Sunday, January 11, 2015

BABY DAPAT KELAS SAINS!

Hari pertama baby di sekolah untuk tahun 2015 tak begitu mengujakan bagi dia. Mungkin disebabkan dia excited nak tukar sekolah hari tu.. Keputusan examnya yang tak begitu memuaskan hatinya tu sebenarnya banyak mempengaruhi dia. Tapi salah sendiri kan..belajar pun last minit...banyak masa terbuang dengan membelek hp dari membelek buku-buku.

Today..pepagi dia call dari sekolah beritahu yang dia terpilih masuk aliran sains. Pada awalnya, baby plan nak masuk kelas prinsip akaun sebab dia tak minat sangat subjek sains katanya. Takut tak boleh bawak...Tambah lagi katanya dalam kelas dia pelajar Melayu yang masuk aliran sains tu tak ramai..tak sampai sepuluh orang pun. Semuanya dimonopoli oleh kaum China dan India.

Korang tau apa yang aku cakap kat dia?? Baby..take this as a challenge!. Kalau dorang boleh buat..baby pun boleh..Mama akan hantar baby kelas tambahan kalau perlu. Aku nak anak aku berani menyahut cabaran!
.
Jangan risau baby...kerana setiap langkah anak-anak, mama sertai dengan doa untuk kalian agar sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah. Muga anak-anak mama terang hati menerima pelajaran yang diajar dan sentiasa dipermudahkan segalanya. Keep it up Baby!




No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com