sabar aku menanti saat anak teruna ni sah bergelar suami orang.. Muga segalanya dipermudahkan... 

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com