Thursday, May 26, 2016

"ANDA ADALAH PEMBUNUH"!!

Semalam masa tengah dok concentrate buat office work depan tv..tetiba dengar lak berita tentang sikap manusia ni yang suka nau langgar peraturan jalanraya. Tapi bagi aku.ni dah memang melampau dan aku sendiri cukup tak suka orang yang menggunakan laluan kecemasan untuk nak memotong.
 
Yang aku heran tu, mostly yang guna laluan kecemasan ni kebanyakannya keta besor2 dan berjenama gah belaka tapi kesian sungguh...mungkin tak mampu kot nak menampung sara hidup nak membeli minyak yang semakin hari semakin naik..tu yang nak jimat sampai tak sanggup nak beratur panjang tu.
 
Terimakasih buat lelaki ni yang berjaya merakam gelagat pemandu2 kurang ajar ni

 
Insiden seperti inilah yang berlaku baru2 ni yang menghalang ambulan untuk sampai ke tempat kemalangan. Bayangkan lebih sejam untuk mereka sampai ketempat tersebut! Lebih sedih bila mangsa tidak dapat diselamatkan.
 
Cuba korang bayangkan kalau sekiranya tiada orang yang tak berakal seperti ni..mungkin mangsa dapat diselamatkan. Sikap penting diri sendiri dan egois macam ni memang seharusnya "disekolahkan". Beri hukuman yang berat agar manusia ni faham sikap bertolak ansur dalam hidup ni. Korang ni sama jer kategorinya dengan pembunuh sebab sikap korang yang tak bertamadun tu!
 
Kalau dah rasa2 tak mampu pakai kereta dengan rega minyak yang mahal..apakata ko naik beskal jer dik...Malu lah sket dengan mamat motor yang berusaha untuk memberi laluan kepada ambulan tu. ..Meskipun kenderaannya kecil tapi "otak"nya besar. Berbanding dengan korang yang keta beso tapi otak kecik!!

Wednesday, May 18, 2016

HUTANG TU WAJIB DI BAYAR NYER...

Sapa yang tak pernah berhutang...angkat tangan!. Bohong la kalau ko declare cam tu sebab sepanjang kita hidup ni tak banyak mesti sikit jumlah hutang yang kita buat. Tak kisah la hutang rumah ke...hutang keta ker...hutang along ke...ceti ker..Janji hutang namanya gak yer.
 
Tapi persoalannya , berapa ramai orang yang melunaskan hutang mereka dengan penuh tanggungjawab. Dan berapa ramai plak orang yang culas malah lari dari membayar hutang?. Masa nak buat hutang tu...dia punya janji berbunga-bunga telinga ni mendengar. Sedap sangat bunyinya...Tapi bila time nak bayar, dia punya reason tu boleh bikin novel la...sebab karangan dia terlalu panjang..
 
 
Aku dah terbiasa dengan orang-orang yang culas bayar hutang ni....utang apa lagi kalau tak utang sewa umah...Alasan dia tu memang tak masuk akal sungguh...Terfikir gak aku..diaorang ni fikir tak yang alasan yang diorang bagi tu kadangkala tak logik atau tu jer alasan yang ada!
 
Peringatan buat mereka yang suka berhutang tapi lari dari membayarnya yer. Mungkin di dunia ni korang lepas...tapi di akhirat sok..korang seksa dek kerana hutang yang tak berbayar ni. Rasanya korang tau hukum orang berhutang ni dari segi agama kan tapi masih ramai yang menidakkan hak si pemberi hutang tu.
 
Nampak sangat orang yang culas membayar hutang ni adalah orang yang cetek ilmu agama dan soal hukum hakam ni. Suka memandang ringan soal hutang...tapi tau tak korang yang hutang ni lah yang akan "menggantung" Roh korang antara bumi dan langit. Jaga-jaga Cik Salmah....
 
Pada yang penah berhutang dengan aku tu..jangan buat muka sendu yer...sebab aku ni memang selalu pelupa tapi TIDAK DALAM SOAL HUTANG!