Sunday, June 4, 2017

DAH BESOR ANAK DARA AKAK....

Rasanya macam baru jer anak dara aku masuk tadika..tup-tup dah 17 tahun umurnya. Dah kini dah ada lesen mandu yang diidamkan selama ini. Sekarang ni kalau disuruh ke mana aja pun sanggup sebab excited nak bawak kereta. Tu yang rajin ngikut ayahnya terawih ke Masjid. Jangan lari niat tu udah la yer...orang ke masjid kejar pahala..awak sebab excited nak bawak keta.

Setakat nak gosok baju, lipat kain dah boleh lah diharap...bab masak memasak tu masih dalam pembelajaran..rasanya si abang lebih expert kot..Insya Allah pelan-pelan akan aku didik dia untuk menjadi wanita yang bukan sahaja berilmu tapi pandai jugak mengurus hal ehwal rumah.
 
Ikutkan aku dulu pun bukannya reti memasak. dah nak kahwin..barulah terkial-kial kumpul resepi dan belajar dari emak. Teringat camner mak "hamput" aku bila aku tanya nak masuk halia tu berapa cm?. so kalau baby Tanya soalan yang sama..aku tak leh marah sebab kemana tumpah nya kuah kalau tak ke nasi ye dak?? kik! kik!
 
Impian anak dara aku ni besar..dan aku berharap sangat agar Allah mengabulkan permintaannya..Tak ada yang lebih membahagiakan hati seorang ibu selain melihat kebahagian dan kegembiraan anak-anaknya,

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com